Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Jenis Hukuman Mati Semasa Zaman Purba

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Feb 2022 11:00AM

Sean Penn yang dijatuhkan hukuman mati dalam filem Dead Man Walking yang diterbitkan pada 1996. - Gambar tangkap layar dari Youtube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hukuman mati adalah amalan perundangan yang dibenarkan oleh kerajaan sesebuah negara, sebagai balasan terhadap jenayah atau kesalahan dilakukan mana-mana individu.

Lazimnya, pesalah yang dijatuhi hukuman seumpama ini disabitkan dengan jenayah berat seperti membunuh.

Ia melibatkan pelbagai bentuk pelaksanaan mengikut negara, mencakupi gantung, tembak, suntikan maut atau gas beracun (sekadar menyebut beberapa contoh).

Di Malaysia, hukuman seumpama ini dilaksanakan menerusi kaedah gantung sampai mati, yang mengambil tempat di sebuah ruangan khas dalam penjara.

Minggu ini Getaran membawa pembaca menelusuri zaman silam dan berkongsi trivia berkaitan lima jenis hukuman yang dilaksanakan pada zaman purba.

Melalui hukuman Skapisme ini, pesalah akan dimasukkan ke dalam bot, dengan badan mereka dilumur susu dan madu serta dibiarkan dihurung serangga hingga mati. - Gambar dari Kompas.com
Melalui hukuman Skapisme ini, pesalah akan dimasukkan ke dalam bot, dengan badan mereka dilumur susu dan madu serta dibiarkan dihurung serangga hingga mati. - Gambar dari Kompas.com

1. SKAPISME

Kaedah ini dipraktikkan oleh tamadun Yunani, sekitar 500 tahun sebelum masihi. Diamalkan oleh kaum Parsi, ia dipercayai diperkenalkan seorang sejarawan dikenali sebagai Plutarch, ketika zaman pemerintahan Raja Artaxerxes II.

Skafisme dilakukan dengan mengikat kedua-dua kaki pesalah, sebelum dia diletak dalam sebuah bot dan seluruh tubuhnya dilumur susu dan madu, bagi menarik perhatian serangga seperti kerengga, semut, lebah atau kutu.

Pesalah pertama dijatuhi hukuman tersebut ialah seorang tentera Mithridates pada tahun 63 sebelum masihi, kerana didakwa
mengkhianati dan membunuh adik Arses dalam keadaan mabuk. 

Tentera tersebut berada dalam keadaan terseksa selama 17 hari, sebelum meninggal dunia. - Sumber dari https://allthatsinteresting.com/


Hukuman kejam ini dicipta oleh Phalaris di mana pesalah akan dimasukkan ke dalam patung gangsa itu dan dipanggang hidup-hidup. - Gambar dari https://allthatsinteresting.com/
Hukuman kejam ini dicipta oleh Phalaris di mana pesalah akan dimasukkan ke dalam patung gangsa itu dan dipanggang hidup-hidup. - Gambar dari https://allthatsinteresting.com/

2. THE BRAZEN BULL

Hukuman ini antara kaedah kejam yang amat digemari kerajaan purba. Juga diamalkan tamadun Yunani, ia menggunakan sebuah patung lembu jantan yang diperbuat daripada gangsa.

Sesuai dengan pelaksanaannya yang amat kejam, The Brazen Bull dicipta seorang pemerintah zalim dari Sicily, dikenali sebagai Phalaris sekitar tahun 554 hingga 570 sebelum masihi.

Patung berkenaan memiliki sebuah pintu, bagi membolehkan pesalah dimasukkan ke bahagian dalam bagi menjalani hukuman.

Sesuai namanya, pesalah akan terpanggang hidup-hidup dek haba dari binaan gangsa tersebut, apabila unggun api dinyalakan di bahagian bawah badan patung.

Tambah mengerikan, paip besar akan disambung dari dalam ke bahagian mulut lembu, bagi membolehkan orang ramai mendengar jeritan dan raungan mangsa, menjadikan patung berkenaan kelihatan seperti seekor lembu jantan yang naik minyak.

Hukuman yang dijalankan di khalayak ramai ini akhirnya menjadi senjata makan tuan buat Phalaris, apabila dia sendiri dibunuh oleh ‘lembu jantannya’ pada tahun 554 sebelum masihi, selepas pemerintahannya digulingkan seorang jeneral dikenali sebagai Telemachus iaitu waris keturunan Theron of Acragas. - Sumber dari https://www.britannica.com/place/Sicily

Empayar Assyria menggunakan kaedah kejam dengan menyiat kulit pesalah sebagai hukuman mati. - Gambar dari medievalists.net
Empayar Assyria menggunakan kaedah kejam dengan menyiat kulit pesalah sebagai hukuman mati. - Gambar dari medievalists.net

3. MELAPAH KULIT 

Istilah ini mula diperkenalkan tentera Empayar Assyria ke atas musuh antara tahun 911 hingga 609 sebelum masihi.

Bertujuan memperlihatkan kekuatan dan kekejaman Empayar Assyria, ia juga sebagai medan untuk menimbulkan rasa gerun musuh terhadap mereka, apatah lagi hukuman ini lazimnya dikenakan ke atas pemimpin pasukan tentera lawan yang berjaya ditewaskan.

Kulit musuh akan disiat hidup-hidup bermula dari bahagian kaki, membawa ke punggung dan akhirnya seluruh tubuh.

Mangsa kemudiannya ditinggalkan di kawasan pembuangan dan dibiarkan mati begitu sahaja.

Hukuman terbabit ternyata berjaya menyuntik kesan mendalam terhadap musuh, khususnya di era pemerintahan kerajaan Rom, zaman pertengahan di England dan Empayar Uthmaniyyah. - Sumber dari artlyst.com

Hukuman potong pinggang dilaporkan bermula pada zaman dinasti Zhou dengan Li Si merupakan pesalah pertama dikenakan hukuman berkenaan. - Gambar dari https://inf.news/
Hukuman potong pinggang dilaporkan bermula pada zaman dinasti Zhou dengan Li Si merupakan pesalah pertama dikenakan hukuman berkenaan. - Gambar dari https://inf.news/

4. POTONG PINGGANG 

Juga dikenali sebagai The Waist Chop, ia merujuk kepada kesakitan serta seksaan pada lima bahagian tubuh, dan dilaksanakan semasa zaman Dinasti Zhou pada 2,566 hingga 1,046 sebelum masihi, iaitu semasa zaman pemerintahan pembantu ahli politik ketika itu, Zhao Gao. 

The Waist Chop dimulakan dengan memotong hidung mangsa, sebelum diteruskan di bahagian kaki dan tangan.

Pesalah akan terus diseksa apabila alat sulit dan pinggangnya dipotong menggunakan pedang sehingga terputus dua.

Mangsa pertama hukuman tidak berperikemanusiaan ini ialah seorang penulis, ahli politik dah ahli falsafah, Li Si dan seluruh ahli keluarganya, kerana didakwa berjuang untuk pihak musuh. - Sumber dari history.co.uk

Cecair logam panas akan dicurah ke dalam mulut pesalah sumbang mahram atau berzina dengan wanita yang sudah berkahwin. - Gambar AFP
Cecair logam panas akan dicurah ke dalam mulut pesalah sumbang mahram atau berzina dengan wanita yang sudah berkahwin. - Gambar AFP

5. CECAIR LOGAM PANAS 

Seperti namanya, hukuman yang mengerikan ini dilaksanakan menggunakan cecair logam panas dan mula diperkenalkan semasa zaman purba Israel.

Ia lazimnya sebagai pembalasan kepada pesalah sumbang mahram atau berzina dengan wanita yang sudah berkahwin.

Leher pesalah akan dijerut menggunakan tali sehingga mulutnya ternganga, sebelum cecair logam panas dicurah ke dalam mulut dan menghancurkan segala organ dalaman.

Hukuman ini berakhir dengan tubuh pesalah rentung dibakar cecair logam berkenaan.

Antara individu yang pernah menjalani hukuman ini adalah Marcus Licinius, seorang jeneral dan negarawan kaya semasa pemerintahan Empayar Rom, pada tahun 115 sebelum masihi. 

Dia dihukum selepas pasukan tenteranya tewas kepada tentera Parthian semasa peperangan Carrhae pada tahun 53 sebelum masihi. - Sumber dari history.co.uk

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA