Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Elak Buat 4 Perkara Ini Dalam Perhubungan

Refleksi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 4:45PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bahagia dalam perhubungan tidak hadir secara tiba-tiba dan tidak akan kekal berterusan. Mungkin di beberapa pertemuan pertama, tercetusnya magis perasaan dan pasangan diselubungi perasaan berbunga-bunga untuk satu jangkamasa.

Namun, untuk mewujudkan perhubungan yang Bahagia dan tidak berantakan dalam jangka masa panjang, perhubungan perlu dijaga dengan baik kerana jika tidak, risiko untuk hubungan disabotaj dari dalam itu amatlah tinggi.

Kajian mendapati faktor utama yang menyumbang kepada rosaknya perhubungan adalah kegagalan komunikasi.

Empat perkara ini perlu dielak dalam komunikasi dengan pasangan kerana ianya toksik dan merosakkan.

Penghinaan

Hina ini bukan sekadar kritikan atau menyatakan sesuatu yang negatif. Hina ini adalah tiada rasa hormat kepada pasangan! Pelbagai cara seseorang itu boleh menghina pasangannya. Antaranya dengan cara mengata, menunjukkan memek muka dan merendah-rendahkan.

Dengan melakukan penghinaan kepada pasangannya, seseorang itu merasakan yang dialah yang lebih bijak, lebih baik perangainya, moralnya, lantas dia ‘layak’ untuk merendah-rendahkan pasangannya.

Contoh, apabila seseorang berkata, ‘perut awak dah macam orang mengandung 3 bulan. Buruk!’ atau ‘You bodoh ke tak tahu pasal benda mudah camni?’ atau 'Ini pun nak kena ajar ke?'

Kata- kata penghinaan yang berat ini akan membuatkan pasangan rasa tidak layak untuk dicintai, dihargai dan disayangi.

Penghinaan ini juga boleh berlaku apabila pasangan sentiasa ‘memotong cakap’ ketika pasangannya sedang berbicara.

Bukan sekadar ‘potong cakap’ tetapi seseorang merendah-rendahkan pasangannya di hadapan khalayak dengan sewenang-wenangnya. 

Kadang-kadang penghinaan ini diungkapkan dalam bentuk jenaka tetapi jenaka yang tajam dan menghiris hati pasangan.

Kritikan

Kritikan berlainan daripada penghinaan. Kritikan lebih kepada menyerang watak pasangan. Ada sahaja yang tidak betul dengan peribadi pasangan.

Sebagai contoh, apabila berlakunya sesuatu pertelingkahan atau perselisihan faham, pasangan akan mengeluarkan tohmahan seperti ini, “Awak ni tak pernah dengar apa yang saya cakap!’ ‘Awak ni memang selfish!’ ‘Awak ni memang tak guna!’

Serangan ke atas karakter ini menghancurkan hati pasangan dan apabila dilakukan dengan kerap tentu sahaja akan merosakkan perhubungan.

Tohmahan yang menggunakan serangan karakter seperti, pengecut, bacul, pemalas, curang, dan sebagainya memang menyakitkan hati dan mampu mengganggu gugat perhubungan.

Terlalu Mempertahankan Diri

Apabila terdapatnya luahan perasaan, keluhan atau serangan dari pasangan, seseorang segera membina ‘dinding’ dan bersedia untuk mempertahankan diri walaupun tidak perlu.

Selalunya pasangan sebegini tidak memilih untuk mendengar luahan dan kebimbangan pasangannya, sebaliknya dia akan cepat-cepat mencari alasan, mengalihkan kesalahan atau memilih untuk menyerang balas.

Sikap defensif ini boleh meningkatkan konflik dan bukannya menyelesaikan masalah. Contohnya apabila isteri berkongsi kepenatan menguruskan rumahtangga seharian, suami akan membalas, ‘you ingat you sorang ke penat? I ni kat pejabat pun banyak benda yang perlu diurus, pening kepala nak fikir duit lagi, you duduk rumah je pun mengadu penat!’

Sebenarnya si isteri hanyalah mengadu kepenatan dia sahaja tetapi kerana reaksi suami, isteri akan menjeruk rasa, membuatkan perhubungan menjadi hambar dan terkesan.

Tidak Melayan

Bahasa Inggerisnya dipanggil stonewalling. Ini berlaku apabila seorang pasangan menarik diri daripada perbualan atau komunikasi untuk mengelakkan konflik atau penglibatan emosi seperti meninggalkan pasangan sendirian dengan berlalu pergi atau tidak membalas apa-apa jenis komunikasi pun daripada pasangannya.

Panggilan tidak berjawab, mesej diabaikan, tiada komunikasi dalam rumah yang dilayan, pandangan juga tidak diberikan.

Ini akan menyebabkan pasangan rasa dirinya ditolak, tidak diendahkan dan tentu sahaja akan merosakkan emosi. Apabila stonewalling terjadi, prestasi kerja dan juga perhubungan akan dikompromi.

Di antara empat kegagalan komunikasi yang disenaraikan, penghinaan adalah faktor paling memusnahkan perhubungan. Di manakah bukti cinta jika kata-kata sentiasa disulam nista dan hina.

Sabar itu dituntut dalam perhubungan dan salah satu cabang sabar adalah sabar dalam pertuturan. Elakkan empat sikap di atas untuk hubungan yang lebih baik, bermakna dan berpanjangan. – 24 Januari 2024

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

oleh Rahayu MN

Jelajah 13 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran