web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Avaa Vanja Tuntut Cerai Daripada Suami

Selain membuat tuntutan cerai, Avaa turut membuat tuntutan lain iaitu hak penjagaan penuh anak, nafkah anak, nafkah iddah, nafkah mutaah dan tunggakan nafkah anak.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Dec 2021 1:10PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon filem Kala Malam Bulan Mengambang, Avaa Vanja telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Aamil Sulaiman, hari ini.

Perkara tersebut disahkan peguam syarie yang dilantik pelakon tersebut iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

“Avaa Vanja telah menandatangani wakalah bagi menuntut perceraian daripada suami beliau di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi. 

“Anak guam membuat beberapa tuntutan, antaranya adalah cerai, hak penjagaan penuh anak, nafkah anak, nafkah iddah, nafkah mutaah dan tunggakan nafkah anak,” kata Nurul Hafidzah.

Pelakon yang bakal membuat kemunculan semula dalam dunia perfileman itu turut menuntut hak penjagaan penuh anak tunggal beliau yang kini berusia sembilan tahun.

Ketika dihubungi Portal Getaran, Avaa berkata, tindakan menuntut cerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis rumah tangga beliau.

“Saya tidak sabar untuk berdepan dengan hari yang mendatang, melalui perkara ini sememangnya mengundang banyak kepahitan, tapi pasti saya akan diberi kekuatan, insya-Allah,” katanya. - Getaran, 2 Disember 2021

Gambar: FB Avaa Vanja 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN