Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Nur Syahirah, Kisah Tukang Jahit 'Dinosaur'

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 12:03PM

Nur Syahirah Harun yang juga tukang jahit replika dinosaur bergambar bersama seekor daripada 18 ekor replika dinosaur animatronic yang diselenggaranya pada Pameran Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun dalam keadaan panas terik, Nur Syahirah Harun, 29, tetap tekun menjahit 'luka' Tyrannosaurus Rex (T-Rex) bagi menutup semula permukaan kulit yang 'dibedah' untuk memperbaiki kerosakan motor pada replika dinosaur 'animatronik' bersaiz sebenar itu.

Ini dilakukannya bagi memastikan dinosaur 'animatronik' yang dipamerkan di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan, Pahang boleh beraksi segera untuk tatapan pengujung yang datang untuk menyaksikan haiwan prasejarah itu.

Bertugas sebagai renjer di Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara, di sini, bekas penjawat awam itu berkata kerja tersebut merupakan sebahagian daripada proses penyelenggaraan yang dibuat selepas memperbaiki kerosakan tertentu pada pelbagai replika robotik yang dipamerkan.

Katanya, secara asasnya, tugas hakiki renjer adalah memberi maklumat terperinci mengenai kehidupan dan ciri-ciri setiap spesies haiwan prasejarah itu kepada pengunjung.

"Apabila berlaku kerosakan, renjer akan memperbaiki motor yang terdapat di dalam replika ini yang mana kami perlu membelah bahagian yang terlibat, selepas selesai, ia perlu dijahit semula.

''Nampak mudah kan? Tapi, sebenarnya, tidak, dan bukan semua renjer mampu melakukannya. Buat masa ini, saya sedang melatih renjer lain," katanya kepada Bernama.

Nur Syahirah berkata luka yang dimaksudkan adalah bahagian terbelah atau rosak di mana-mana permukaan kulit haiwan prasejarah itu termasuk pada bahagian kuku dan gigi, serta perlu dijahit dengan menggunakan dua bahan utama iaitu jarum melengkung seakan mata kail dan tali tangsi menerusi kaedah jahitan insang pari.

Tambahnya, selain minat dan kemahiran asas menjahit, renjer perlu mempunyai tubuh badan kecil supaya tidak memberi tekanan kepada dinosaur sehingga boleh menyebabkan rangka replika patah ketika prosedur menjahit dilakukan.

"Bayangkan dengan saiz dinosaur yang besar dan tinggi, kerja-kerja menjahit hanya boleh dilakukan secara manual bermula dengan meletakkan gam kemudiannya dicantum menggunakan pengokot (stapler) sebelum dijahit.

"Bahkan, sebelum dijahit, saya perlu memastikan segala kerja-kerja teknikal seperti pembaikan motor atau bahagian rangka yang patah telah dibaiki sepenuhnya," katanya yang mengambil masa sehingga dua hari untuk menyiapkan tugas tersebut bergantung kepada keadaan ‘luka’ yang ada.

Tambahnya, selepas menjahit, kulit dinosaur yang diperbuat daripada silikon akan dicorakkan dengan menggunakan warna sepadan bertujuan menutup kesan jahitan terbabit.

Aksi Nur Syahirah ketika menjahit replika haiwan prasejarah itu di pameran Dinosaur Encounter di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan menjadi tular di aplikasi TikTok, sekali gus berjaya menambat hati netizen berikutan keunikan melakukan proses penyelenggaraan tersebut.

Menurut Nur Syahirah pameran Dinosaur Encounter yang berteraskan teknologi realiti terimbuh atau augmented reality (AR), bertujuan mengajak pengunjung untuk merasai sendiri aura kehidupan sebenar dinosaur pada zaman prasejarah di tiga lokasi iaitu Pusat Sains Negara, Zoo Melaka di Melaka dan Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan.

Bahkan, katanya, selain dinosaur bersaiz sebenar yang ditonjolkan itu, keadaan persekitaran hutan di zoo itu membuatkan haiwan yang sudah lama pupus itu seolah-olah 'wujud' seperti di habitat asal ditambah pula dengan pergerakan robotik di bahagian kepala sehingga hujung ekor.

"Melalui sains dan teknologi, kami bawakan kepada pengunjung seolah-olah berada dan merasai zaman prasejarah serta ketika dinosaur mulai pupus melalui beberapa fenomena alam semula jadi seperti letusan gunung berapi dan penemuan fosil.

"Malah, di setiap lokasi terdapat keistimewaan tertentu, contohnya jika di Zoo Mini Taman Teruntum, ia diiktiraf sebagai zoo hibrid pertama di dunia, apabila menggabungkan elemen haiwan hidup, animatronik dan dinosaur," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Dapatkan Nasihat Optometris Bertauliah Untuk Masalah Mata