Berita Terkini

7 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kehilangan MH370 Terus Jadi Misteri

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 6:04PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kira-kira 1.30 pagi tadi, genap lapan tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 selepas dilihat kali terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada 2014.

Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu.

Menjelang ulang tahun kehilangan pesawat malang itu, pastinya akan ada dakwaan penemuan baharu dan pada Disember tahun lepas, seorang jurutera aeronautik dari Britain, Richard Godfrey memaklumkan, beliau telah membuat perkiraan lokasi terakhir keberadaan MH370.

Dakwanya, pesawat itu terhempas kira-kira 2,000km dari Barat Perth di Lautan Hindi dan mengulas mengenainya, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Angus Mitchell berkata pihaknya telah mencari "bahagian penting" zon carian yang disyorkan Godfrey.

ATSB meminta Geosains Australia menyemak data yang dipegangnya daripada carian untuk mengesahkan semula bahawa tiada objek berkaitan yang dikesan di kawasan itu.

Mengulas mengenai perkembangan itu, pakar penerbangan Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata pihak Malaysia perlu diberi ruang untuk turut serta bersama-sama pasukan pencarian dengan pihak Australia agar proses pencarian menjadi telus dan pemantauan dapat dilakukan secara bersama-sama.

“Ini dapat mengelak sangkaan-sangkaan buruk atau persepsi terpesong oleh setengah pihak yang mengatakan pencarian baharu ini hanyalah sekadar pertunjukan atau pencarian baru ini adalah konspirasi untuk menagih wang daripada tabung pencarian,” kata Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu.

Beliau menarik perhatian, jika pencarian semula dilakukan, adalah lebih baik jika petunjuk baharu dikongsikan agar dapat dianalisis dengan lebih mendalam secara bersama-sama dan memberikan keadilan kepada semua pihak.

Katanya ini juga antara lain untuk memastikan petunjuk itu jitu, tidak bercelaru, dan konsisten dari segi metodologi penyiasatan malahan ini untuk juga memastikan sumber sumber kewangan digunakan secara optimum dan tidak dibazirkan kearah petunjuk yang lemah dan tidak selari dengan kaedah saintifik.

Sementara itu, penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata sekiranya ada sebarang petunjuk baharu maka eloklah sekiranya pencarian dilakukan berdasarkan petunjuk berkenaan.

“Sebarang usaha untuk memberi pengakhiran kepada episod malang ini perlu dilakukan,” kata bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia itu.

Menurutnya, Malaysia juga perlu terlibat secara aktif sama ada dari segi penglibatan terus, atau dari segi penyediaan dana untuk pencarian ini, terutamanya sekiranya petunjuk ini difikirkan boleh membawa kepada penemuan puing pesawat itu.

Dalam rakaman ucapan semalam sempena ulang tahun kelapan MH370, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi aspirasi Kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 tidak pernah dilupakan.

Simpati dengan kehilangan dan kesengsaraan mereka yang terjejas susulan tragedi kehilangan misteri MH370, beliau berkata Malaysia juga berminat menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan