web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Ternak Rusa Timorensis Jana Pendapatan Tambahan

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 12:40PM

Md Hussain memilih untuk membela rusa berikutan ia tahan lasak dan tidak mudah terkena serangan penyakit. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang peneroka tidak menjadikan usia emas sebagai alasan untuk berpeluk tubuh di rumah, sebaliknya menyibukkan diri memelihara rusa baka Timorensis di rumahnya di Felda Perasu di sini.

Malah, Md Hussain Senik, 66, boleh berbangga apabila rusa peliharaannya semakin bertambah kepada lapan ekor berbanding empat sebelum ini.

Beliau berkata pada permulaannya, Jabatan Veterinar Gua Musang tampil memberikan bantuan empat ekor induk pada 2021.

“Empat induk berkenaan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk membiak, dan kini saya memiliki tambahan empat ekor anak rusa pula. Rusa-rusa ini juga mudah dipelihara kerana hanya memerlukan kawasan yang luas mengikut keselesaan untuk bergerak bebas.

“Keputusan yang saya pilih untuk memelihara haiwan ini sangat tepat kerana penjagaannya lebih mudah berbanding haiwan lain, rusa haiwan yang lasak dan tidak mudah terkena serangan penyakit,” katanya ketika ditemui pemberita di Felda Perasu di sini baru-baru ini.

Empat ekor induk rusa baka Timorensis diperolehi dengan bantuan Jabatan Veterinar Gua Musang. - gambar BERNAMA
Empat ekor induk rusa baka Timorensis diperolehi dengan bantuan Jabatan Veterinar Gua Musang. - gambar BERNAMA

Beliau yang turut membahagikan masa dengan mengerjakan ladang sawit pada waktu pagi berkata ternakan rusa berkenaan ditempatkan di halaman belakang rumahnya dengan membina pagar setinggi lebih dua meter.

"Kos makanan tidak membebankan kerana saya memberi ternakan ini dedak secara berselang-seli dengan makanan tambahan yang lain.

“Anak saya juga membantu mencari rumput dan daun kelapa sawit sebagai antara makanan tambahan haiwan ini,” katanya yang turut membela lebih 40 ekor lembu.

Menurutnya, beliau juga bercadang mengkomersialkan hobi itu sekiranya mendapat permintaan kerana perusahaan berkenaan dipercayai menjanjikan hasil yang lumayan.  

“Sekiranya rusa ini terus membiak dan mendapat permintaan, saya berhasrat ingin menjualnya kerana harga seekor rusa jantan boleh mencecah hingga RM3,500 setiap ekor,” katanya.

Md Hussain bercadang mengkomersilkan hobi ternakan rusa itu kerana harganya yang tinggi. - gambar BERNAMA
Md Hussain bercadang mengkomersilkan hobi ternakan rusa itu kerana harganya yang tinggi. - gambar BERNAMA

Md Hussain berkata beliau bersyukur kerana mendapat banyak khidmat dan nasihat daripada Jabatan Veterinar termasuk membuat lawatan berkala setiap bulan ke kandang ternakannya bagi memantau tahap kesihatan rusa-rusa berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad