web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lepas Haqiem Rusli, Giliran Azzam Sham Hitung Hari Bergelar Suami

Azzam gusar sekiranya virus Omicron menggila menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan diadakan dan mengganggu kelancaran majlis.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Dec 2021 2:11PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas  Haqiem Rusli dan Yonnyboii melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini, kini giliran penyanyi Azzam Sham pula menghitung hari untuk bergelar suami kepada tunangnya, Sheryl Shazwani beberapa bulan sahaja lagi. 

Walaupun Juara rancangan Big Stage 2020 itu merahsiakan tarikh sebenar perkahwinannya untuk menjaga sensitiviti beberapa pihak, ia akan diadakan awal tahun hadapan dan persiapan untuk majlis bersejarah itu pula sudah siap 80 peratus.

Namun begitu, Azzam mengakui timbul kerisauan di hati melihat wujudnya virus Omicron yang diharap tidak mengganggu kelancaran majlis perkahwinannya nanti.

“Memang risau juga sebab takut terjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebolehnya saya mahu elakkan sebarang halangan yang boleh menjejaskan majlis nanti. Tetapi, itulah, kita hanya mampu merancang.

“Saya cuma minta doa daripada semua agar segala urusan kami dipermudahkan,” katanya semasa ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran lagu 'Baby Bambam' baru-baru ini.

Azzam dan Sheryl telah mengikat tali pertunangan pada 30 September lalu. Sikap Sheryl yang baik dan pandai mengambil hati keluarga sepanjang mereka berkawan sejak 2015 membuatkan Azzam ingin menjadikan Sheryl sebagai suri hidupnya.

Mengulas lanjut single 'Baby Bambam' yang berentak rancak hasil ciptaan Ejai Aziz dan digubah oleh Harry Khalifah, Azzam yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi berentak balada kini mencabar diri dengan menyanyikan lagu dari genre berbeza.

“Saya ingin cuba menyanyikan lagu dari genre berbeza untuk menunjukkan sisi lain Azzam Sham. Alhamdulillah, sambutan nampaknya sangat menggalakkan di platform TikTok,” katanya.

Video muzik lagu tersebut mencatatkan 54,000 tontonan sejak ia mula dikongsikan. Turut kelihatan kemunculan Sheryl dalam video muzik tersebut.

Bagi mendengarkan lagu tersebut, anda boleh melayari pautan YouTube Rusa Music dan di semua platform digital. - Getaran, 6 Disember 2021

Gambar: Instagram @sherylshazwanie

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jururawat Maut Ditikam Suami - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Maut Disyaki Didera Suami

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN