Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


'PM Sementara', Pastikan Pentadbiran Tidak Terjejas - Pakar

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:17AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peranan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara bertujuan memastikan pentadbiran negara tidak terganggu dan dapat berlangsung seperti biasa sehingga Perdana Menteri baharu dilantik, demikian pandangan pakar perlembagaan dan undang-undang.

Pakar perlembagaan Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata sebagai Perdana Menteri sementara, Muhyiddin tidak boleh membuat sebarang keputusan penting dan pentadbiran negara hanya berjalan berdasarkan dasar atau keputusan yang dibuat kerajaan terdahulu.

"Perdana Menteri sementara tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan dan hanya berdasarkan dasar sedia. Dalam keadaan sekarang walaupun tiada perdana menteri atau jemaah menteri, fungsi kerajaan masih berterusan cuma secara rasminya, jawatan perdana menteri dan jemaah menteri itu tiada," katanya kepada Bernama.

Khairil Azmin, yang merupakan Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata senario yang berlaku kini adalah sama seperti ketika Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh tahun lepas sekali gus memerlukan perdana menteri baharu dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Beliau berkata tiada peruntukan berkaitan 'Perdana Menteri sementara,' Pperdana Menteri interim' atau 'kerajaan sementara' di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Mengikut situasi biasa, Khairil Azmin berkata 'kerajaan sementara' hanya berlaku apabila Parlimen dibubarkan yang secara automatik menyebabkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet hilang jawatan.

Senada dengan Khairil Azmin, seorang lagi pakar perlembagaan Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berpandangan pelantikan Muhyiddin membayangkan hasrat Yang di-Pertuan Agong untuk Ahli Parlimen Pagoh menjalankan tugasnya sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

"Melihat istilah 'caretaker' dalam kenyataan media Istana Negara merujuk keadaan seorang Perdana Menteri dilantik sementara menunggu Perdana Menteri baharu dilantik, maknanya tugas-tugas itu hanya terhad masa sehinggalah Perdana Menteri baharu dilantik," katanya dalam temu bual program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.

Shamrahayu, yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, berkata konteks 'caretaker' juga menunjukkan Perdana Menteri sementara itu tidak mempunyai kuasa yang luas untuk membuat keputusan besar.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai Perdana Menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa hari ini.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula berkata konsep Perdana Menteri sementara tidak terdapat dalam Perlembagaan namun ini tidak bermakna ia salah. 

"Muhyiddin tidak boleh membuat keputusan berhubung dasar sebaliknya hanya boleh mengawasi fungsi kementerian sehingga Agong melantik perdana menteri baharu," katanya.

Seorang lagi pengamal undang-undang, Datuk Mohd Haaziq Pillay berkata peranan perdana menteri sementara tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

"Memandangkan beliau adalah Perdana Menteri sementara, beliau hanya boleh melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan fungsi kerajaan dan yang diperlukan daripada beliau sebagai Perdana Menteri sementara. Meskipun fungsi-fungsi itu tidak dinyatakan dengan jelas, perdana menteri sementara sebenarnya bertindak sebagai perdana menteri berdasarkan Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Harus diingat bahawa beliau hanya bertindak sebagai Perdana Menteri sementara atas nasihat dan perintah Yang di-Pertuan Agong. Beliau tidak dilantik berdasarkan peruntukan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan beliau memiliki majoriti di Parlimen," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Dapatkan Nasihat Optometris Bertauliah Untuk Masalah Mata