web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ayash Affan Mudah Dijaga, Tak Banyak Ragam 

Shuib mengakui paru-paru Ayash Affan belum cukup matang, namun kondisi anak bongsunya itu bertambah baik dan beratnya juga sudah mencecah 3.7 kilogram. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 4:12PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai netizen meluahkan rasa sebak sebaik sahaja usahawan dan pelawak, Shuib Sepahtu atau Shahmira Muhammad, 37, berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan pada 1 Oktober lalu.

Rasa tersetuh hati memikirkan Ayash yang lahir pra matang tidak sempat menatap serta merasai kasih sayang ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang pergi menyahut seruan Ilahi, tiga hari selepas melahirkan Ayash di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia akibat COVID-19.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagram miliknya. Di dalam video tersebut, Ayash tidur nyeyak di katilnya yang cantik dan serba putih. 

Dalam video itu juga, orang ramai dapat menatap wajah Ayash. Ternyata bayi yang selamat dilahirkan secara pembedahan sewaktu ibunya ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 ini mempunyai acuan wajah ibu bapanya. 

Namun, bagaimana agaknya kondisi Ayash sesudah dikeluarkan dari inkubator di HCTM sejak 6 Ogos lalu dan dibenarkan pulang ke rumah pada 14 September iaitu sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah? 

Gagal menghubungi Shuib, Portal Getaran bagaimanapun berjaya mendapatkan sedikit informasi daripada bekas pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom. 

Kata Nana, dalam perbualannya bersama Shuib menerusi nota suara Whatsapp pada 30 September lalu, duda anak empat itu mengakui paru-paru Ayash masih belum cukup kuat dan matang. 

“Paru-paru Ayash tidaklah matang sangat, tetapi dia semakin okay. Semalam timbang pun dia makin mantap dan beratnya sudah 3.7kilogram,” kata Shuib menerusi nota suara Whatsapp tersebut. 

Jelas Nana lagi, Ayash tidak banyak ragam dan mudah dijaga.  

“Ayash tak banyak ragam dan tak banyak merengek. Walaupun ramai mahu menjadi ibu susuan Ayash, dia telah disusukan oleh kalangan keluarga dan saudara mara di sebelah Sarah dan Shuib,” katanya. - Getaran, 4 Oktober

Gambar: Instagram @shuibsepahtu

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN