Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Busuk, Namun Jadi Lubuk Rezeki Pengutip Sampah

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 9:39AM

Golongan pengutip sampah mencari barang buangan yang boleh dijual di Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Walaupun kawasan Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang dekat sini diselubungi bau yang tidak menyenang, namun ia menjadi lubuk rezeki bagi ratusan pengutip sampah untuk mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula dari tempat itu.

Tinjauan Bernama ke tapak pelupusan sampah seluas 8.9 hektar, terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu itu menyaksikan ramai pemungut sampah ‘bekerja’ di situ tapak pelupusan ini setiap hari dengan ada dalam kalangan mereka sanggup bermandi peluh dari pagi hingga tengah malam.

Pemungut sampah ini pula bergerak secara berkumpulan dan warga tempatan tidak akan bercampur dengan warga asing. Warga asing yang ditemui pula mengaku memiliki kad IMM13, malah tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

IMM13 adalah pas lawatan sosial bagi pelarian Filipina yang memasuki Sabah tanpa dokumen perjalanan antarabangsa yang sah yang dikeluarkan pada lewat 1972 sehingga tahun 1984.

Seorang daripada pemungut sampah Saharuddin Zainul, 35, berasal daripada Telipok di sini berkata beliau telah melakukan kerja berkenaan sejak empat tahun lepas yang pada awalnya hanya berhasrat menemani rakannya mencari barangan yang boleh dikitar semula.

“Kami sudah biasa di sini, bau-bau ini juga kerja kotor tiada masalah dan macam-macam pengalaman kami tempuhi...kami mencari barangan terbuang seperti tin, besi dan pelbagai lagi, apa yang penting kami dapat kerja dan apa yang kami buat ini halal,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Saharuddin berkata beliau akan mengumpul barangan dari tapak pelupusan itu selama seminggu, sebelum dijual dengan harga antara RM300 hingga RM500 bergantung kepada harga pasaran dan jenis barangan kitar semula yang ditemui.

“Mula-mula memang tidak tahan bau busuk sampah, namun disebabkan keinginan untuk mencari duit sendiri, saya terus lakukan pekerjaan ini sehingga terbiasa dengan suasana di sini…sekarang ini susah mau cari kerja, apa lagi saya ini tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, sekolah sampai darjah enam sahaja,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai penoreh getah.

“Memandangkan harga getah tidak mahal dan pokok getah yang saya toreh tidak mengeluarkan hasil yang banyak, saya membuat keputusan untuk meneruskan kerja sebagai pemungut bahan buangan untuk dikitar semula di sini,” tambahnya.

Menceritakan pengalamannya, Saharuddin berkata beliau pernah menemui pelbagai barangan berharga seperti rantai emas dan banyak lagi barangan lain di kawasan pelupusan sampah berkenaan.

Suatu hari pada 2018, katanya beliau pernah menemui sebuah kotak di dalam almari lama yang terkandung barangan kemas termasuk cincin dan beberapa utas rantai emas yang kemudianya dijualnya kerana amat memerlukan wang ketika itu.

“Saya juga selalu menemui pelbagai barangan elektrik yang masih berfungsi dan ada yang sudah rosak namun boleh dibaiki semula...saya pernah bawa balik barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, dan kipas,” katanya menambah barangan elektrik yang telah dibaiki itu akan dijual kepada kawan-kawan.

Sementara itu, seorang lagi pengutip sampah Mohd Amirul Asneh, 25, berkata walaupun kerja mengutip bahan buangan di tapak pelupusan sampah itu dipandang serong oleh masyarakat, namun beliau tidak pernah berasa malu melakukan kerja tersebut.

“Saya pernah mendengar beberapa rakan mengatakan bahawa betapa kotornya orang yang mengutip bahan buangan di pelupusan sampah, kerana suasana di sini yang dipenuhi sampah dan bau yang tidak menyenangkan.

“Namun saya tidak hiraukan kata-kata itu, kerana kerja ini tidak salah…hakikatnya ‘orang yang kotor itu’ adalah mereka yang sanggup mencuri untuk mendapatkan duit, saya akan meneruskan kerja ini sehingga saya mendapat pekerjaan lain,” katanya.

Sudah menjadi fenomena biasa, setiap kali lori-lori sampah bergerak masuk ke tapak pelupusan ini, kelihatan kelibat sekumpulan pemunggut sampah tidak kira warga Filipina atau warga tempatan dengan hanya berbekalkan karungan guni dan pengait sampah akan berebut-rebut menyelongkar longgokan sampah yang baru ditimbunkan itu.

Walaupun kawasan pelupusan sampah itu diselubungi bau busuk, namun kumpulan pengutip sampah ini tetap tabah dan kelihatan seakan-akan tidak langsung terganggu malah sudah terbiasa dengan suasana di lubuk rezeki mereka di sini. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah