web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bingkisan Dari Penjara – Luahan Hati Allahyarham Benjy Ibrahim

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 5:07PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Nasi ulam arwah mama (dibuat daripada lebih 21 jenis ulam-ulaman yang berbeza..) dan sayur keladi, puding roti ayah (tak tahu macam mana ayah sediakan sebab dia tidak pernah suka orang lain berada di dapur ketika dia sibuk memasak), ayam panggang madu adik saya Elza (setiap kali dia punya masa untuk sediakan makan malam), minuman kesihatan adik perempuan saya Ines (dia memasak sama seperti anak-anak Mama yang lain, termasuklah saya, tetapi sejak 10 tahun kebelakangan ini dia menjadi pakar pemakanan keluarga kami) dan tidak ketinggalan ialah hidangan ketam batu segar yang dimasak dalam sos mentega enak bersama anak saya, pidod dan fie, my other half (dia mahupun pidod tidak selalu memasak) adalah beberapa kenangan yang sering menerpa fikiran ini saban hari, setiap kali saya memandang keluar dari jeriji besi ini.....

Mengapa makanan? Kerana saya makan ketika berasa tertekan... Mengapa saya tertekan? Selain perkara yang sudah jelas... saya mempunyai 10 tahun lagi untuk menunggu hari pembebasan.

Makanan tidak mencukupi di sini.... kerana populasinya berlebihan... itulah yang diberitahu. Jadi, kebiasaannya saya sering berlapar... Di manakah lokasi ini? Inilah tingkat 3, blok C, sebuah penjara Indonesia yang tidak akan saya dedahkan atas faktor keselamatan.

Saya dihantar ke sini selepas beberapa minggu dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tempatan di mana saya menerima hukuman penjara 11 tahun dan 3 bulan kerana memiliki syabu (meth) seberat 4.5 gram ketika memasuki Kuala Namu menerusi penerbangan dari KL.

Saya akui, ia bukanlah satu pilihan hidup yang terbaik, tetapi yang pasti, saya impikan untuk memiliki sebuah mesin masa. Di sini saya kesunyian... bukan kerana tidak mempunyai kawan, tetapi kerana tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris..

Terdapat banyak perkara yang saya rindukan dalam kehidupan ini dan yang paling saya rindukan di saat ini adalah kata-kata semangat daripada ibu saya... Dahulu saya cukup berani menghadapi setiap cabaran kehidupan, saya mampu mengatasi segalanya,... kata-katanya seperti "segalanya akan berlalu" atau “lepaskan dan biarkan Tuhan” atau “solat Ben... Dia mendengar kamu..." akan selalu membantu saya untuk terus berjuang memahami erti sebuah kehidupan.

Namun, kini setelah suaranya tidak lagi kedengaran di telinga dan tanpa kehadirannya di sisi... walaupun saya sudah cuba lakukan yang terbaik dan pertaruhkan segalanya untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru ini... saya dapat rasanya sebahagian diri ini mati seiring dengan masa yang berlalu... - Getaran, 11 Julai 2021

Warkah ini ditulis oleh Allahyarham Benjy Ibrahim sewaktu dalam tahanan dan telah dikirimkan kepada Shuhaimi Baba.

Terjemahan Rahayu MN.

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi