web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pintu Hati Terbuka, Aliff Aziz Sertai Jemaah Tabligh

Sepanjang tiga hari menyertai tabligh, Aliff merasakan sebuah perasaan yang tidak boleh digambarkan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 8:51AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daripada seorang selebriti yang selalu dikecam dan dilabel bermasalah, kini Aliff Aziz dilihat lebih tenang berkongsi perkembangan dirinya yang semakin mendekati jemaah tabligh. 

Dalam sebuah sesi Live di laman Facebook Nurflix, Aliff percaya bahawa Allah sedang membuka jalan kepadanya untuk melakukan penghijrahan.

“Saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat dan Allah bagi jalan. Saya yakin semuanya dalam pengetahuan Allah.

“Saya tengok video laporan dari abang Faizal Ismail dan saya rasa mahu kenal jemaah tabligh, ada jemaah yang hubungi saya. Mereka bawa saya keluar untuk tiga hari dan saya dapat rasa pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan. 

“Suasana dan orang di sana yang tiada judgement, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat. Semua yang berada di situ hanyalah hamba Allah yang belajar untuk dekatkan diri dengan Allah. Semoga saya terus istiqamah,” katanya.

Mengimbau kembali perjalanannya yang pernah menerima berbakul-bakul makian daripada warganet kerana pelbagai isu, Aliff nampaknya lebih matang dalam menilai dan menjadikannya sebagai pelajaran dalam kehidupan. 

Penyanyi lagu ‘Amarah Cinta’ itu percaya pasti ada orang yang masih mendoakan kebaikan untuknya walau sejahat manapun kelakuannya sebelum ini.

“Dalam bidang hiburan, saya memang selalu dipantau oleh netizen. Namun, bukan semua netizen begitu. Saya rasa paling teruk apabila keluarga saya dikecam. 

“Tapi perlahan-lahan masa bergerak, saya boleh menerima.  Saya fikir walaupun kita dah jadi versi terbaik diri kita, pasti ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong. 

“Tak ada orang yang sempurna. Kalau kita rasa kita di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil. 

“Saya cari hikmah dan pasti ada orang yang mendoakan saya kerana macam mana jahat pun, bila kita belajar jadi baik, pasti ada orang yang akan mengata kita juga. Apa yang penting Allah tahu siapa kita,” tambahnya lagi.

Aliff juga semakin berhati-hati untuk memuat naik apa-apa kandungan di laman sosial bagi mengelak daripada mengundang perasaan hasad dengki atau menimbulkan fitnah.

“Kadangkala kita sendiri yang berlebihan dalam mempamerkan kehidupan kita. Contohnya kita rasa kita bersyukur dan niat mahu berkongsi. Tapi ada dalam kalangan peminat tengok kita dengan hasad. 

“Saya rasa cara yang paling selamat adalah dengan berpada-pada apabila kita berkongsi sesuatu di laman sosial supaya tidak timbul fitnah,” katanya yang kini lebih banyak menunjukkan kebahagiaan keluarga di laman Instagram.

Hasil tinjauan ruangan komen di laman Instagram mendapati ramai peminat terharu dengan perubahan ini dan mendoakan agar Allah terus memberikan hidayah kepada penyanyi ‘Sayang Sayang’ ini. - Getaran, 7 September 2021

Gambar: Instagram Alif Aziz

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN