web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Britney Spears Bertunang, Lagi!

Penyanyi pop ternama, Britney Spears mengumumkan pertunangannya dengan kekasihnya, Sam Asghari baru-baru ini. Tahniah, Britney!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 2:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ratu pop kesayangan ramai, Britney Spears telah mengumumkan pertunangannya baru-baru ini!  Berita pertunangannya bersama kekasihnya Sam Asghari telah dikongsikan di akaun Instagramnya.

Spears, 39 tahun, menayangkan cincin berliannya dalam video yang dimuat naik bersama kapsyen “Biar betul!” 

Berdiri di sampingnya, Asghari, yang kemudiannya diberikan ciuman manis di pipi dalam video itu. 

“Cantik betul, suka tak?” tanya Asghari, 27.

“Ya!” kata Britney, penuh teruja.

Ucapan tahniah membanjiri ruang komen posting ini dah sehingga pagi Isnin lalu, sudah 1.6 juta orang menyukai atau 'Like' posting itu. 

“Tahniah sayang! Saya tumpang gembira!” komen selebriti Paris Hilton pada video itu. 

Asghari dalam akaun Instagramnya memuat naik gambarnya mencium Spears sambil penyanyi itu menayangkan cincin barunya. 

Spears dan Asghari bertemu pada tahun 2016. Jejaka asal Iran ini membintangi video single Spears, ‘Slumber Party.’

Spears mempunyai dua anak hasil perkawinannya bersama bekas suaminya, Kevin Federline. Sebelum itu, dia sempat bernikah dengan Jason Alexander, rakan sepermainannya waktu kecil. Pernikahan itu dibatalkan selepas 55 jam.

Spears mula terkenal serata dunia dengan lagu 'Baby One More Time'. Pada tahun 2007, dia mengalami masalah tekanan perasaan dan itu membuatnya mengamuk di khalayak ramai serta menyerang kereta paparazi di stesen minyak. 

Selepas kejadian itu, mahkamah meletakkan Spears di bawah pengawasan bapanya, Jamie Spears.

Sejurus selepas itu, Spears kembali membuat persembahan, mengeluarkan tiga album, membuat penampilan di rancangan TV dan mendapat kontrak persembahan di Las Vegas. 

Namun pada Januari 2019, Spears membuat pengumuman mahu berhenti membuat persembahan dan semakin sering menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan pengawasan oleh bapanya. 

Pada bulan Julai tahun ini, Spears memulakan proses untuk menghentikan hak pengawasan bapanya. Katanya, dia telah tertekan dan ‘didera’ selama 13 tahun di bawah pengawasan bapanya.

Pada bulan September, Jamie Spears telah memfailkan petisyen untuk menamatkan penjagaan itu. - AFP

Gambar: Tangkapan layar Instagram Britney Spears

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Syed Saddiq, Bella Tunang Hari Ini, Mohon Doa Orang Ramai 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anak Bongsu Najib Bertunang Dengan Nicola Mulyadi

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Selepas 10 Tahun Bercinta, Raysha Rizrose Kini Bergelar Tunangan Orang

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN