Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wang Kelian 'Terkubur' Jika Tidak Dibangunkan Semula

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 11:31AM

Zon aliran bebas di Wang Kelian yang terletak kira-kira 500 meter dari Wang Pranchan, Thailand dimansuhkan mulai 1 April 2015 - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Penduduk di Wang Kelian meluahkan kebimbangan sekiranya kawasan itu tidak dibangunkan semula bagi merancakkan kembali sosioekonomi masyarakat setempat, ia dibimbangi akan menyebabkan nama Wang Kelian terus ‘terkubur’.

Sejak penutupan zon aliran bebas di pintu sempadan Malaysia - Thailand di Wang Kelian beberapa tahun lalu, kawasan berkenaan sunyi sepi, ibarat sebuah pekan hantu.

Tinjauan Bernama mendapati deretan kedai yang dahulunya meriah dengan kehadiran pengunjung, kini terbiar dan banyak gerai telah rosak, hanya menunggu masa untuk roboh.

Namun keadaan berbeza dapat dilihat di Wang Pranchan, Thailand yang terletak bersebelahan sempadan Malaysia dengan gerai-gerai niaga kembali rancak beroperasi dan meriah dengan pengunjung di kawasan negara jiran itu.

Menurut seorang penduduk di Kampung Wang Kelian Hilir, Samsiah Desa, 58, beliau berharap agar usaha bagi membangunkan semula kawasan berkenaan dapat disegerakan bagi menarik semula pengunjung luar ke bandar yang terletak kira-kira 38 kilometer dari bandar Kangar itu.

"Jika tidak dibangunkan segera, saya bimbang Wang Kelian hanya akan tinggal kenangan dan kekal menjadi suram disebabkan tiada tarikan untuk pengunjung datang ke sini," katanya.

Seorang peniaga di Wang Prachan, Thailand, Aishah Che Min, 56, berkata beliau mengharapkan zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali bagi merancakkan semula ekonomi peniaga di Malaysia dan Thailand.

"Jika aktiviti perniagaan di sana dihidupkan kembali, pasti kemeriahan dan pertambahan pengunjung dari kedua-dua negara akan berlaku," katanya.

Turut berkongsi pandangan seorang pelancong dari Langkawi, Kedah, Sharifah Nor Azereen Syed Muhaidin, 26, berkata pembangunan semula di Wang Kelian akan memberi nafas baharu khususnya sektor pelancongan di kawasan itu yang suram sejak beberapa tahun lepas.

"Saya memang kerap berulang alik menggunakan laluan ini untuk mengunjungi keluarganya di Satun, Thailand dan memang dapat dilihat banyak perubahan yang berlaku di sini.

"Dahulu hampir 20-30 buah bas akan datang membawa pengunjung ke Wang Kelian dan keadaan ketika itu keadaan amat meriah berbanding sekarang," katanya.

Sementara itu, Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Ruzaini Rais  berkata kerajaan negeri sememangnya mengharapkan agar zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali namun keputusan berhubung pelaksanaan itu bergantung kepada kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata selain hanya memberi fokus kepada pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan, kerajaan negeri juga sedang dalam pelaksanaan bagi membangunkan semula arked niaga di kawasan tersebut.

"Kita dalam proses untuk baik pulih dan naik taraf arked niaga di kawasan Wang Kelian untuk disewakan kepada peniaga dan agensi-agensi penguat kuasa kawalan sempadan di sini.

"Kerajaan Perlis tidak boleh hanya fokus menunggu pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan kerana kita harus menarik kembali pengunjung ke Wang Kelian," katanya menambah usaha penambahbaikan itu sedang giat dilaksanakan dan berada di bawah Rancangan Pembangunan Wang Kelian.

Zon aliran bebas di Wang Kelian yang terletak kira-kira 500 meter dari Wang Pranchan, Thailand mula dimansuhkan pada 1 April 2015 sebagai langkah kawalan pergerakan keluar masuk dan kawalan sempadan bagi menyekat ancaman dan mengekang penyeludupan barangan terlarang yang dilihat menjadi ancaman kepada negara.

Pemansuhan tersebut dibuat susulan penemuan kubur besar yang menempatkan 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini