Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perginya Mamat Khalid, Aziz M Osman Akui Hilang Teman Borak Terbaik

Hubungan rapat Aziz M Osman dan Allahyarham Mamat Khalid bermula di syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd pada tahun 90-an. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 9:26PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem, Aziz M Osman mengakui amat terasa dengan pemergian Allahyarham Mamat Khalid yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak, baru-baru ini. 

Menurut Aziz, dia dan Mamat pencinta filem dan muzik. Sama ada karya itu bagus atau sebaliknya, mereka akan duduk bercerita berjam-jam lamanya. 

“Kalau dengan pengarah lain, apabila kita bercerita dengan mereka, mungkin ada yang akan mengutuk saya jika citarasa kami tidak sama. 

“Tapi Mamat berbeza. Saya dengan dia boleh borak apa sahaja tentang filem dan muzik termasuklah kesusasteraan. 

“Ada perkara yang saya tidak tahu dia akan kongsi dengan saya dan apa yang dia tidak tahu pula, saya akan kongsikan pula dengan dia. 

“Hanya dengan arwah Mamat seorang sahajalah saya mampu bercerita apa sahaja tentang trivia atau sejarah filem,” katanya yang pernah mengarahkan filem Fenomena, FeminaXX Ray dan Leftenan Adnan.

Aziz dan Mamat teman sejati yang saling menyokong antara satu sama lain
Aziz dan Mamat teman sejati yang saling menyokong antara satu sama lain

Aziz antara sutradara tempatan yang rapat dengan Mamat malah persahabatan mereka di antara mereka mula terjalin sejak era 90-an. Ketika itu Aziz bertugas di syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd. 

“Saya masih ingat lagi waktu kali pertama Mamat datang ke Nizarman. Mamat ada menghantar showreel video lawak kepada penerbit eksekutif Nizarman ketika itu iaitu Raof Rahman. 

“Bila Raof tunjukkan saya showreel video lawak itu, saya beritahu Raof bahawa gaya komedi Mamat lain macam dan Nizarman harus ambil dia. 

“Drama pertama yang Mamat hasilkan adalah bersama Nizarman. Tajuknya, 'Namaku Yassin' yang dilakonkan Allahyarham Harun Salim Bachik.  

“Pernah Mamat tidur dalam kereta di luar pejabat Nizarman sebab dia datang awal sangat dan waktu itu pejabat masih berkunci,” kata Aziz. 

Sambung Aziz lagi, apabila Mamat sudah mempunyai tapak dalam industri, arwah kemudian menyertai Imagine Pictures milik Allahyarham Hani Mohsin dan Ten On Ten Pictures bersama Tiara Jacquelina (sekarang Puan Sri). 

“Waktu itu saya pula meneruskan kerja-kerja pengarahan filem. Apabila saya tidak berupaya meneruskan lagi filem Senario yang berikutnya, saya menyarankan kepada Grand Brilliance Sdn Bhd yang ketika itu diketuai Lazizah Ahmad untuk mengambil Mamat sebagai mengarah. 

“Lazizah kemudian bawa masuk Mamat. Maka lahirlah filem pertama Mamat berjudul Lang Buana yang juga merupakan filem pertama arahannya. 

“Saya sarankankan nama dia kerana pada waktu itu sentuhan komedi Mamat memang luar biasa dan ia bukan sekadar hiburan kosong. 

“Bagi saya Mamat seorang pengarah yang hebat dan versatil. Dia bukan sahaja boleh buat filem komedi tetapi juga yang estetik dan pop,” katanya. 

Pada saat Aziz sudah hampir menarik diri daripada terlibat dalam bidang pengarahan, Mamat menghalangnya daripada berbuat demikian. 

“Dia cakap dengan saya supaya jangan berhenti. Dia carut saya tapi dengan dia, apa yang dia cakap, saya tidak pernah ambil hati. 

“Apa yang boleh saya katakan, dia salah seorang rakan yang menaikkan semula semangat saya dalam dunia perfileman," katanya. 

Mamat pengarah berkaliber dan disayangi ramai
Mamat pengarah berkaliber dan disayangi ramai

Mengenai penglibatannya sebagai watak Pak Jabit dalam drama 'Kampong Pisang Bersiri-siri', telefilem 18 Puasa di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Raya Muzikal Istimewa serta filem pendek Kampong Pisang Kita Setandan, Aziz berkata, segala-galanya bermula sewaktu dia diminta untuk menjadi juri ujibakat pementasan Teater Muzikal Hantu Kak Limah di Ipoh pada 2018.

“Uji bakat itu diadakan untuk mencari pelakon di sekitar Perak bagi menjayakan pementasan tersebut. Selain saya, Imuda, Datuk Afdlin Shauki dan Sabri Yunos turut menjadi juri. 

“Kami sudah pilih pun pelakon-pelakon untuk menjayakan pementasan tersebut. Tiba-tiba, Mamat minta saya bawakan watak Pak Jabit. 

“Memandangkan ia hanyalah sebuah pementasan sahaja, saya bersetuju. Pun begitu, apabila Mamat suruh saya bawa watak Pak Jabit dalam 'Kampong Pisang Bersiri-siri', saya kata 'giler'! 

“Mana mungkin saya boleh bawakan watak Pak Jabit. Watak itu sudah pun dipegang lama Allahyarham Man Kadir. Watak itu terlalu kuat dan beliau telah berjaya hidupkan watak itu dengan berkesan. 

“Namun, atas keyakinan Mamat, saya terima dan menerusi kolaborasi itu, saya cuba untuk bawakan watak Pak Jabit tanpa dibayangi pelakon asalnya,” kata Aziz lagi. 

Aziz tampil sebagai Pak Jabit bagi menggantikan Allahyarham Man Kadir
Aziz tampil sebagai Pak Jabit bagi menggantikan Allahyarham Man Kadir

Namun, Aziz mengakui ada suatu perkara yang membuatkan Mamat begitu kecewa. 

“Saya, Mamat dan Afdlin pernah merancang untuk bikin sebuah filem. Perancangan ini dibuat sejak 13 tahun lalu. 

“Apa yang kita rancang adalah buat tiga filem arahan saya, Mamat dan Afdlin dalam sebuah filem. Beria-ia kami buat brainstorming di Bali. 

“Malangnya, apa yang kami rancang itu tidak jadi kenyataan kerana tiada pihak yang yakin untuk memberikan dana. Kecewa sungguh Mamat,” katanya. 

Kata Aziz lagi, arwah Mamat sebelum ini sudah dua kali berada dalam keadaan koma sejak mengalami masalah kesihatan. 

“Selepas koma kali kedua, dia mampu bangkit semula dan ghairah berkarya. Saya sendiri pelik bagaimana ideanya mencurah-curah datang. Sedangkan saya akui saya sendiri sudah kekeringan idea. 

“Mamat bagaimanapun akui selepas koma kali kedua itu, dia seolah-olah telah diberikan ilham untuk berkarya. 

‘Semangat kerjanya sangat luar biasa. Dia sentiasa aktif dan berkreatif. Bagi saya, arwah bangkit semula kerana Allah SWT memang mahu beri peluang untuk kita bersama-sama dengan Mamat menerusi karya-karya terakhirnya. 

“Saya puas kerana ada bersama-sama dengan Mamat sebelum Tuhan benar-benar mengambilnya daripada kita semua,” katanya. 

Sewaktu Mamat rebah dan pengsan di Sarang Art Hub dan dibawa  ke hospital Slim River, Aziz berkata, dia telah dihubungi anak Mamat, Amen memberitahu keadaan bapanya itu. 

“Saya baru sahaja selesai membuat penggambaran di Shah Alam dan bergegas ke Slim River.  

“Kira-kira jam 12.15 malam, Amen menangis menghubungi saya memberitahu keadaan bapanya yang semakin nazak. 

“Saya minta supaya dia tidak berkata apa-apa lagi. Tunggu sehingga saya sampai. Kira-kira jam 12.30 saya sampai dan Amen beritahu bahawa Mamat sudah tiada. 

“Tetapi, saya rasa tenang kerana saya dapat meluangkan detik-detik terakhir saya dengan arwah di hospital. Saya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Mamat dalam momen yang sangat intim,” katanya. 

Gambar: Facebook Aziz M Osman 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran