web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Pelakon Adalah Pembawa Mesej” - Faizal Hussein

Bergelar pelakon menyandang tugas yang besar untuk menyampaikan mesej seperti apa yang diinginkan pengarah dan penulis skrip.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 8:58AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja nama Faizal Hussein, semua menghormatinya sebagai antara pelakon terbaik negara yang dikenali penonton tidak kira peringkat umur.

Selalunya, jika seseorang artis itu sudah terlalu lama berada di dalam industri, namanya akan perlahan-lahan pudar dan dilupakan. Hal ini sama sekali tidak terjadi kepada Faizal yang sudah 40 tahun kekal relevan dalam industri. 

Setakat ini hari, Faizal masih menjadi buruan rumah produksi dan penerbit drama yang meletakkan kepercayaan kepada dirinya untuk memegang watak utama.

Terkini, Faizal memegang watak seorang ayah bernama Rahmat dalam sebuah drama terbaharu terbitan Astro berjudul 'I-Tanggang'.

Pelakon yang pernah menyandang gelaran Pelakon Filem Terbaik menerusi filem Bunohan itu mengakui prinsip yang dipegangnya sebagai anak seni adalah kunci utama yang meletakkan nama Faizal Hussein dalam kelas tersendiri seperti hari ini. 

“Saya mengutamakan eksklusiviti untuk kekal relevan dalam industri. Maka, saya menjaga penampilan, kualiti lakonan, disiplin dan komitmen terhadap setiap lakonan.

“Saya juga mengutamakan watak yang bernas serta boleh diterima masyarakat agar ia seiring dengan peredaran zaman,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Namun ternyata, cintanya terhadap dunia lakonan melebihi minatnya dalam bidang pengarahan. Siapa tahu, pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun, Faizal rupanya sudah pernah bergelar pengarah.

“Sebenarnya saya sudah pernah mengarah pada umur 23 tahun. Saya lebih suka menjadi pelakon yang kerjanya menyampaikan mesej daripada pengarah dan penulis skrip dengan sebaik mungkin.

“Kalau saya perlu jadi jahat dalam sesebuah cerita, saya akan jadi benar-benar jahat. Kalau jadi baik, saya akan buat watak itu memang benar-benar baik asalkan mesej itu sampai. 

“Pelakon adalah penyampai mesej manakala pengarah adalah pembuat mesej. Pilihan saya adalah menjadi penyampai mesej,” tambahnya lagi.

Menerusi 'I-Tanggang' yang bakal bersiaran selama 12 episod ini, Faizal mengakui jalan cerita yang ditampilkan lain daripada yang lain dan sangat relevan untuk masyarakat pada hari ini. 

Drama rantaian arahan trio Wan Haliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin serta Rashidi Ishak ini bakal mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome yang jarang dibualkan secara umum.

'I-Tanggang' boleh ditonton di saluran Astro Citra atau Astro Go bermula 13 September jam 9 malam. Turut menjayakan watak dalam drama ini ialah Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Sofia Jane dan Sherie Merlis. - Getaran, 13 September 2021

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN