web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


31 Anak Seni Malaysia Bergabung Jayakan Kempen #RiseAndUnite

#RiseAndUnite adalah salah satu tanggungjawab sosial sesama anak anak seni dalam terus memupuk rasa cintakan negara melalui pendekatan di media sosial.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 5:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 31 anak seni bergabung menghasilkan sebuah video memupuk semangat patriotik serta menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam jiwa rakyat Malaysia menerusi kempen #RISEandUNITE.

Video berdurasi 6 minit 18 saat itu menggabungkan bacaan sajak ‘Erti Kemerdekaan’ dengan lagu patriotik ‘Malaysia Tanah Airku’ serta bacaan ikrar sempena Hari Merdeka ke-64 dan juga Hari Malaysia.

Idea asal dan konsep kreatif oleh Mike Manicka, 39, bersama Norhasmidar Ahmad, 35, atau lebih dikenali sebagai Asmidar itu menampilkan pelakon veteran Fauziah Nawi yang mendeklamasi sajak, manakala lagu 'Malaysia Tanah Airku' digubah semula oleh penyanyi dan juga penerbit muzik Damian Mihkail bersama Harith Augustin.

Antara bintang seni negara yang menjayakan projek #RiseAndUnite
Antara bintang seni negara yang menjayakan projek #RiseAndUnite

Mike Manicka berkata usaha ini adalah salah satu tanggungjawab sosial sesama anak anak seni dalam terus memupuk rasa cintakan negara melalui pendekatan di media sosial.

Ia juga bertujuan untuk mencapai ketingkatan diversiti dan keharmonian yang lebih baik, demi negara tercinta.

“Saya tahu video ini tidak sempurna, tapi ketidak sempurnaan itulah yang menyatukan kita dan ia juga memberi peluang kepada wajah-wajah yang jarang dilihat di kaca televisyen,” tambahnya lagi.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama, Asmidar yang popular menerusi lagu 'Biar Sampai Ke Bintang' berkata, antara kesukaran yang dihadapi dalam menghasilkan video ini adalah mencari dan memilih anak seni dari pelbagai latar belakang.

Antara bintang seni negara yang menjayakan projek #RiseAndUnite
Antara bintang seni negara yang menjayakan projek #RiseAndUnite

“Kesukaran untuk mencari talent dari pelbagai bangsa agak mencabar pada mulanya, namun dengan bantuan rakan seni yang lain kami berjaya mengumpulkan dari pelbagai bangsa yang terdiri daripada bangsa Melayu, India, Cina, pelbagai etnik Sabah serta Sarawak dan juga orang asli,” katanya.

Asmidar juga berkata video tersebut dihasilkan dalam warna hitam putih bagi menunjukkan simbolik negara yang pada ketika ini masih belum menang mengekang wabak COVID-19.

“Pada zaman dahulu, nenek moyang kita berperang dengan askar bagi mendapatkan kemerdekaan, namun, berbeza dengan zaman sekarang ketika negara kita sedang dilanda wabak berbahaya yang masih tiada penawarnya. Kita masih belum menang,” katanya yang juga merupakan video editor bagi kempen tersebut.

Antara bintang seni negara yang menjayakan projek #RiseAndUnite
Antara bintang seni negara yang menjayakan projek #RiseAndUnite

Antara anak seni yang turut serta adalah Rio Siwas, Melissa Ong,  Nave Vj, Fiza Thomas, Brian Chan, Nadia Aqilah, Kayilainaathar, Bihzhu, Fitri Hiswady, Pavy, Anding Indrawani, Ku, Hans Shahredza, Lilo Lillove,  Elvira Arul dan Alesia Dhana.

Video ini turut menampilkan bacaan ikrar oleh Karl Shafek, Nasz Sally,  Ah Chai, Yusof Hashim, Farah Ahmad, Faez Malek, Prem Sagar Krishnan, Sri Idrina, Akmal Ahmad, Lavinya KC, Naque Ariffin, Chopie Cakap, Mei Fan dan Amandus Paul. - Bernama


 

Semua gambar: Ihsan #RiseandUnite

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN