Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


"Belajarlah Memahami Bukan Menghakimi, Rosak Jiwa Saya" - Elyana

Baru-baru ini penyanyi terkenal, Elyana telah meluahkan perasaannya melawan sakit kanser serta tanggapan sesetengah netizen terhadap dirinya. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 3:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang mengenali Elyana, pasti anda tahu penyanyi dan pelakon ini sudah lama menghidap barah limfoma.

Dia yang popular dengan lagu 'Niat' juga sering berkongsi perkembangan tahap kesihatannya di akaun media sosial.

Bagaimanapun, baru-baru ini Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, telah meluahkan isi hatinya tentang tanggapan sesetengah netizen terhadap dirinya.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Elyana telah mendedahkan apa yang dia rasai selama bertarung dengan kanser.

Tulis Elyana, selama 10 tahun menghidap kanser, sudah lebih 20 kali dia menjalani rawatan kemoterapi dan lebih 30 kali rawatan radioterapi.

“Kalau boleh memang setiap hari saya nak makan makanan yang sihat dan segar. Buah, sayur-sayuran, makanan yang tidak mengandungi gula dan garam. Suplemen tambahan dan bersenam.

“Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan. Macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat.

“Tak makan selama setahun pun pernah sebab tak ada selera. Sampai terpaksa masukkan susu melalui tiub. Berubat semua ceruk orang bagitahu, saya dah pergi,” tulisnya. 

Tulisnya lagi, sebagai seorang yang pernah merasai hilang nikmat selera makan, dia menyarankan orang ramai supaya makan selagi Allah kurniakan nikmat untuk makan, tetapi harus berpada-pada dan berdoa sebelum makan supaya makanan yang dimakan menjadi ubat dan asbab untuk sembuh.

“Jika kamu jadi saya, baru kamu akan faham keadaan ini. Tak ada gunanya jika saya jelaskan selagi kamu tidak merasainya sendiri.

“Beza kalau kita pernah jaga atau kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami serta berperang dengan sakit. Beza.

“Jika anda ingin membantu, belajarlah memahami. Bukan menghakimi di ruangan komen dan mengadu. Rosak jiwa saya. Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni,” tulisnya. 

Kongsinya lagi, selama menghidap kanser, tiada yang bantu untuk menjaganya malah dia yang harus menjaga orang lain. 

“Saya tidak pernah mengadu. Sekadar ingin beritahu. Saya bukan ada kuasa luar biasa. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.

“Tak campur lagi kepayahan saya yang tak ada selera nak makan. Mulut penuh ulser, demam tak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan, tak boleh minum air waima telan air liur pun sakit.

“Muntah, ketakutan, seluruh badan rosak, susah bercakap, tumpah darah bertahun-tahun, nak duduk berdiri sakit. Nak jaga keluarga, nak cari duit, tak boleh tidur, nak selalu tersenyum depan anda. Berat. Terlalu berat.

“Kamu tdak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasainya sendiri,” luahnya. 

Getaran mendoakan semoga Elyana terus kuat melawan penyakit ini dan semoga diberikan kesembuhan oleh yang maha Esa. - Getaran, 3 Disember 2021

Foto: Instagram @elyanaofficial1

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 hari yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Tidak Semua Rakyat Malaysia Yakin Dengan Rawatan Konvensional Kanser

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar