Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kerajaan Disaran Wujud Sistem Senarai Pemborong, Pantau Harga Barang

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Dec 2021 12:19PM

Kewujudan sistem senarai nama pemborong yang berdaftar dengan KPDNHEP dikatakan dapat mengenalpasti pemborong atau pembekal yang menaikkan harga sesuka hati. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mewujudkan sistem senarai nama pemborong yang berdaftar dengan kementerian khususnya melibatkan pemborong barangan pertanian dan makanan berskala besar bagi tujuan pemantauan segera sekiranya berlaku kenaikan harga.  

Naib Yang Dipertua 2, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor, Kamal Ahmad Abdullah berkata melalui sistem itu kementerian berkaitan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dapat mengenal pasti pemborong atau pembekal yang menaikkan harga sesuka hati serta mencegah manipulasi harga.

Katanya buat masa ini, memang ada pemborong yang berdaftar dengan KPDNHEP tetapi hanya melibatkan pemborong barangan di bawah skim kawalan harga antaranya ayam, minyak masak paket dan tepung gandum.

“Melalui sistem senarai tersebut, apabila mereka berdaftar sebagai pemborong, kementerian akan tahu maklumat mereka ini memborong barangan apa, di mana beroperasi ke mana dan di mana.

“Jadi apabila berlaku kenaikan harga yang mana perlu disemak, kerajaan terus boleh kesan siapa yang perlu bertanggungjawab. Dengan itu senang untuk kita buat pengawalan agar harga yang sampai kepada pengguna tidak setinggi seperti diperkatakan sekarang,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Susulan kenaikan harga barangan ketika ini, Kamal berkata sudah tiba masanya kesemua pemborong didaftarkan dengan KPDNHEP dan kementerian itu perlu menetapkan harga siling kepada barangan yang dilihat harganya meningkat secara konsisten agar ia tidak menambahkan lagi beban pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pula berkata isu kenaikan harga barang memberi impak kepada kewangan rakyat dan antara langkah mengurangkan impak itu ialah penganjuran pasar atau gerai jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan keperluan jauh lebih murah daripada harga pasaran.

“Walaupun mungkin kawasan liputan jualan PKPS tidak meluas dan berada di seluruh negeri namun ia antara usaha kami dalam mengurangkan bebanan yang dihadapi rakyat kini,” katanya.

Sementara itu tinjauan di sekitar Shah Alam, di sini mendapati rata-rata pengusaha mendakwa ‘kewujudan’ orang tengah mungkin antara sebab harga barangan meningkat.

Pemilik sebuah kedai runcit, Arniza Abdul Razak, 35, mengibaratkan kenaikan harga barang berkenaan sebagai skrip biasa yang biasanya bermula dengan pihak pembekal mendakwa harga barangan yang ada pada mereka sudah meningkat berbanding harga biasa.

"Walaupun mereka kata kilang dah naikkan harga tetapi sebenarnya 'orang tengah' itu yang naikkan lagi harga tersebut, jadi apabila barang sampai kepada kita, dia cakap harga dah naik dan menyebabkan pihak kami terpaksa menaikkan harga jualan," katanya.

Turut bersetuju dengan pandangan tersebut, penjual ikan Arif Omar, 29, yang percaya faktor mementingkan keuntungan tinggi menjadi salah satu sebab kenaikan harga barang masa ini sukar dikawal. - Bernama

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Rencana 2 jam yang lalu

Penerbitan Ilmiah Mampu Tinggikan Martabat Bahasa Melayu - Pakar