web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Oddie Agam Sudah Tiada, Lagunya Satukan Malaysia-Indonesia 

Komposer Oddie Agam tidak sangka lagu 'Antara Anyer dan Jakarta' yang dicipta khas buat Datuk Sheila Majid popular di Malaysia dan Indonesia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 5:47PM

Gambar: Sendy Kurniawan, Instagram @sendykr

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkhabaran duka buat warga industri muzik di Indonesia apabila komposer terkenal dan cukup berpengaruh pada era 80-an, Oddie Agam Luntungan telah pun meninggal dunia, kira-kira jam 11 pagi tadi. 

Sebelum itu, Oddie menjalani rawatan di wad Unit Perawatan Rapi (ICU) Hospital Persahabatan, Indonesia akibat beberapa komplikasi yang dialami. 

Pemergian Oddie disambut dengan rasa duka oleh rakan pemuzik di negara kelahirannya. 

Bahkan, perkhabaran ini mengejutkan ramai peminat muzik di Malaysia yang rata-rata mengenalinya sebagai pencipta lagu 'Antara Anyer dan Jakarta' dendangan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Sheila Majid. 

Lagu tersebut dimuatkan dalam album Sheila berjudul Emosi yang diterbitkan pada 1986. Menerusi album sama, Oddie turut mencipta sebuah lagi lagu buat Sheila iaitu 'Tua Sebelum Waktunya'. 

Pemilik nama sebenar Imran Madjid ini adalah komposer dan pemuzik yang sering terlibat dengan projek rakaman album dan konsert Datuk Sheila Majid. Selain Emosi, beliau juga terlibat dalam pembikinan album Ku Mohon dan Cinta Kita

Sewaktu berpeluang mewawancara karyawan muzik ini kira-kira lebih sedekad lalu di sebuah acara di Kuala Lumpur yang dihadirinya, Oddie memberitahu bahawa menghasilkan karya lagu buat Sheial Majid adalah suatu penghormatan yang besar buat dirinya, 

“Saya sendiri sama sekali tidak menyangka lagu itu menyatukan Malaysia dan Indonesia. Bahkan ia jadi lagu yang hit.  

“Selepas terlibat dalam pembikinan album Sheila, hubungan kami jadi lebih dekat. Lebih daripada sekadar kenalan. 

“Sukar bagi saya untuk menolak jika Sheila minta saya hasilkan lagu untuknya,” katanya kepada penulis. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN