web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nur Fazura Terharu Tengku Permaisuri Norashikin Pakai Tudung RM30 

Ramai memuji Tengku Permaisuri Norashikin tidak kisah memakai tudung berharga murah biarpun mampu menggayakan helaian berjenama bernilai ribuan ringgit. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasanya ramai sedia maklum, selebriti jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 38, kini merupakan seorang usahawan yang menjual hijab dan kosmetik. Baru-baru ini dikhabarkan jualan tudung bawalnya di bawah jenama Tudung Fazura telah mencecah RM2 juta dan habis dijual dalam masa yang singkat.

Terbaru, pelakon filem Pisau Cukur itu telah meluahkan rasa gembira dan syukur apabila tudungnya yang dijual dengan harga kurang dari RM30 sehelai telah disarung oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin.

Menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram Fazura, dia telah memuat naik dua foto Tengku Permaisuri Norashikin yang memakai hijab dari koleksi tudungnya yang diberi nama ‘Kak Uda’ dari Koleksi Kakak Kita yang dilancarkan pada Julai lalu ketika menghadiri majlis simbolik penyerahan sumbangan Alat Bantuan Belajar (tablet) kepada pelajar asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. 

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.

Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenaan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30," tulis Fazura di bahagian kapsyen.

Fazura turut memuji Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan mantan personaliti RTM itu sebagai suri teladan seluruh negeri. 

Warga net turut memuji Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kisah memakai tudung yang berharga murah biarpun dirinya mampu memakai helaian berjenama bernilai ribuan ringgit. 

Sebelum ini, Tengku Permaisuri Norashikin pernah menghadiahkan Fazura syiling emas dan rantai berlian buat anak perempuan Fazura iaitu Nur Fatima sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama. 

Semoga lebih ramai lagi wanita diluar sana yang boleh mencontohi keperibadian Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak mementingkan kemewahan semata-mata untuk bergaya biarpun bergelar seorang permaisuri. - Getaran, 8 Oktober 2021

Gambar : Instagram Fazura & Selangor Royal Official 

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN