web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon Terkenal Bollywood, Katrina Kaif Dan Vicky Kaushal Bernikah

Pelakon terkenal Bollywood, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal telah berkahwin pada 9 Disember 2021 di Rajasthan, India

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Dec 2021 10:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Bollywood, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal telah berkahwin pada 9 Disember 2021 di Rajasthan, India.

Sebelum ini media di India berspekulasi tentang majlis perkahwinan mereka yang dilakukan secara tertutup di Six Senses Fort Bawara.

Namun segala spekulasi itu terungkai selepas Katrina dan Vicky masing-masing memuat naik foto majlis perkahwinan mereka di akaun media sosial masing-masing.

“Hanya rasa cinta dan syukur di dalam hati kami untuk segalanya yang membawa kami hingga ke saat ini. Semoga anda mencintai dan merestui kami dalam perjalanan baru kami berdua sebagai suami isteri,” tulis Katrina di bahagian kapsyen.

Pasangan ini memakai pakaian pengantin tradisional India di mana Katrina memakai busana yang direka oleh pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi.

Di bahagian komen, kelihatan ramai rakan-rakan selebriti Bollywood meninggalkan komen ucapan tahniah termasuklah Priyanka Chopra, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Alia Bhat, Deepika Padukone, Ranveer Singh dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan juga ratusan ribu peminat pasangan ini dari seluruh dunia. 

Dikhabarkan, setiap tetamu yang diundang ke majlis perkahwinan ini tidak dibenarkan merakam sebarang gambar dan perlu meninggalkan telefon pintar mereka di bilik hotel. 

Katrina dan Vicky masing-masing tidak pernah mendedahkan hubungan mereka kepada umum. Namun media sering berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai hubungan mereka. 

Mereka berdua juga pernah dijangkiti virus COVID-19 sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa. 

Katrina sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa hero terkenal Bollywood termasuklah Salman Khan dan Ranbir Kapoor. - Getaran, 10 Disember 2021

Gambar: Instagram @katrinakaif

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hubungan Iran-Malaysia Akan Terus Tingkatkan Ikatan Budaya

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

10 Perkara Yang Suami Perlukan, Namun Tidak Tahu Cara Meminta

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Putera Mahkota Abu Dhabi Tiba Untuk Lawatan Khas 4 Hari Ke Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN