web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sokongan, Akses Tangani Kesihatan Mental Di Tempat Kerja Masih Kurang

Rencana Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 12:00PM

Majikan perlu proaktif dalam membantu pekerja yang berdepan masalah kesihatan mental. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehidupan Anita Abu Bakar lebih sedekad lalu begitu indah, bahagia mempunyai seorang suami yang penyayang, dianugerahi dua anak yang comel dan karier sebagai ahli bank pelaburan.  

Pada zahirnya, tidak ada yang gagal dalam hidup wanita ini, namun batinnya diselubungi kisah yang berbeza.

“Saya sering dilanda kebimbangan, mengalami serangan panik dan juga sedikit kemurungan. Saya sebenarnya tidak sihat,” kongsinya dengan Bernama.

Pada tahun 2010, beliau mengalami gangguan emosi yang teruk sehingga tidak mampu bekerja dan hanya terlantar di katil. Anita terpaksa bergantung kepada ibu dan suaminya. Fikirannya bercelaru sehingga ada ketika muncul perasaan mahu membunuh diri.

“Banyak betul yang berlaku sehinggakan tubuh dan otak saya tidak boleh menerimanya lagi. Saya langsung tidak boleh melakukan apa-apa termasuk menguruskan keluarga saya,” katanya. 

Menurut Anita, sukar untuk beliau mendapatkan bantuan sebelum mengalami gangguan emosi. Sebagai ketua, beliau perlu cekal dan menunjukkan tiada apa yang tidak kena dengan dirinya. Keadaan itu menjadikan dirinya rasa begitu terpinggir dan kesepian, sehingga beliau berasa perlu mencari ‘talian hayat’.

“(Mereka di pejabat) tahu saya kurang sihat, tetapi mereka tidak tahu mengapa atau puncanya. Semestinya saya berasa malu, itu sebab perkara ini tidak dibincangkan,” tambahnya.

Tiga belas tahun berlalu sejak ‘episod hitam’ ini berlaku dalam kehidupan Anita dan menjelang Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober ini, beliau dan pendokong kesihatan mental lain berpandangan, kesedaran serta sokongan untuk kesihatan mental semakin baik dengan stigma yang berkurangan. Bagaimanapun, mereka menambah, masih banyak ruang untuk pembaikan terutama untuk golongan pekerja.

Akibat Abai Kesihatan Mental 

Hasil satu penyelidikan mendapati Malaysia adalah salah sebuah negara yang pekerjanya terpaksa bekerja waktu yang panjang, iaitu 45 jam seminggu dengan dua minggu cuti tahunan. Ini berbanding dengan Australia, yang pekerjanya bekerja 33 jam seminggu dan mendapat sebulan cuti tahun.

Tinjauan oleh entiti swasta dan kerajaan mendapati semakin ramai rakyat Malaysia melaporkan masalah kesihatan mental, beban kerja berlebihan, tidak cukup tidur dan berasa tertekan. Penyelidik berpendapat, jumlah yang tinggi itu juga berpunca daripada kesedaran yang tinggi akan masalah kesihatan mental dan kesediaan untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, sebanyak 29 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Tinjauan tahun 2019 menunjukkan sebanyak 2.3 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami kemurungan. Namun tinjauan itu tidak pula menyatakan jumlah peratus isu kesihatan mental yang berkaitan dengan kerja.

Organisasi bukan kerajaan Relate Malaysia mendapati hasil tinjauan pada 2018 menunjukkan sebanyak 29 peratus pekerja melaporkan keadaan kesihatan mental yang lemah. Pada 2019, American Insurance Association mendapati 51 peratus pekerja mengalami tekanan berkait dengan kerja, sementara 53 peratus melaporkan mereka tidur kurang daripada tujuh jam sehari.

Menurut penyelidikan psikologikal, tekanan berkaitan kerja yang seumpama itu boleh menyebabkan kesilapan, kurang produktiviti dan cabaran kesihatan mental.

Satu analisis ekonomi oleh Sook Ning Chua dan diterbitkan dalam Lancet Psychiatry pada 2020 mendapati, keadaan kesihatan mental di tempat kerja menyebabkan kos kepada ekonomi Malaysia, dianggarkan sebanyak RM14.46 bilion pada 2018. 

Dari segi undang-undang, Malaysia ada membuat peruntukan bagi kesihatan mental pekerja kerana Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (OSHA) memerlukan majikan: "Menjaga kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja, termasuk kesihatan mental," kata ketua jabatan OSHA Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Irniza Rasdi. 

Bagaimanapun, kesukaran menangani isu kesihatan mental di tempat kerja sering kali berpunca daripada majikan, yang mungkin tidak membuat sebarang peruntukan kesihatan mental, sama ada kerana kejahilan dan kurang ambil berat, sementara pekerja pula mungkin tidak peka dengan hak mereka serta bagaimana untuk menggunakannya.

Di sebalik kedudukannya sebagai salah seorang pegawai kanan di syarikat tempat beliau bekerja, pengalaman Anita di tempat kerja – perasaan malu untuk membuat pengakuan bahawa beliau bergelut dengan kesihatan mental – sebenarnya turut ditanggung ramai pekerja di Malaysia.

Pakar psikiatri, Dr Mastura Rosly memberitahu Bernama, meskipun penjagaan kesihatan mental semakin baik di Malaysia, dalam beberapa hal, namun stigma dan maklumat salah masih menjadi isu besar di negara ini.

“Ianya satu topik yang sukar untuk dikaji atau ditangani kerana apabila anda bertanya kepada seseorang sama ada mereka mempunyai stigma, secara automatik mereka menjawab tidak. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya dapat dilihat dalam data lain yang kami ada. Sebagai contoh, di Malaysia, hanya 20 peratus individu dengan kesihatan mental, isu serius kesihatan mental, mendapatkan bantuan kesihatan mental professional,” katanya.

Menurut beliau, daripada kumpulan itu, sebanyak 54 peratus terlebih dahulu memilih untuk mendapatkan bantuan daripada pengamal tradisional. Beliau juga berharap supaya lebih banyak usaha dibuat untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma.

Pakar kesihatan mental lain bersependapat. Dalam analisis ekonomi Lancet, Chua berkata: "Stigma sosial yang berkaitan dan celik kesihatan mental yang rendah di Malaysia adalah halangan besar yang perlu ditangani sebelum program pencegahan dan intervensi yang berkesan dapat dilaksanakan".

Dr Irniza memberitahu Bernama menerusi WhatsApp, stigmatisasi dan kurang sokongan daripada majikan dan rakan sekerja adalah dua sebab utama mereka yang mengalami kesihatan mental tidak mendapatkan bantuan sehingga di saat-saat akhir. 

Sebab lain termasuk: "Kurang kesedaran – pekerja tidak sedar mereka mempunyai isu dengan kesihatan mental sehingga ianya menjadi teruk. Atau mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan atau dasar mengenai kesihatan mental tidak jelas dan ia juga mungkin kerana kurang pengetahuan. Ianya mungkin juga majikan mahu membantu tetapi mereka tidak pasti bagaimana untuk mengendalikan pekerja mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, mereka yang tidak mempunyai rakan atau hanya mempunyai sedikit rakan, tanggapan salah atau negatif mengenai mendapatkan bantuan untuk isu mental dan mereka yang mempunyai sokongan sosial yang rendah adalah mereka yang mungkin kurang mendapatkan bantuan.
 
Punca Berlaku Stigma
 
Sama ada benar atau salah, terdapat trend dalam kalangan pekerja yang takut melaporkan masalah kesihatan mental mereka, bimbang akan menjejaskan prospek kerjaya mereka. Satu contoh melampau adalah kes pakar bedah di Amerika Syarikat yang dilaporkan banyak membunuh diri berbanding penduduk umum. 

Sekiranya mereka melaporkan mengenai kemurungan atau sebarang keadaan psikiatrik, mereka mungkin dianggap tidak layak untuk mengamalkan profesion perubatan, seperti yang dialami  pakar bedah dan professor madya di Harvard Medical School, Dr Carrie Cunningham sewaktu beliau mendapatkan bantuan kerana kemurungan selepas bekerja sepanjang pandemik COVID-19.

Pakar dan aktivis yang dihubungi Bernama mempunyai pandangan yang bercampur-campur mengenai cara untuk menangani trend ini. Ada yang percaya kaedah perlindungan yang ada sekarang adalah mencukupi sementara yang lainnya menyokong perubahan dari peringkat atas.

Bagi Dr Mastura, tidak perlu perundangan baharu mengenai kesihatan mental sehingga Malaysia mampu memenuhi keperluan fisiologi manusia seperti yang termaktub dalam keperluan Hieraki Maslow.

Hieraki Maslow, yang juga dipaparkan dalam bentuk piramid, menyenaraikan keperluan fisiologi seperti keperluan untuk mencari pendapatan, tempat tinggal, mempunyai anak dan keselamatan. Semua keperluan ini adalah keperluan paling asas/minimum.

“Saya fikir capai dahulu keperluan berkenaan dengan dasar anda. Jika anda tidak dapat mencapai perkara asas seperti paparan piramid, kita mungkin tergesa-gesa untuk cuba mencapai perkara paling abstrak,” katanya.

Bagi Dr Irniza, yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH), beliau menganggap perundangan semasa adalah mencukupi. Beliau menambah ungkapan dalam OSHA, meskipun baik namun agak meluas. 

Seksyen 15 OSHA menggariskan bahawa adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan semua orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.

“Perkataan kesihatan termasuk kesihatan mental dan fizikal. Ungkapan ini memberi autonomi dan kelonggaran kepada syarikat dan institusi bagaimana untuk menguruskan isu kesihatan mental yang sesuai dengan tempat kerja mereka. Matlamatnya adalah supaya pekerja mempunyai mental yang sihat,” katanya.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat langkah menangani kesihatan mental dengan dasar serta perundangan akan membantu.

Peguam AmerBON, Michael Cheah, yang mengendalikan kes pekerja, tidak bersetuju yang ungkapan berkenaan adalah mencukupi. Beliau berkata, ungkapan itu adalah kabur. Isu utama beliau adalah sehingga ada penjelasan, ia mungkin menjejaskan kedudukan pekerja, bergantung kepada cara majikan menterjemahkan ungkapan itu,

“Ungkapan itu hanya menyebut bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja. Kesihatan tidak dijelaskan. Apabila mereka menyebut kesihatan, ia juga perlu memasukkan kesihatan mental pekerja. Perkara ini belum diuji di mahkamah. Kita tidak tahu bagaimana luasnya definisi itu tetapi saya fikir ia perlu memasukkan kesihatan mental,” katanya.

Bagimanapun, semua bersetuju bahawa akses kesihatan mental boleh menjadi lebih baik.

Menurut analisis ekonomi Chua mengenai penjagaan kesihatan mental di Malaysia, perbelanjaan kesihatan mental di negara ini biasanya kira-kira satu peratus daripada belanjawan kesihatan. Jumlah itu juga adalah di bawah purata perbelanjaan kesihatan mental negara berpendapatan sederhana atas, iaitu kategori Malaysia. 

Dr Irniza bersetuju pentingnya untuk memperbaiki sokongan dan penjagaan kesihatan mental.

“Akses kesihatan mental adalah tidak mencukupi tetapi keadaan kita semakin baik. Penting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk Malaysia mengenai kesihatan mental juga bahaya psikososial, yang menyebabkan tekanan,” katanya.

Beliau menekankan, satu cara adalah untuk majikan mempunyai dasar yang jelas mengenai kesihatan mental di tempat kerja.

Dan sekiranya tidak, terdapat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti yang diasaskan oleh Anita pada 2016 -- Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA)  – bagi menawarkan bantuan secara menyeluruh.

“Sebaik sahaja saya menubuhkan MIASA, segala-galanya berubah (dan kini saya berkongsi kisah saya),” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

3

Semasa 6 bulan yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman