Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bandar-Bandar Terkaya Di Dunia Pada 2022, Singapura Masuk Senarai

Amerika Syarikat mendominasi kedudukan 20 bandar terkaya dengan jutawan paling ramai di dunia pada tahun 2022.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 10:06AM

New York mengungguli senarai dengan 345,600 orang jutawan, diikuti lima buah bandar Amerika yang lain iaitu San Francisco, Los Angeles, Chicago, Houston dan Dallas - Gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Amerika Syarikat mendominasi kedudukan 20 bandar terkaya dengan jutawan paling ramai di dunia pada tahun 2022, yang menyaksikan New York mengungguli senarai dengan 345,600 orang jutawan, diikuti lima buah bandar Amerika yang lain iaitu San Francisco, Los Angeles, Chicago, Houston dan Dallas.

Tokyo berada di tempat ke-2 dengan 304,900 individu bernilai tinggi dengan nilai melebihi USD 1 juta, manakala London yang sebelum ini menerajui senarai bandar terkaya di dunia selama bertahun-tahun, telah turun ke kedudukan ke-4 di bawah San Francisco Bay Area dengan hanya 272,400 orang jutawan. 

London yang sebelum ini menerajui senarai bandar terkaya di dunia selama bertahun-tahun, telah turun ke kedudukan ke-4 di bawah San Francisco Bay Area dengan hanya 272,400 orang jutawan - Gambar Fail
London yang sebelum ini menerajui senarai bandar terkaya di dunia selama bertahun-tahun, telah turun ke kedudukan ke-4 di bawah San Francisco Bay Area dengan hanya 272,400 orang jutawan - Gambar Fail

Statistik ini adalah berdasarkan laporan Henley Global Citizens Report yang terkini yang menjejaki trend migrasi kekayaan persendirian di seluruh dunia.

Dua buah bandar di China, Beijing (tempat ke-9) dan Shanghai (tempat ke-10), berjaya menduduki 10 kedudukan teratas, manakala Switzerland dan Australia masing-masing berjaya memperoleh dua kedudukan bandar teratas, dengan Sydney (tempat ke-11), Zurich (tempat ke-15), Melbourne (tempat ke-17) dan Geneva (tempat ke-19) berjaya menyertai senarai tersebut. 

Singapura (tempat ke-5), Hong Kong (SAR China) (tempat ke-12), Frankfurt (tempat ke-13), Toronto (tempat ke-14), Seoul (tempat ke-16) dan akhir sekali Paris yang telah turut sebanyak tiga anak tangga pada kedudukan ke-20, merupakan antara bandar lain yang berada dalam senarai bandar terkaya tahun 2022. 

Singapura menduduki tempat kelima dalam senarai Bandar Terkaya 2022 - Gambar Unsplash
Singapura menduduki tempat kelima dalam senarai Bandar Terkaya 2022 - Gambar Unsplash

Laporan tersebut menampilkan data eksklusif daripada firma risikan kekayaan global New World Wealth serta merangkumi lima bandar terkaya di setiap rantau utama dan 25 bandar paling pesat berkembang daripada segi pertumbuhan para jutawan.

Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, menekankan bahawa 14 daripada 20 bandar terkaya adalah dari negara-negara yang menganjurkan program migrasi pelaburan. 

"Hak untuk hidup, bekerja, belajar dan melabur dalam hab kekayaan antarabangsa yang terkemuka seperti New York, London, Singapura, Sydney dan Toronto dapat dijamin melalui kediaman melalui pelaburan.”

“Berupaya untuk memindahkan diri anda, keluarga atau perniagaan anda ke bandar yang lebih baik atau mempunyai pilihan untuk memilih pelbagai kediaman yang berbeza di seluruh dunia merupakan aspek yang semakin penting dalam perancangan legasi dan kekayaan antarabangsa untuk pelanggan persendirian," ujar beliau.

Populasi golongan jutawan di Dubai, Mumbai dan Shenzhen dijangka akan memasuki senarai 20 bandar terkaya pada kedudukan teratas menjelang tahun 2030 - Gambar Fail
Populasi golongan jutawan di Dubai, Mumbai dan Shenzhen dijangka akan memasuki senarai 20 bandar terkaya pada kedudukan teratas menjelang tahun 2030 - Gambar Fail

Menurut Ketua Penyelidikan New World Wealth, Andrew Amoils, populasi golongan jutawan di Dubai, Mumbai dan Shenzhen dijangka akan memasuki senarai 20 bandar terkaya pada kedudukan teratas menjelang tahun 2030.

"Bandar-bandar dengan industri minyak dan gas yang kukuh menunjukkan prestasi yang sangat baik pada tahun ini. Ia termasuklah Riyadh, Sharjah, Luanda, Abu Dhabi, Doha dan Lagos. Bandar-bandar lain dalam senarai bandar yang paling pesat berkembang termasuk Lugano, sebuah kawasan tumpuan di Switzerland untuk para pesara kaya, Bengaluru, 'Silicon Valley India' dan Hangzhou, salah sebuah bandar yang paling indah di China," ulas Andrew.

Mengulas tentang Henley Global Citizens Report yang terkini, Pakar Ekonomi Kanan IMD World Competitiveness Center, Dr. José Caballero berkata, kualiti kehidupan ialah pemacu yang menjadi asas kepada mobiliti global dan bagi eksekutif perniagaan, taraf hidup yang tinggi serta institusi yang berkesan merupakan faktor penting yang menjadi tarikan sesebuah bandar.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang laporan ini, anda boleh ke laman sesawang ini. - Getaran 18 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi