web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


15 Tahun Menanti Trofi FFM, Remy Ishak Hampir Putus Asa

Penantian selama 15 tahun untuk menggenggam trofi Festival Filem Malaysia berbaloi apabila Remy Ishak dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM31.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 5:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap pelakon yang menceburkan diri dalam industry perfileman, pasti menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi pelakon terbaik di Festival Filem Malaysia. Tidak terkecuali untuk pelakon popular, Remy Ishak.

Akhirnya selepas 15 tahun menceburkan diri sebagai pelakon di Malaysia, Remy boleh menarik nafas lega apabila dia berjaya membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) menerusi filem Sangkar.

“Mungkin 15 tahun itu pada sesetengah orang adalah satu jangka pembabitan yang masih muda. Sebab ada yang lebih senior dari saya. Tetapi saya bekerja keras dari semasa ke semasa.

“Apabila mendapat peluang untuk menjadi watak utama dalam filem, saya cuba dan terus mencuba. Mungkin bukan rezeki saya pada ketika itu, mungkin saya masih baru. Jadi saya positif saya setiap kali dicalonkan, biarpun tiada kemenangan. 

“Sebenarnya saya tak suka pun bila nama saya dicalonkan. Saya rasa saya nak buat kerja dalam keadaan yang lebih ikhlas. Tapi bila nama dicalonkan dan ada harapan yang diberikan kepada kita, masa itulah saya mula rasa mungkin akan menang. 

“Bukan tidak ada nama saya dicalonkan dan menang untuk anugerah lain sebelum ini. Tetapi untuk FFM ini berbeza.

“Saya rasa sayang sangat dengan FFM. Tetapi setiap kali dicalonkan, saya tak menang.

“Ada rasa sedikit kekok. Tetapi saya kekal positif mungkin belum tiba masanya. Dan malam ini Alhamdulillah saya berjaya,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Lumrah sebagai manusia biasa, perasaan putus asa juga pernah singgah di hatinya. Tetapi Remy berpegang dengan prinsip bahawa hidup sebagai seorang pelakon bukanlah sekadar untuk mengejar trofi semata-mata.

“Rasa putus asa itu memang akan ada. Tapi teruskan kerana kita berlakon bukan untuk menang anugerah tetapi apa yang kita berikan kepada industri perfileman tanah air, kepada penonton dan juga kepada diri sendiri. Dan di situ saya rasa okey letak trofi ke tepi.

“Sebagai pelakon, terus berikan apa yang sepatutnya kita beri. Trofi adalah sekadar bonus,” ujarnya. 

Mengikut rekod, Remy pernah tercalon di FFM sebanyak tiga kali di mana kali pertama dia dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan di FFM23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Seterusnya kali pertama dia dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Nur Kasih The Movie di FFM24 dan kali kedua menerusi filem Pulang di FFM30. - Getaran, 12 Disember 2021

Gambar: FFM31

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Terima kasih Tuah, Hadir Dalam Hidup Ayah Dan Bonda - Remy Ishak 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kenapa Comel Sangat Ni Tuah Alam?

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Remy Ishak Kini Bergelar Bapa

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Dedikasikan Kemenangan Ini Kepada Ibu, Dialah Adiwira Sebenar - Michelle Yeoh Akan Bawa Trofi Pulang Ke Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN