web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Patut Diberikan Hak Tetapkan Kewarganegaraan Yusuf - Loca B

Loca B bukan sahaja masih gagal mendapatkan kewarganegaraan buat Yusuf, tetapi dia juga masih tidak dapat memperbaharui visa buat anak pertamanya itu sehingga dia berjaya mendapat surat hak penjagaan anak.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 8:17AM

Gambar: Instagram @kuning.langsat

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu kerakyatan anak kepada ibu warganegara Malaysia yang lahir di luar negara masih lagi hangat diperkatakan dan ia timbul susulan daripada tindakan beberapa wanita warga Malaysia yang telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi agar membenarkan kewarganegaraan secara automatik diberikan kepada anak-anak mereka, biarpun dilahirkan di luar negara. 

Terbaharu, rapper Nabilah Hani Azali atau lebih dikenali sebagai Loca B turut membangkitkan isu yang sama apabila dia berdepan dengan masalah untuk dapatkan kewarganegaraan Malaysia buat anaknya, Yusuf Alexander yang bakal mencecah usia 6 tahun pada tahun hadapan. 

Yusuf yang dilahirkan di United Kingdom adalah anak pertama Loca B, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu. Loca B kemudian berkahwin buat kali kedua dengan rapper Tuju dan dikurniakan anak perempuan bernama Aiko Bintang pada November lalu. 

Menerusi posting video yang dimuat naik Loca B di akaun Instagramnya dua hari lepas, rapper wanita yang semakin kukuh namanya di dalam industri ini tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan nasib dan masa depan Yusuf yang hingga kini masih belum berjaya mendapat taraf warganegara Malaysia. 

“Saya sebenarnya dalam perjalanan ke pesuruhjaya sumpah untuk menyelesaikan dokumen Yusuf untuk memohon kewarganegaraanya. 

“Sudah lama saya tidak pernah merasa sedih sebegini tentang hal-hal berkaitan dengan kerakyatannya. Perkara ini telah tertangguh selama dua tahun disebabkan MCO. 

“Lepas Yusuf berusia 7 tahun, memang mustahil untuk dia mendapatkan kewarganegaraan. Yusuf bakal mencecah usia 6 tahun pada tahun depan dan saya sangat risau memikirkan tentang masa depannya di negara ini. 

‘Saya hanya mahu dia bersama saya. Ia tidak seharusnya sesukar ini untuk anak saya tinggal dengan saya di negara ini,” kata pelantun lagu ‘Dendam Wanita’ ini. 

Jelas Loca B lagi, Yusuf sepatutnya mendapat kewarganegaraan Malaysia pada saat dia melahirkan anaknya itu. 

“Saya patut diberikan hak untuk memindahkan kewarganegaraan buat anak saya. Tidak kisahlah dengan siapa saya berkahwin atau siapa pun pasangan hidup saya.

“Kalau lelaki boleh diberikan hak, kenapa wanita tidak boleh diberikan hak yang sama. Kita tinggal di sebuah negara yang mempunyai kerajaan yang suka mendiskriminasikan kaum wanita. 

“Kerajaan sanggup mengemukakan rayuan untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara ini. Apa yang anak saya boleh lakukan jika dia mempunyai dua kewarganegaraan sekarang?

“Sebab dia boleh memilih salah satu apabila dia sudah besar nanti. Tapi, apa yang dia boleh buat sekarang sehingga anda semua takut dia mempunyai dua kewarganegaraan?” soalnya dengan nada suara yang tinggi.

Loca B kemudian memohon maaf atas kerana tidak dapat mengawal perasannya.

Namun, dia cuba meminta semua orang memikirkan nasib wanita-wanita yang kurang bernasib baik yang terpaksa melalui kesusahan untuk mendapatkan visa untuk anak setiap tahun apabila tidak diberikan kewarganegaraan. 

“Fikirkanlah ibu-ibu yang sentiasa kena memperbaharui visa untuk anak-anaknya. Ingat murah kah? Kalau terlepas buat, kena bayar RM500 sehingga RM700. 

“Dulu saya tiada duit, sakit gila. Tiap-tiap tahun kena bayar visa RM150. Ia tetap duit tapi banyak lagi benda yang tidak perlu dilalui jika seorang anak itu diberikan kewarganegaraan Malaysia,” katanya. 

Kes mahkamah melibatkan isu kewarganegaraan Yusuf sepatutnya telah pun diselesaikan pada Jun lalu, tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, ia telah ditangguhkan beberapa kali dan sekarang ini dipindahkan ke bulan Disember.

Pada waktu yang sama juga, Loca B juga tidak dapat memperbaharui visa buat Yusuf sehingga dia berjaya mendapat surat hak penjagaan anak. 

Susulan daripada isu ini, banyak pihak menggesa kerajaan supaya supaya bersikap adil terhadap isu kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara termasuk oleh ibu warga Malaysia.

Malah, ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut lantang membangkitkan isu ini dan berpendapat hak asasi manusia perlu menjadi tunjang kepada negara dan ia tidak boleh berat sebelah dengan hanya memberi kelebihan kepada lelaki sahaja.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pula bertitah semua anak rakyat Malaysia yang dilahirkan di luar negara mesti diberikan hak kerakyatan negara ini.

Menurut baginda, kesucian mahkamah mesti dipelihara dan ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara tidak seharusnya mengalami diskriminasi.

“Ini adalah hak asasi setiap anak yang dilahirkan, tidak kira ibu atau bapanya yang merupakan warganegara Malaysia,” titah baginda lagi. - Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN