Berita Terkini

55 minit yang lalu: 'Health Alert monkeypox’ akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy 56 minit yang lalu: 57,510 kes HFMD dilaporkan dari 1 Januari hingga 25 Mei 2022 - Khairy 56 minit yang lalu: Hanya dua kanak-kanak yang disahkan HFMD alami gejala teruk dan perlukan rawatan di ICU, setakat semalam - Khairy 3 jam yang lalu: Lebih 1,000 kekosongan jemaah haji tolak tawaran sudah penuh - Idris 3 jam yang lalu: Jawatan Zuraida sebagai ahli MPT Bersatu gugur serta merta - Setiausaha Agung BERSATU

IKUTI KAMI


Gandingan Pengacara Suntik Aura Patriotisme Sambutan Hari Kebangsaan 2021

Buat pertama kalinya Ahmad Fedtri Yahya akan mengacarakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Beliau berpasangan dengan Syuhaida Ariffin untuk mengacarakan majlis dalam norma baharu ini.

Selebriti Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 9:20AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah 15 kali menolak tawaran mengacarakan sambutan Hari Kebangsaan kerana terlibat sebagai hos rancangan secara langsung hari bersejarah itu, personaliti stesen televisyen TV3 Ahmad Fedtri Yahya akan buat kali pertamanya mengacarakannya pada sambutan Hari Kebangsaan 2021, di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya.

Gandingannya, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Syuhaida Ariffin juga merupakan kali pertama mendapat pengalaman, mengacara sambutan acara penting dalam kalendar negara.

Menyifatkan peranan sebagai pengacara Hari Kebangsaan 2021 sebagai kemuncak kerjayanya biarpun pernah mengacara beberapa majlis yang dihadiri pemimpin tertinggi negara, Ahmad Fedtri, 40, berkata tanggungjawab itu adalah suatu penghormatan serta kepercayaan kepada dirinya.

Katanya beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk mengacarakan Hari Kebangsaan kali ini, kerana mahu menjadikannya sebagai sejarah penting dalam kerjayanya, serta menimba pengalaman baharu mengacarakan majlis dalam norma baharu.

“Walaupun saya pernah mengacarakan pelbagai majlis, tetapi aura mengacarakan Hari Kebangsaan adalah berbeza. Bila sebut Hari Kebangsaan, aura itu lain,” katanya yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Jejak Rasul’ kepada Bernama, selepas menyertai raptai penuh Hari Kebangsaan 2021 hari ini.

Gambar: Instagram @fedtriyahya
Gambar: Instagram @fedtriyahya

Berpengalaman selama 18 tahun dalam dunia penyiaran, anak kelahiran Perak itu berkata, secara peribadi merasa amat berbangga kerana diberi peluang untuk mengacarakan majlis gilang-gemilang, yang penuh dengan semangat patriotisme.

“Sepanjang beberapa kali sesi raptai, saya dapat rasakan setiap persembahan seperti acara menaikkan Jalur Gemilang, laungan Merdeka, aksi persembahan pasukan beruniform dan aset Angkatan Tentera Malaysia, memberi suntikan semangat patriotik,” kata Ahmad Fedtri.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, tanggungjawab yang diberikan akan disempurnakan sebaik mungkin, dengan membawakan aura patriotisme sebagai tanda penghargaan kepada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), serta Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Bagi Syuhaida pula, peluang terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan 2021 sebagai pengacara, disifatkannya sebagai suatu detik mengujakan dan penanda aras kerjaya, sebagai petugas media.

Bekas peserta program realiti Ikon Siarawan 2014 itu berkata, sebelum ini beliau hanya menyampaikan berita mengenai suasana sambutan Hari Kebangsaan sahaja, dan tidak pernah terfikir akan berpeluang menjadi tulang belakang kepada acara gilang-gemilang itu.

Gambar: Instagram @syuhaidariffin_
Gambar: Instagram @syuhaidariffin_

“Ketika terima surat tawaran sebagai pengacara Hari Kebangsaan 2021 dari JKKN, saya sangat teruja kerana saya sebelum ini hanya menyimpan hasrat sahaja untuk mengacarakan sambutan ini. Malah saya tidak menyangka akan digandingkan dengan Ahmad Fedtri, yang merupakan idola yang saya kagumi,” katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang sesi raptai, Syuhaida, 28, mengakui cabaran sebagai pengacara Hari Kebangsaan amat besar, dan tidak cukup rehat.

“Rutin saya bermula 4.30 pagi dan bersedia di sini pukul 5.30 pagi, tengok skrip jika perlu ada penambahan yang patut dan terus ke raptai, dan kemudiannya post mortem. Bagi melengkapkan diri, saya anggap sesi post mortem sebagai sesi penambahbaikan, selain menerima teguran secara terbuka,” katanya.

Katanya, pengalaman digandingkan bersama idolanya membolehkan beliau mencontohi gaya pengacaraan, yang ditonjolkan Ahmad Fedtri.

“Saya senang bekerja dengan beliau kerana beliau tidak lokek berkongsi ilmu, dan banyak membantu saya dari segi teknik dan intonasi menggunakan bahasa patriotik, untuk memastikan aura Hari Kebangsaan sampai kepada rakyat,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Zuraida Patut Lepaskan Kerusi Parlimen Ampang Juga - Fahmi Fadzil

2

Letupan Bom Di Tak Bai: 3 Sukarelawan Polis Marin Cedera

3

Persembahan Berkonsep Perkusi Jadi Santapan Di GOE

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Saya Memang Semulajadi Manja Dan Gedik – Normah Damanhuri 

oleh Ellyna Ali

Muzik 1 hari yang lalu

Persembahan Berkonsep Perkusi Jadi Santapan Di GOE

Persembahan festival GOE di Panggung Anniversari pada 28 dan 29 Mei ini akan dijayakan Raihan, Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Ahmad Dhani dan Naim Daniel. 

oleh Ellyna Ali

Budaya 1 jam yang lalu

Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Filem & TV 1 hari yang lalu

Keluang Man Bakal Difilemkan, Siapa Pelakon Yang Layak Jayakan Watak Ini?

oleh Helmi Anuar