Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Vaksin Pelajar: ‘Jalan Keluar’ Untuk Kembali Ke Sekolah

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 10:55AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama pada tahun hadapan disifatkan ‘jalan keluar’ terbaik untuk membolehkan pelajar kembali segera ke sekolah walaupun negara masih ‘bertarung’ dengan jumlah kes harian COVID-19 yang tinggi.

Pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin pada 18 Jun lalu, merupakan khabar gembira seterusnya memberi sinar kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  2021 untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah sehingga menjelangnya tarikh peperiksaan.

Vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang diluluskan kerajaan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, dijangka akan diterima calon-calon peperiksaan ini pada pertengahan Julai depan untuk dos pertama.

Sudah tentu usaha ini turut memberi kelegaan kepada guru dan ibu bapa bagi memastikan persediaan pelajar yang terjejas berikutan terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)  sebelum ini dapat kembali dipertingkatkan.

Vaksin yang  bakal diterima ini menjadi perisai terbaik pelajar khususnya bagi calon yang akan menduduki peperiksaan terutama dapat melindungi mereka daripada komplikasi teruk COVID-19, menurut Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Dr Rosnida Mohd Noh.

Meskipun dapatan menunjukkan gejala COVID-19 yang dihadapi kumpulan kanak-kanak sehingga 17 tahun ini lebih ringan berbanding orang dewasa, namun usaha pemberian vaksin ini sangat penting untuk memberi keyakinan kepada pelajar bahawa mereka telah dilindungi  sebelum  kembali ke sekolah bagi meneruskan pembelajaran.

Jelasnya, pelajar tidak perlu merasa bimbang dengan kesan sampingan seperti demam dan sakit kepala yang biasanya akan dihadapi penerima vaksin kerana ia hanya bersifat sementara.

“Apabila tidak mengambil vaksin, risiko jangkitan COVID-19 lebih besar sehingga boleh menyebabkan kesan akut dalam jangka masa panjang.

“Apa yang paling  penting, apabila pelajar menerima vaksin, secara tidak langsung akan mengurangkan gangguan terhadap proses pembelajaran sekali gus pelajar boleh meneruskan sesi persekolahan seperti biasa,’’ katanya kepada Bernama.

Dr Rosnida menyatakan berdasarkan kepada situasi semasa dan pendedahan maklumat berkaitan vaksin melalui pelbagai saluran media, pelajar pada masa kini dilihat bersikap lebih terbuka dan yakin program vaksinasi seperti yang dirancangkan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Lazimnya, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan seperti pelajar SPM dan STPM sudah cukup bijak dan matang dalam mencari informasi yang  tepat mengenai vaksin daripada sumber-sumber yang sahih.

“Mereka ini boleh membuat keputusan sendiri dan saya rasa mereka (akan) lebih bersikap terbuka untuk menerima vaksin,” katanya.

Pensyarah Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad pula berpandangan, pemberian vaksin kepada calon peperiksaan perlu lebih bersasar.

Jelasnya, pendekatan itu perlu supaya pelajar yang berkeperluan diberikan vaksinasi terlebih dahulu bagi memastikan kelangsungan pembelajaran mereka.

“Jangkaan kasar jumlah pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM tahun ini sekitar 500,000 orang.

“Oleh kerana jumlahnya yang besar dan masa pendek, sasaran (pelajar) perlu jelas, kumpulan pelajar manakah yang perlu didahulukan, dalam kalangan pelajar bandar atau luar bandar?,” soalnya.

Anuar menyatakan sekiranya pemberian vaksin dibuat secara berperingkat, kumpulan pelajar luar bandar yang mempunyai kesukaran mendapatkan akses internet perlu diberi keutamaan.

Katanya, langkah itu perlu supaya pelajar berkenaan boleh meneruskan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

“Bagi kumpulan yang mempunyai akses internet buat sementara waktu boleh teruskan pembelajaran online (secara dalam talian) seperti sekarang.

“Amat diharapkan, pemberian vaksin akan disegerakan serta diperluaskan untuk pelajar lain (bukan calon peperiksaan). Saya yakin, kebanyakan pelajar akan mendaftar untuk menerima vaksin kerana orang muda (biasanya) lebih faham kepentingan vaksin untuk kesihatan mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Rencana 45 minit yang lalu

Haiwan Peliharaan Atau Terbiar Juga Boleh Diserang Strok Haba