web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakaman Video Bantu Waris 'Tatap' Jenazah Kali Akhir

Rencana Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 2:54PM

Amal Team Ipoh berpadu tenaga dengan kakitangan kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguruskan pengebumian jenazah pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pandemik COVID-19 di negara ini telah meragut 2,650 nyawa setakat semalam yang turut merekodkan angka kematian harian tertinggi sebanyak 98 kes. 

Kadar kematian yang tinggi ini secara langsung turut memberikan kesan kepada pihak pengurusan jenazah memandangkan hanya pasukan khusus boleh melaksanakan proses itu, dan di daerah ini, tanggungjawab tersebut turut dipikul oleh pertubuhan Amal Team Ipoh.

“Kami sentiasa cuba menguruskan jenazah itu seperti kami menguruskan ahli keluarga sendiri kerana membayangkan kesedihan waris yang tidak dibenarkan terlibat mahupun berada berdekatan liang lahad,” kata wakil badan bukan kerajaan (NGO) itu Syahriman Shaari kepada Bernama baru-baru ini.

Menyedari kesedihan ahli keluarga tidak dapat menguruskan sendiri jenazah orang kesayangan, beliau berkata mereka juga merakamkan video semasa pengebumian yang berlangsung dengan kawalan ketat polis itu, bagi dikongsikan dengan waris.

“Kami cuba buat yang terbaik dan kemudian berkongsikan rakaman video pengebumian dengan waris kerana sepatutnya urusan ini dilakukan oleh ahli keluarga sendiri, dan pelbagai suasana menyedihkan dapat dilihat termasuklah ada yang tidak dapat menerima kenyataan hingga menjerit-jerit,” katanya.

Menceritakan proses pengurusan jenazah COVID-19, Syahriman berkata sebaik dimaklumkan oleh pihak hospital, mereka akan ke jabatan forensik hospital bagi mempersiap jenazah termasuk melaksanakan tayammum dan menyolatkan jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

“Kamilah yang turunkan jenazah ke dalam liang lahad dan selepas itu kami semburkan cecair pembasmi kuman dan timbus kubur tersebut. Kemudian kami sembur cecair pembasmi kuman lagi di atas kubur dan kawasan berhampiran,” katanya, menambah proses itu dilaksanakan bersama-sama enam lagi ahli Amal Team Ipoh dan Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, setakat ini badan itu telah menguruskan lebih 20 jenazah COVID-19 di seluruh Perak dengan sebahagian besarnya di sini. 

Antara cabaran yang beliau tidak lupakan ketika menguruskan jenazah COVID-19 ialah hujan lebat menyebabkan air bertakung di dalam liang lahad yang telah disediakan oleh penggali kubur selain khemah diterbangkan angin ribut.

“Kami mengambil masa selama sejam hanya untuk membuang air yang bertakung sebelum jenazah selamat dikebumikan dan kerja-kerja menyembur cecair pembasmi kuman selesai di sekitar tanah kubur berkenaan,” katanya.

Mengakui wujud kebimbangan dirinya dijangkiti virus maut itu, Syahriman berkata beliau hanya bertawakal kepada Allah selepas mempersiap diri dengan memakai pakaian perlindungan diri serta menjalani proses nyahcemar setiap kali selesai menguruskan korban COVID-19.

“Nasihat kami kepada semua ialah jangan pandang ringan jangkitan COVID-19 ini. Patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya.

Amal Team Ipoh merupakan NGO yang menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma untuk keluarga asnaf bagi mengurangkan beban mereka manakala operasinya dibiayai menerusi sumbangan orang ramai. - Bernama

'Tatap'

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad