Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Emas, Beli Untuk Pelaburan Dan Perhiasan

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 9:55AM

Orang ramai memenuhi kedai emas untuk membeli barang kemas sebagai aksesori menjelang Aidilfitri ketika tinjauan di Kompleks PKNS. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai beratur panjang dan bersesak-sesak di hadapan kedai emas di seluruh negara sejak kebelakangan ini, bukan lagi satu fenomena pelik atau luar biasa.

Kaum Adam dan Hawa, tidak kira usia turut serta dalam ‘kemeriahan’ mendapatkan logam bernilai tinggi yang diidamkan itu ibarat serampang dua mata iaitu sebagai pelaburan dan perhiasan diri.

Tinjauan Bernama di ibu kota baru-baru ini mendapati orang ramai berpusu-pusu ke kedai emas tidak kira dalam pusat beli-belah atau kedai emas persendirian untuk berbelanja terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Norsiah Ahmad, 38, ketika ditemui Bernama di hadapan kedai emas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat berkata dia mahu membeli barangan kemas untuk anak dan ibunya, menggunakan wang simpanan selama beberapa tahun bekerja sebagai peniaga pasar malam.

“Saya fikir beli emas bukan saja untuk dipakai, boleh simpan dan masih bernilai. Tidak rugi beli sebab boleh jadi pelaburan untuk masa depan,” katanya.

Pekerja swasta, Khairul Azmi, 42, yang turut beratur bersama ahli keluarga di hadapan sebuah kedai emas terkemuka dalam kompleks beli-belah berkata selain membeli barangan kemas untuk dipakai, dia juga membeli syiling emas 999 bagi tujuan penyimpanan. 

"Sebelum ini, saya ada beli syiling emas dan semasa keadaan kecemasan atau terdesak, saya dapat menolak (menjual kembali) emas itu untuk mendapatkan wang dengan mudah.

“Saya rasa ini lebih selamat kalau wang itu dilaburkan dalam bentuk emas, kita boleh nampak wang yang dibelanjakan itu sudah tentunya emas daripada beli benda lain susah dijual dan akan menyusut nilai,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Kewangan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Adilah Azhari berpandangan trend peningkatan pembelian emas berpunca daripada sentimen emas adalah aset pelaburan jangka panjang yang mudah digadaikan dengan nilai stabil ketika keperluan mendesak akibat ekonomi tidak menentu.

"Pembelian emas sebagai pelaburan adalah bijak sekiranya pelabur juga memiliki aset cair seperti wang simpanan yang boleh digunakan ketika darurat.

“Banyak kajian telah menunjukkan bahawa emas adalah instrumen yang menjadi pilihan pelabur di kala kegawatan ekonomi kerana dikira sebagai aset selamat dan kalis inflasi,” katanya menambah harga emas menunjukkan peningkatan stabil sejak 2018 bagaimanapun, harga emas melonjak mendadak sekitar 2020 ekoran pandemik COVID-19. 

Selain itu, beliau berpendapat kepelbagaian aset dalam portfolio pelaburan juga penting memandangkan risiko setiap aset adalah berbeza dan akan mempengaruhi pulangan pelaburan. - Bernama   

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut