web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Bakal Lancar Single Kolaborasi Bersama 'Maestro' Indonesia

Single terbaharu itu buah tangan buat peminat yang selama ini menyokong kariernya dan menggambarkan perjalanan Siti sepanjang tempoh 25 tahun dalam industri.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 12:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal melancarkan ’single’ terbaharu hasil kolaborasi bersama maestro muzik dari Indonesia dalam tempoh terdekat.

Tanpa mendedahkan siapa pemuzik tersebut, beliau berkata single terbaharu itu adalah buah tangan buat peminat yang selama ini menyokong kariernya dan menggambarkan perjalanan Siti sepanjang tempoh 25 tahun dalam industri.

“Kami dalam proses berbincang bersama beliau dan juga pihak Universal Music untuk projek istimewa ini sempena 25 tahun saya dalam industri.

"Doakan supaya saya dapat lagu yang bagus dan susunan muzik yang hebat untuk hasilkan single yang terbaik,” katanya kepada media melalui sidang video selepas majlis sambutan ulang tahun kedua BeauSiti secara maya.

Siti juga mengesahkan bahawa DVD Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang merupakan rakaman persembahan konsert jelajahnya di tiga negara pada 2019 lalu juga bakal menemui peminat.

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu setakat ini telah menghasilkan lebih daripada 20 buah album.

Sementara itu, Siti berkata menerusi perniagaan BeauSiti, beliau mahu membantu mereka yang berminat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup selain meningkatkan keyakinan diri berdepan dengan orang ramai dengan menyertai SitiZen.

SitiZen adalah komuniti berdaftar yang menjalankan perniagaan bersama BeauSiti.

“Selain menjadi usahawan berjaya, melalui SitiZen yang kini mencecah lebih dari 1,700 orang, saya juga mahu melahirkan lebih ramai jutawan. Impian saya agar perniagaan saya dapat berterusan sampai bila-bila dan dapat memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Siti juga berkata syarikatnya dalam proses untuk berkerjasama dengan stesen-stesen minyak terpilih bagi memudahkan akses mendapatkan produk BeauSiti serta mengembangkan jenama tersebut ke pasaran Asia dan Timur Tengah menjelang 2026.

Siti atau mesra disapa Tokti mengakui bukan mudah untuk mengekalkan momentum sebagai penyanyi dan usahawan apalagi di waktu pandemik ini, namun kesabaran yang tinggi, ketahanan fizikal dan mental mendorong beliau untuk terus berusaha berada di tahap sekarang.

“Jangan mengeluh dan selalu berbincang. Apapun keadaan, perlu ada jalan untuk menghadapi cabaran itu dengan cara yang positif. Bukan dengan rasa mengalah atau menyerah. Setiap masalah kita perlu tukar dengan penyelesaian secara yang terbaik,” katanya. 

Mengakui penjualan produk BeauSiti turut terjejas namun dijangka masih mencapai sasaran jualan yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10 juta bagi 2021.

Sehingga September tahun ini, sebanyak 200,000 unit produk BeauSiti telah terjual dengan nilai penjualan mencecah RM7 juta.  - BERNAMA

Gambar: Siti Nurhaliza Productions

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

BDS Malaysia Kecewa Dengan Dato’ Sri Siti Nuhaliza

3

Sukan 2 tahun yang lalu

388 Atlet Bersaing Pada Kejohanan Karate Asia Ke-19

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN