Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelarian Afghanistan Cerita Pengalaman

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 3:09PM

Penduduk Afghanistan menunggu giliran untuk mengeluarkan duit dari bank. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Salim (bukan nama sebenar) melarikan diri dari Kabul ke Malaysia selepas dia dan keluarganya diancam oleh Taliban.

Meksipun kerajaan sebelum ini yang diketuai Ashraf Ghani dibelengu dengan masalah korupsi, namun Salim menyifatkan ia lebih baik dari pemerintahan Taliban.

Dia menegaskan, di sebalik pemerintahan yang kurang cekap daripada presiden yang digulingkan hingga mengakibatkan Afghanistan dilanda korupsi, tidak aman dan pengangguran, namun ia masih jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pemerintahan yang dipimpin Taliban.

Pelarian di bawah Ashraf, masih boleh meneruskan kehidupan harian, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana Taliban memerintah dari 1996 hingga 2001.

Sebelum datang ke Malaysia, Salim berkata adalah seorang profesional yang bekerja dengan institusi pemerintah Afghanistan sehingga sindiket jenayah yang mempunyai kaitan dengan Taliban telah mengancam keselamatan keluarganya.

Ini memaksanya melarikan diri ke Malaysia bersama isteri dan seorang saudaranya,

Ketika ini dia bekerja sebagai jurucakap dan wakil komuniti pelarian Afghanistan di sini.

Salim berkongsi pengalaman sebagai pelarian di Malaysia,

“Kami ambil pekerjaan yang ditolak oleh orang Malaysia.

“Di Malaysia, rakyatnya mengetahui mendalam mengenai pengalaman Palestin namun tidak ramai yang tahu apa yang berlaku di Afghanistan dan apa yang dialami oleh pelarian di sini,” kongsinya kepada The Vibes.

Memandangkan Putrajaya tidak menandatangani Konvensyen 1951 Mengenai Status Pelarian, Salim berkata, statusnya tidak diiktiraf, maka pelarian di Malaysia menjadikan negara ini sebagai tempat transit.

Walaupun bebas dari peperangan, namun Salim berkata, pelarian Afghanistan masih bimbang mengenai keselamatan mereka.

“Pelarian dan hak mereka tidak diiktiraf secara rasmi. Kami tidak boleh bekerja secara sah atau menghadiri persekolahan dan akses kepada perkhidmatan perubatan,” kata Salim.

Selain itu, penempatan ke negara lain adalah perlahan, disebabkan birokrasi prosedur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Buat masa ini, Salim berkata, pelarian Afghanistan terpaksa melakukan pekerjaan ‘low-profile’ yang tidak mahu dilakukan rakyat Malaysia, bagi menampung kehidupan mereka.

Ramai pelarian hanya boleh mencari pekerjaan sebagai tukang cuci atau bekerja di sektor pembinaan, di mana ia merupakan jenis pekerjaan yang ditolak oleh orang tempatan.

“Masalahnya apabila pelarian bekerja di sektor ini, mereka menjadi subjek penganiayaan oleh majikan,” kata Salim.

Ditanya kenapa dia memilih Malaysia sedangkan negara ini tidak memberikan perlindungan sepenuhnya kepada pelarian, Salim memberitahu, destinasi negara tidak menjadi perkara utama ketika melarikan diri dari Afghanistan.

Berdasarkan kepada pengalamannya, pemimpin masyarakat menjelaskan bahawa dia dan keluarganya tidak mempunyai pilihan ketika melarikan diri daripada rangkaian jenayah terancang yang dikaitkan dengan Taliban kerana ia lebih kepada hidup dan mati.

“Kami tiada pilihan. Kami tidak berada di situasi untuk memilih negara mana lebih baik, tetapi kami memilih negara yang selamat untuk keluarga kami.

“Yang penting nyawa, selepas itu barulah kami fikirkan langkah seterusnya. Saya tidak memikirkan negara mana yang hendak dituju. Saya mahu hidup dan memastikan keluarga saya selamat,” katanya.

Dalam rayuannya kepada kerajaan Malaysia, Salim berkata, pelarian Afghanistan memerlukan bantuan.

Anak mereka mahu ke sekolah manakala ibu bapa pula mahu bekerja dan mendapat akses kepada sistem kesihatan. - Getaran, 22 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini