web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Penting Dakwah Di Media Sosial" - Ustaz Mohd Ashraf

Sebilangan pendakwah kini menyedari keperluan memanfaatkan teknologi maklumat bagi memperluaskan lagi usaha mereka menyebarkan nilai murni kehidupan beragama terutama kepada generasi baru.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 2:40PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertujuan mendekati pelbagai kelompok masyarakat yang berbilang usia daripada remaja, orang muda dan berusia, cara berdakwah juga perlu dipelbagaikan agar ia kekal relevan dan sampai ke golongan sasaran.

Walaupun berdakwah secara konvensional dengan memberi ceramah di surau dan masjid masih menjadi platform utama, namun sebilangan pendakwah kini menyedari keperluan memanfaatkan teknologi maklumat bagi memperluaskan lagi usaha mereka menyebarkan nilai murni kehidupan beragama kepada seluruh umat Islam terutama kepada generasi baru. 

Pendakwah bebas, Ustaz Dr. Mohd Ashraf Suarin, 39, turut menggunakan platform media baharu untuk berdakwah. 

Pendakwah bebas, Ustaz Dr. Mohd Ashraf Suarin
Pendakwah bebas, Ustaz Dr. Mohd Ashraf Suarin

“Hari ini media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan yang sedang ‘hangat’ iaitu Tik Tok sudah menjadi  sebahagian rutin harian masyarakat.

“Pengguna media sosial lebih tertarik dengan kandungan kreatif, maka perlunya pendekatan dakwah yang lebih santai dan interaktif,” katanya. 

Ustaz Mohd Ashraf  turut meyampaikan dakwah menerusi program Zayan Hujung Minggu di Zayan FM pada setiap Sabtu, jam 1 petang hingga 6 petang dan Ahad (jam 6 pagi hingga 11.30 pagi).

“Cabaran hidup yang terpaksa kita lalui hari ini tanpa adanya sokongan akan melemahkan semangat ada yang sanggup bertindak di luar dugaan tanpa berfikir panjang akan kesan dan akibatnya. 

“Jadi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, kembalilah kepada ajaran Islam berpandukan al-Quran dan sunah yang menyediakan panduan lengkap untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

“Kebanyakan pendengar meluahkan rasa masalah mereka tentang kesusahan hidup, perceraian dan putus kasih terutama selepas dunia dilanda pandemik COVID-19. 

“Mereka ini perlu diberi motivasi supaya tidak tersalah langkah dan kebelakangan ini ramai yang hilang punca sehingga sanggup bunuh diri,” katanya. 

Menurut Ustaz Mohd Ashraf, sebagai pendakwah beliau bertanggungjawab membawa umat Islam ke jalan kebenaran dengan memperluaskan lagi gerakan dakwahnya menerusi dunia penyiaran tanah air dan media sosial yang mempunyai capaian internet yang lebih menyeluruh.

“Sebelum ini saya menulis buku, memberi motivasi kepada pelajar sekolah dan remaja bermasalah. Untuk mendekatkan diri dengan anak muda, kita perlu ikut trend yang mereka suka. Golongan pendakwah perlu berfikiran terbuka dan tidak lagi boleh lagi menyampaikan dakwah secara formal.

“Pendakwah juga bukan penghukum tetapi sebagai ‘jurupandu’ kepada mereka. Ramai di antara kita tidak faham konsep dakwah yang sebenarnya dengan  terus menjatuhkan hukuman.  Tegurlah  dengan lembut dan berhikmah namun masih dalam ketegasan,” katanya. 

Beliau yang juga pengetua Pondok Hamlatul Quran (PMHQ), turut mengambil inisiatif mencari dana untuk menampung berpuluh anak yatim dan golongan asnaf yang diasuh untuk menjadi penghafaz al-Quran dengan menjual beras. 

“Idea untuk menjual paket beras tempatan menggunakan jenama 'Ashraffi' itu diperolehi apabila pusat kebajikan dan pendidikan itu memerlukan sekitar RM40,000 sebulan untuk meneruskan operasi,” kataya. 

Gambar: Shopee
Gambar: Shopee

PMHQ diuruskan pusat pengurusan Pertubuhan Kebajikan Pondok Motivasi bertapak di Tanjung Karang, Selangor. Ia ditubuhkan pada Mac 2013 dan terbuka kepada remaja serta kanak-kanak yang mempunyai keinginan untuk mendalami al-Quran.

Selain itu, beliau juga turut mengusahakan perniagaan minuman iaitu Kopi Vietnam dengan membuka kiosk Ngopi Ashraffi, terletak di Pondok Souq, Meru.

“Saya mahu mengajak anak muda berniaga dan menjadi barista yang berjaya. Berniaga bukan semata-mata untuk keuntungan tetapi juga boleh dijadikan saluran untuk kita beribadah,” katanya.

Kepada yang berminat untuk membuka kiosk itu, boleh berhubung dengan beliau dengan modal mampu milik. - Getaran, 26 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes Rogol Babitkan Penceramah Bebas Diserah Kepada Pendakwa Raya

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Da’i Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN