Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Pendapat ini agak mengejutkan kerana selama ini kita tidak menyedari bahawa perbuatan ini adalah haram

Refleksi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 1:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini terdapat laporan media yang menjelaskan hukum menjadikan patung seperti teddy bear sebagai bantal peluk adalah haram. Pendapat ini disuarakan oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), di mana beliau meminta supaya ibu bapa atau penjaga berhati-hati supaya tidak membiarkan anak-anak tidur dengan patung permainan. 

“Sekarang ini ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.

“Pasal apa anak-anak dara kita umur 18 ke 20, awek-awek tidur letak patung bear lah, adudu lah atas kepala. Sebab mereka tengok daripada artis-artis, ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung hukumnya haram,” katanya pada satu sesi ceramah sebelum ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh UAI ini membuatkan Getaran terpanggil untuk mencari penjelasan lanjut kerana ia agak mengelirukan kerana selama ini kita maklum bahawa perbuatan ini bukanlah sesuatu yang haram.

Hasil daripada rujukan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), kami mendapat satu huraian panjang mengenai perbuatan memeluk patung minion dan teddy bear ketika tidur.

Menerusi perkongsian itu, PJWP terlebih dahulu berkongsi sabda Rasulullah SAW, 

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya : “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” - [HR al-Bukhari (3225), Muslim (2106) dan al-Tirmizi (2804)]

Al-Mubarakfuri mengatakan Malaikat yang dimaksudkan tidak akan masuk ialah malaikat Rahmah, bukan malaikat Hafazah (yang sentiasa bersama manusia dan mencatat perilakunya) dan bukan juga Malaikat Maut (yang mencabut nyawa). Manakala ungkapan ‘gambar yang menyerupai’ di dalam hadis tersebut pula bermaksud gambar (berbentuk) manusia dan binatang. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/72)

Selain itu, turut dijelaskan sebab-sebab mengapa umat Islam dilarang menyimpan gambar patung (makhluk bernyawa). Jelas artikel ini, Imam al-Nawawi ada menyebut tentang larangan ini, di mana ia menjelaskan para ulama mengatakan antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa). 

Ini disebabkan perbuatan meletakkan gambar itu merupakan maksiat amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT dan sebahagian daripada gambar-gambar tersebut ada yang dijadikan sembahan.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 14/84).

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga menyebut bahawa terdapat kisah Nabi SAW masuk ke dalam Kaabah dan bersolat di dalamnya serta Baginda SAW tidak mahu masuk ke dalamnya melainkan setelah dikeluarkan kesemua gambar di dalamnya.  Kemudian, beliau mengulas kisah tersebut dengan menyebut :

فَفِيهِ دَلِيلٌ عَلَى كَرَاهَةِ الصَّلَاةِ فِي الْمَكَانِ الْمُصَوَّرِ، وَهَذَا أَحَقُّ بِالْكَرَاهَةِ مِنَ الصَّلَاةِ فِي الْحَمَّامِ؛ لِأَنَّ كَرَاهَةَ الصَّلَاةِ فِي الْحَمَّامِ، إِمَّا لِكَوْنِهِ مَظِنَّةَ النَّجَاسَةِ، وَإِمَّا لِكَوْنِهِ بَيْتَ الشَّيْطَانِ، وَهُوَ الصَّحِيحُ، وَأَمَّا مَحَلُّ الصُّوَرِ فَمَظِنَّةُ الشِّرْكِ غَالِبُ شِرْكِ الْأُمَمِ كَانَ مِنْ جِهَةِ الصُّوَرِ وَالْقُبُورِ

Maksudnya : “Ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa hukumnya adalah makruh bersolat di tempat yang bergambar, dan perkara ini lebih makruh lagi berbanding bersolat di dalam bilik mandi kerana solat di dalam bilik mandi (adalah makruh) sama ada disebabkan berkemungkinan terdapatnya najis atau kerana ia merupakan rumah syaitan. 

Maka, kita dapat fahami bahawa larangan kepada patung atau gambar-gambar (lukisan) makhluk bernyawa adalah kerana ia menyerupai ciptaan Allah dan dikhuatiri benda-benda tersebut akan diagungkan atau disucikan atau terlalu dihormati sehingga akhirnya membawa kepada kesyirikkan dan penyembahan.

Berbalik kepada patung yang dijadikan bantal peluk semasa tidur, terdapat riwayat daripada Aisyah R.Anha, katanya :

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي

Maksudnya : “Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.” [HR al-Bukhari (6130)]

Ibnu Hajar al-Asqalani berkata : “Para ulama berdalilkan dengan hadis ini akan bolehnya patung boneka berupa perempuan dan bolehnya mainan untuk anak perempuan. Hadis ini adalah pengecualian dari keumuman hadis yang melarang daripada mencipta sesuatu yang menandingi dengan ciptaan Allah. Kebolehan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau berkata bahawa inilah pendapat majoriti ulama.” [Lihat : Fath al-Bari (10/527)]

Oleh itu, seandainya patung tersebut dijadikan sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus. Hal ini kerana patung permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang disembah atau dimuliakan.

PMWP juga menyimpulkan bahawa perbuatan menjadikan teddy bear, patung minion dan yang seumpamanya adalah dibolehkan selagi mana patung tersebut tidak diletakkan di tempat yang mulia, tidak disucikan (taqdis), dihormati atau bertujuan untuk disembah atau dipuja. 

Akan tetapi sekiranya patung berkenaan digunakan sebagai bahan pujaan, atau diletakkan di tempat yang dihormati sehingga membawa kepada penyucian, maka jelas perkara tersebut haram dan dilarang sama sekali.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga mengesyorkan (sekiranya boleh) supaya dielakkan penggunaan teddy bear, minion dan lain-lain sebagai bantal, agar kita tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya. 

Untuk huraian penuh, anda boleh ikuti link ini. - Getaran, 11 Januari 2024

Foto : https://www.pexels.com/

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 8 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN