web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Selamat Berjaga Malam” Warganet Teruja Nabil Mahir Bergelar Bapa

Ayda Jebat telah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 5:20PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada perkara yang paling membahagiakan bagi setiap pasangan selain daripada memeluk cahaya mata pertama. 

Pelakon Nabil Mahir kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Ayda Jebat selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui kaedah pembedahan. 

Puteri sulungnya  seberat 2.77 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam pada Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan Ayda dan suaminya Nabil Mahir di laman Instagram mereka masing-masing. 

Nabil yang memeluk anaknya itu ternyata bahagia bergelar seorang bapa dan bersyukur pembedahan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Ayda dan anak sihat. Mereka berdua memerlukan rehat yang secukupnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ruangan komen mereka dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis dan peminat. 

“Alhamdulillah,” komen Mira Filzah.

“Selamat datang ke fasa menjadi ibu,” tulis Fatin Afeefa pula. 

Namun ada juga warganet yang sempat menyelitkan jenaka meminta agar Nabil bersedia untuk berjaga malam menguruskan anak yang baru lahir itu. Maklumlah, itulah asam garam menjadi bapa. 

Tahniah kami ucapkan kepada Ayda, tak sabar menantikan apakah nama yang bakal diberikan kepada anak bertuah mereka ini. - Getaran, 24 September 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN