Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Periksa Kesihatan Kredit Demi Kelangsungan Hidup Pada Musim Pandemik

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Kesihatan Kredit yang diadakan pada setiap Julai kini kembali untuk kali keempat selepas mula diperkenalkan pada 2018. Bersempena dengan penganjuran tahun ini, Experian Information Services (Malaysia), melancarkan Kempen Know Money, sebuah kempen celik kewangan menyeluruh yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia akan kepentingan kesihatan kredit bagi pengurusan dan kawalan kewangan peribadi yang lebih berkesan.

Ini seiring dengan keadaan semasa di mana Malaysia sedang melalui beberapa tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan moratorium pinjaman automatik kedua telah dilaksanakan untuk terus membantu individu serta isi rumah yang terjejas dek pandemik COVID19. Merujuk kepada Pelan Pemulihan Negara, bantuan sementara ini akan berlangsung selama 6 bulan bermula 7 Julai 2021.  

Dengan pembayaran balik pinjaman dilanjutkan buat kali kedua, pengguna yang terjejas mungkin akan mengalami tekanan dalam menguruskan isu kewangan, terutamanya bagi mereka yang berpengetahuan cetek dalam pengurusan kewangan peribadi. 

Kempen Know Money diperkenalkan bagi membantu pengguna untuk bermula dengan pembelajaran asas dan membina keyakinan bagi menempuh cabaran dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh. 

Sepanjang tempoh kempen, Experian akan menawarkan laporan kredit percuma yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai profil kredit individu, maklumat kredit perbankan (CCRIS), skor kredit (i-SCORE Experian) dan banyak lagi. Sebagai bonus, setiap pengguna juga berpeluang  menikmati 50% potongan harga tambahan bagi produk pengguna yang lain.

Jika tidak pernah menggunakan servis ini, mungkin anda ingin tahu apa sebenarnya i-SCORE Experian. Ia merupakan perkhidmatan skor kredit pengguna di Malaysia yang dilakukan berdasarkan analisis statistik fail kredit pengguna bagi menghasilkan skor dari lingkungan 300 hingga 800. 

Lazimnya skor ini akan diguna pakai oleh pemiutang untuk menentukan tahap kredit seseorang sebelum meluluskan atau menolak sebarang pinjaman kewangan. Semakin tinggi skor kredit anda, semakin cerah peluang permohonan pinjaman anda diluluskan oleh pihak bank atau pemiutang. 

Menerusi satu analisis yang dijalankan oleh 1-SCORE Experian, celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah amat rendah. Ramai yang mempunyai masalah pengetahuan serta kemahiran kewangan peribadi. 

Walaupun ada segelintir yang mahu memperbaiki pengurusan kewangan mereka, namun tetapi tidak tahu caranya. Manakala, sebahagian yang lain hanya menyedari akan kepentingan celik kewangan apabila terjerat dengan masalah kewangan.

Kajian ini melibatkan 5.7 juta individu berumur dalam lingkungan 22 tahun sehingga 65 tahun dan ke atas bagi tempoh suku pertama (Q1) 2020 hingga suku pertama (Q1) 2021 yang merangkumi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pertama dan kedua. 

Analisis i-SCORE Experian menekankan kepentingan menambah baik kesedaran kesihatan kredit dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Berdasarkan analisa yang dilakukan, pengguna lebih muda dilaporkan membuat lebih banyak permohonan kredit dalam tiga suku terakhir (Q3) 2020 hingga (Q1) 2021, berbanding kumpulan matang yang kekal konservatif. 

Peningkatan permohonan golongan muda merupakan trend membimbangkan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) menekankan bahawa 47% golongan muda Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi. 

Malahan, kebanyakan kes bankrap berpunca dari ketidakupayaan menanggung hutang yang merangkumi pembelian ansuran, pinjaman peribadi, dan hutang kad kredit. 

“Analisis terkini i-SCORE Experian mengukuhkan keperluan pendidikan mengenai kepentingan kesihatan kredit rakyat Malaysia. Ini amat penting kerana ketidakstabilan ekonomi akibat COVID19 akan membawa kesan kepada negara atau individu.”

“Kempen Know Money Experian merupakan sebahagian komitmen jangka panjang kami untuk memperbaiki kadar celik kewangan di Malaysia. Menerusi kempen ini, kami berharap ia dapat membuka mata rakyat Malaysia akan kepentingan kesihatan kredit. Ini supaya mereka faham dan mengambil langkah yang sebaiknya untuk pengurusan dan kawalan kewangan peribadi lebih baik di masa hadapan,” ujar Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Services (Malaysia) Sdn. Bhd. 

i-SCORE Experian turut menekankan, walaupun moratorium membantu pengguna skor kredit rendah, mereka mempunyai risiko kelalaian bayaran yang tinggi jika moratorium tidak diteruskan pada masa hadapan.

Selain menawarkan laporan kredit percuma, Experian akan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi termasuklah Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), iMoney dan RinggitPlus untuk meneruskan jangkauan pendidikan kewangan rakyat Malaysia. Sesi pendidikan percuma serta aktiviti akan dilaksanakan secara berfasa pada bulan-bulan akan datang. 

“Kami teruja menjadi sebahagian daripada kempen Know Money. Visi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengawal situasi kewangan mereka dan mengurangkan beban dengan penggunaan kredit yang bijak. Menerusi kempen ini, kami akan terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan pendidikan serta nasihat mengenai pengurusan kewangan,” kata Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif, AKPK.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Know Money dan cara mendapatkan laporan kredit percuma, anda boleh semak di sini.

Anda masih punya masa untuk dapatkan laporan kredit peribadi secara percuma merangkumi data i-SCORE Experian dan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Credit (CCRIS) melalui kempen ini sehingga esok, 31 Julai 2021. Cepat bertindak jika ingin bebas masalah kewangan pada masa hadapan. 

Kredit foto : Tierra Mallorca, Unsplash & www.mycreditinfo.com.my

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

2

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

3

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

5

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

6

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki