web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pernah Urus 18 Jenazah Pesakit COVID Sehari, Fauziah Cekal Jalankan Amanah

Rencana Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 3:40PM

Petugas khas pengurusan jenazah COVID-19, Faizah (kiri) dibantu rakan setugas melakukan proses tayamum ke atas jenazah pesakit COVID-19 di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Johor Bahru (HSA) baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Meskipun pernah menguruskan hingga 18 jenazah pesakit COVID-19 dalam sehari, Faizah Hamezah tidak pernah berasa sukar dengan tugasnya sebagai pengendali jenazah demi menunaikan tuntutan fardu kifayah. 

Biarpun terdapat gesaan daripada ahli keluarga untuk berhenti, namun wanita berusia 40 tahun itu terus cekal melaksanakan tugas murni berkenaan walaupun menyedari hakikat dan risiko besar yang dihadapinya.

Faizah Hamezah - Gambar Bernama
Faizah Hamezah - Gambar Bernama

Ibu kepada lima anak itu berkata lama-kelamaan ahli keluarganya makin memahami dan memberi sokongan kepadanya untuk melunaskan peranan dan tanggungjawab dalam mengendalikan jenazah COVID-19 dengan sebaik mungkin sebagai saudara seagama.

"(Dalam sehari), adakalanya antara lima hingga enam jenazah perlu diuruskan dan paling banyak ialah saya perlu menguruskan 18 jenazah sehari. Sebelum ini, saya ada menguruskan jenazah HIV, namun saya rasa jenazah COVID-19 paling mencabar, apatah lagi kebanyakannya pesakit positif pada tahap lima.

"Pada mulanya ahli keluarga (saya sendiri) tidak bagi meneruskan (hasrat ini). Tetapi, saya maklumkan (kepada mereka) kalau saya tidak ke depan untuk membantu jenazah perempuan (COVID-19), siapa lagi yang akan melakukannya?," katanya ketika ditemui Bernama di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai tugasannya, Faizah berkata beliau perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk dipanggil menjalankan tugas yang diamanahkan itu memandangkan setiap hari pasti ada kematian disebabkan virus COVID-19. 

"Untuk jenazah COVID-19, saya perlu memakai pakaian pelindung diri (PPE), setiap sudut pihak hospital akan tengok (dengan teliti) bagi mengesan sama ada berlaku kebocoran atau tidak dan saya perlu sentiasa sihat untuk menguruskan jenazah tersebut," katanya.    

Faizah adalah antara yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan mendapat latihan terus daripada Kementerian Kesihatan (Jabatan Perubatan Forensik, HSAJB) sebagai petugas khas pengurusan jenazah COVID-19 (perempuan) untuk melaksanakan proses mentajhiz iaitu memandikan, mengkafankan, solat dan pengebumian jenazah. 

Selain di HSA, beliau turut melaksanakan proses mentajhiz jenazah pesakit COVID-19 di Hospital Sultan Ismail di sini, sejak Mac tahun lepas.

Berpengalaman menguruskan jenazah muslimat sejak 16 tahun, Faizah berkata antara pengalaman dan situasi meruntun jiwa ketika melaksanakan tugas adalah menyaksikan ahli keluarga mangsa COVID-19 tidak dapat bersama menguruskan jenazah. 

Beliau berkata bukan sahaja mereka tidak dapat melihat wajah jenazah buat kali terakhir, malah perlu menaruh sepenuh kepercayaan kepada petugas khas pengurusan jenazah COVID-19 untuk menyempurnakan pengebumian insan tersayang.     

"Apa yang menyedihkan apabila waris dalam keadaan tidak tentu arah merayu-rayu supaya kami membenarkan mereka melihat jenazah (ketika pengecaman) lebih dari dua orang, tapi demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kita memang tidak membenarkannya," katanya yang pernah bertugas sebagai guru pada 1999 hingga 2004.

Beliau berkata jenazah muslim dan muslimat COVID-19 di sekitar daerah Johor Bahru dikebumikan di tiga lokasi tanah perkuburan Islam iaitu Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah di Taman Mount Austin, Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas di Skudai dan Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai di Pasir Gudang. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad