web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus membantu kesihatan minda

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Apr 2024 4:22PM

gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi sesetengah orang, membersihkan rumah bukanlah aktiviti yang ditunggu-tunggu apabila ada masa terluang. Walaupun rumah perlu dikemas demi keselesaan yang diidamkan, ramai yang lebih suka mengupah orang untuk melakukannya.

Maklumlah, perkhidmatan mengemas rumah memang mudah didapati dan ramai pula yang mampu membayarnya. Bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa aktiviti mengemas rumah boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. 

Selain dapat membakar kalori, persekitaran yang bersih dan rapi mendatangkan kebahagian hati, tenang dan berasa selamat. Cuba imbas kembali keadaan di mana rumah anda berselerak dengan barangan yang bersepah di sana-sini, pasti anda berada jengkel dan mudah stres.

Jadi, adalah lebih baik penuhi masa luang dengan mengemas rumah. Maklumat berikut mungkin boleh memberi motivasi untuk melakukannya:

Menguatkan Sistem Pertahanan Tubuh Badan

Selain mencegah alahan, rumah yang bersih dapat membantu penghuninya untuk bernafas lebih  baik. Rumah yang bersih akan mencegah masalah pernafasan kerana kurang habuk, debu atau bulu haiwan peliharaan yang berterbangan di dalam rumah. 

Bersihkan permaidani, siling rumah dan perabot secara berkala untuk memastikan ia bebas habuk, debu dan sawang sekurang-kurangnya dua minggu sekali.  Sarung bantal, cadar juga harus ditukar secara kerap untuk mengelakkan masalah hama.

Mengurangkan Tekanan, Gembirakan Hati 

Berada di dalam ruangan yang bersepah-sepah boleh mempengaruhi mood seseorang sehingga membuatkan hati berasa sebal dan tidak gembira. Bahkan, ia juga mampu membuat anda sukar untuk tidur kerana tidak selesa. 

Kerana itulah anda perlu memastikan rumah tetap rapi supaya setiap kali melangkah masuk ke rumah selepas melalui hari yang panjang, anda berasa tenang, nyaman dan damai. Rumah yang bagaikan tongkang pecah hanya membuat suasana yang tidak nyaman.

Satu fakta yang anda mesti tahu adalah rumah yang penuh dengan barang hanya akan membuat penghuninya stres. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan decluttering, iaitu pilih barangan yang masih ingin digunakan dan buang barang-barang yang tidak diperlukan. 

Kajian mendapati rumah yang tersusun rapi dan bersih boleh memberi kesan positif kepada penghuninya. Suasana hati yang tenang akan membuat seseorang lebih fokus.

Makan Lebih Bersih, Berkualiti 

Dapur yang bersih akan menghasilkan kualiti makanan yang bersih dan sihat. Aturlah peralatan memasak dan bahan-bahan memasak anda secara teratur dan pastikan ia disimpan dengan baik. 

Jangan gunakan bekas makanan yang mudah terbuka atau tidak boleh ditutup dengan rapat kerana ia boleh menjejaskan kualiti atau ‘jangka hayat’ makanan. Setiap kali selesai memasak, bersihkan dapur bagi mengelakkan kehadiran haiwan-haiwan perosak.

Selain itu, pastikan juga dapur anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Buka tingkap setiap hari untuk mengalirkan udara segar masuk dan udara pengap keluar dari dapur. 

Menjaga permukaan rak penyimpanan pinggan mangkuk juga jangan sesekali diabaikan. Ini bertujuan untuk meminimalkan gejala atau penyakit bawaan makanan. Gunakan cuka atau soda bikarbonat untuk membersihkan kuman-kuman yang tersembunyi di rak terbabit.  

Mengurangkan Risiko Cedera

Setiap tahun, kajian di Amerika Serikat menunjukkan lebih daripada seorang dari 4 orang dewasa yang berusia 65 tahun ke atas mengalami kecederaan akibat terjatuh. Malah, kemalangan ini juga menjadi salah satu penyebab utama kematian untuk kelompok lanjut usia. 

Dek itulah anda perlu ingat, rumah yang bersih membantu mencegah kecederaan seperti tersadung dengan barangan yang bersepah di lantai atau tergelincir di bilik air kerana lantai licin. 

Pastikan laluan-laluan utama dan tangga rumah bebas daripada sebarang halangan atau permainan anak-anak. Betulkan permaidani yang mungkin tergulung atau terlipat dan bersihkan lantai dapur dan bilik air jika ia licin. – Getaran, 23 April 2024

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN