web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Iman Troye Nafi Sudah Bergelar Jutawan

Populariti luar biasa yang diraih penyanyi remaja, Iman Troye telah berjaya memberikannya jumlah pendapatan bernilai RM1 juta.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 5:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi remaja popular, Iman Troye menyangkal dakwaan bahawa dia kini sudah bergelar jutawan berikutan lagu-lagunya berjaya mendapat empat kali anugerah platinum yang bernilai RM1 juta. 

Iman yang bakatnya dicungkil menerusi program ‘I Can See Your Voice Malaysia’ ini telah menempa populariti sekelip mata selepas single pertamanya, ‘Teman’ berjaya mencuri hati peminat muzik Malaysia. 

“Tidak! Saya masih belum bergelar jutawan. RM1 juta itu adalah hasil pendapatan daripada first ‘baby’ saya sehinggalah sekarang. Fokus saya dalam industri ini bukanlah jumlah pendapatan, tetapi lebih kepada mengukuhkan nama saya di dalam industri,” katanya.

Kata Iman lagi, pada tahap ini dia masih merangkak di dalam industri kerana baru setahun lebih bergelar penyanyi. 

Bercakap mengenai populariti yang diraihnya dalam masa singkat, penyanyi berusia 19 ini mengakui kadangkala dia berasa takut.

“Sebenarnya saya sangat-sangat takut kerana saya tidak tahu pandangan orang yang sebenar-benarnya terhadap saya.

“Sebagai manusia, saya juga banyak buat silap. Tetapi saya cuba belajar dari kesilapan saya dan jadi lebih baik dan kuat daripada sebelum ini,” ujarnya.

Ditanya bagaimana dia berhadapan dengan kritikan netizen yang sentiasa melemparkan kata-kata kurang enak kepadanya setiap kali dia melakukan kesilapan, jelas Iman dia tidak mampu untuk menutup mulut orang.

“Tipulah kalau saya cakap tidak terasa dengan kata-kata mereka. Tetapi untuk simpan lama-lama itu tidaklah. Saya mahu lebih fokus kepada kerjaya dan keluarga. 

“Apa yang saya belajar adalah setiap perjalanan ada pahit manisnya. Jadi saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya bersyukur sebab saya buat salah dan ada orang yang tegur maknanya mereka masih menyayangi saya. Saya harap selepas ini mereka dapat terima saya dengan hati yang terbuka dan tegur saya seperti biasa,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Iman yang baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul ‘Nang’ kini telah dilantik menjadi duta PTTI.

Mengulas lanjut mengenai perlantikannya sebagai duta kepada aplikasi pembelajaran dalam talian itu, Iman berkata dia sebagai seorang yang turut belajar di platform dalam talian akan memberikan motivasi kepada calon-calon SPM.

“Sekarang ini ramai pelajar yang menghadapi kesukaran untuk belajar secara dalam talian termasuklah saya sendiri.

“Hadirnya saya di sini adalah untuk memberi motivasi kepada mereka untuk terus bangkit dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,” ujarnya mengakhiri perbualan. – Getaran, 1 November 2021.

Gambar: Budak.Tadika & Instagram Iman Troye



 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Iman Troye Nak Bagi RM300 Buat Pelajar SPM 2022 Yang Berjaya Mencapai Peningkatan Dalam Apa Saja Mata Pelajaran

2

TARA 3 tahun yang lalu

Selebriti Muda Teruja Kali Pertama Mengundi Di #PRU15

3

TARA 3 tahun yang lalu

Bandar-Bandar Terkaya Di Dunia Pada 2022, Singapura Masuk Senarai

4

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Vivo Y35: Prestasi Sederhana Baik Dan Masih Berbaloi Untuk Dimiliki

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN