Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akhirnya Ada Khabar 'Gembira' Buat Media

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 11:00AM

Lebih 5,000 petugas media bakal terima vaksin COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah banyak kali permintaan dan desakan dibuat, penantian lebih kurang 6,000 pengamal media yang berharap mendapat suntikan vaksin COVID-19 bersama kumpulan penerima awal, semakin menjadi kenyataan.

Pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semalam merupakan khabar gembira yang secara tidak langsung mengiktiraf peranan media yang juga petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak ini.

''Ini yang kita mahukan, wartawan dianggap sebagai ‘frontliners’ (barisan hadapan).''

Tokoh Wartawan Negara 2019 Tan Sri Johan Jaaffar antara yang lantang memperjuangkan usaha tersebut termasuk usaha terbaharunya dengan menulis surat terbuka kepada Khairy yang diterbitkan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk ‘An Open Letter to YB Khairy Jamaluddin, “Reporters Are (Still) Not Frontliners?”’.

Ini kerana, sepertimana peranan petugas barisan hadapan lain yang sehingga kini masih bersama  berjuang mengekang penularan COVID-19, begitu jugalah peranan penting yang dimainkan media terutamanya sejak lebih setahun wabak ini bertapak di negara ini.

Mungkin sudah ‘terbuka hati’, akhirnya surat yang diutuskan oleh Johan selain desakan demi desakan pengamal media lain, menjurus kerajaan untuk membuat keputusan gembira itu pada hari sama surat tersebut diterbitkan. 

Bagi Johan, pastinya ini bukan usaha beliau seorang tetapi keseluruhan warga media yang berharap kerajaan ‘sedar’ akan kepentingan mereka yang tidak jemu ‘berkempen’ mengenai COVID bagi menyuntik kesedaran masyarakat untuk bersama-sama menentang virus ini. 

“Alhamdulillah. Ini yang kita mahukan, wartawan dianggap sebagai ‘frontliners’ (barisan hadapan). Kegembiraan ini bukan sahaja buat saya tetapi juga kepada semua teman pengamal media lain. Saya mengalu-alukan tindakan segera daripada Yang Berhormat Khairy untuk berikan lebih 5,000 dos vaksin kepada petugas media. 

“Ini sekali gus, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan petugas media mendapat perlindungan memandangkan mereka terdedah kepada ancaman COVID-19 sepertimana petugas barisan hadapan lain,” katanya kepada Bernama. 

Khairy pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan seramai 5,867 petugas media daripada 114 agensi media berdaftar akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.

Keputusan itu menurut Khairy, selaras dengan usaha kerajaan untuk mengutamakan petugas barisan hadapan termasuk guru serta pengamal media.

Hakikatnya, setiap hari kumpulan ini merisikokan diri dengan turun ke lapangan untuk membuat liputan termasuklah ke kawasan yang berisiko tinggi berlakunya penularan wabak seperti hospital, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pusat kuarantin dan sebagainya untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat yang sahih dan jelas kepada masyarakat. 

Malah, sebelum ini juga sudah dilaporkan beberapa petugas media dikesan positif COVID-19 selepas membuat liputan berita, termasuk seorang petugas media yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas.

Kerana itulah, amat penting kumpulan ini diberikan vaksin segera sepertimana yang dilakukan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang telah mengiktiraf petugas media di sana sebagai ‘frontliners’ dan telah memperuntukkan sebanyak 5,000 dos suntikan buat kumpulan tersebut yang diumumkan semasa Puncak Peringatan Hari Pers Nasional 2021, Februari lepas. 

“Walaupun vaksin tidak akan melindungi seseorang itu 100 peratus kerana masih boleh dijangkiti wabak tersebut tetapi tahap keterukan penyakit dapat dikurangkan. 

“Ini (suntikan vaksin) juga akan memberi keyakinan kepada petugas media untuk membuat liputan tanpa rasa takut dan was-was apabila perlu membuat liputan di tempat yang berisiko tinggi jangkitan wabak,” kata Johan. 

Pastinya apa yang diharapkan media, pengumuman itu tidak hanya omongan kosong tetapi dilaksanakan segera terutama dalam situasi semasa kes COVID yang terus meningkat dan kadar kematian tinggi khususnya dengan kewujudan varian baharu yang menjadikan virus ini lebih ganas menyerang tubuh manusia. - Bernama

Sorotan

1

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

2

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

3

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

5

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

6

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029