web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Akan Umumkan Pada Waktu Yang Tepat” - Mira Filzah

Sering diajukan soalan tentang kehamilan, pelakon popular, Mira Filzah berkata dia akan mengumumkan berita kehamilannya pada waktu yang tepat.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 10:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah menyedari dirinya sedang menjadi bualan netizen yang berteka-teki soal kehamilannya. 

Tidak menafikan mahupun mengiakan, kata Mira atau nama sebenarnya Nur Amira Filzah Badioezaman, 28, dia akan mengumumkan berita kehamilannya pada waktu yang tepat.

“Saya masih ingat lagi saya ada pakai satu baju ni dan mengambil gambar dari posisi sisi, lepas tu orang kata saya mengandung. Tapi biasalah, peminat akan sentiasa mengharap. Kalau ada apa-apa saya akan beritahu dan tidak akan sorok. 

“Kita akan tunggu waktu yang tepat. Bila bercakap soal kehamilan, susah kita nak duga, kan. Lain orang lain keadaan dan situasinya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran telefon pintar terbaharu VIVO V23e 5G.

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Ditanya adakah dia dan suami merancang tentang soal anak, katanya dia tidak pernah merancang soal zuriat, tambahan pula sekarang dalam musim pandemik.

Sering diajukan dengan soalan tentang kehamilan, kata Mira dia tidak terasa hati dengan mereka yang sering bertanya tentang soal kehamilannya kerana itu sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan yang berkahwin.

“Saya rasa ia sesuatu yang baik juga kerana ia menjadi satu doa buat saya. Mereka bercakap benda yang baik, bukannya tidak baik. Jadi saya okey sahaja, tak terasa hati pun,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Mira turut berkongsi bahawa dia dan suami juga bakal bercuti ke beberapa buah negara di Eropah selama sebulan.

“Ini kali pertama kerajaan membuka sempadan negara, jadi saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk saya dan suami bercuti di luar negara. Kerisauan itu tetap ada tapi bila difikirkan jika tangguh lagi, kita tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berlarutan,” kongsinya. 

Mira juga akan berehat sebentar dari dunia lakonan sehingga bulan Julai tahun hadapan kerana selepas pulang dari bercuti dia akan sibuk dengan kempen baju raya bersama beberapa jenama terkenal. - Getaran, 10 Disember 2021

Gambar : Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarat Mengandung, Izara Sahkan Cahaya Mata Kedua Dijangka Lahir Bulan Depan 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Buttonscarves Berkolaborasi Dengan Mira Filzah, Buka Butik Terbaharu Di Pavilion Kuala Lumpur

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bekas Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Umum Sedang Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah 10 Minggu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN