Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tinggal Solat Jumaat 3 Kali, Apakah Wajib Solat Taubat?

Menjawab dilema terpaksa rela meninggalkan Solat Jumaat berturut-turut di zaman pandemik, adakah perlu memohon taubat kepada Yang Maha Esa?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 8:46AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Situasi wabak COVID-19 yang semakin membarah dengan angka kes jangkitan harian melebihi tujuh ribu sehari, memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3 yang mula berkuatkuasa 25 Mei 2021. 

Demikian itu, para lelaki *mukallaf berada dalam keadaan dilema dan tertanya-tanya kerana ketidakhadiran mereka mengerjakan Solat Jumaat selama tiga kali secara berturut-turut kerana harus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. 

Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memetik firman Allah SWT telah menetapkan tentang kewajipan solat Jumaat ke atas lelaki yang mukallaf di dalam al-Quran. 

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

 (Surah al-Jumu’ah: 9)

Begitu juga, Rasullullah SAW memberi ancaman kepada mereka yang meninggalkan Solat Jumaat secara sengaja dan mengambil mudah tentang kewajipannya, maka Allah SWT akan mengunci mati hatinya. 

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang meninggalkan tiga kali Solat Jumaat kerana mengambil ringan akannya, nescaya Allah SWT akan mengunci mati hatinya.

 Riwayat Abu Daud (1052) dan al-Nasa’ie (1369)

Persoalannya, adakah golongan lelaki mukallaf masih wajib mengerjakan Solat Jumaat di suasana COVID-19 ini? Apatah lagi mereka yang sudah lebih tiga kali berturut-turut meninggalkannya? Adakah wajib melakukan Solat Taubat ke atasnya? Bagi menghindari terkunci hati mereka seperti sabda Rasullulah SAW dalam hadis di atas?

Menurut penjelasan saudara Wan Ahmad Naqiuddin dari meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan berkaitan hadis ini, bahawa ancaman itu merujuk kepada mereka yang meninggalkan Solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan di sisi syarak.

Jika sekiranya seseorang itu meninggalkannya (walau sebanyak tiga kali berturut-turut) disebabkan keuzuran yang dibenarkan syarak, maka dia tidak termasuk dalam ancaman tersebut. 

Dalam hal ini, jika lelaki mukalaff itu meninggalkan Solat Jumaat disebabkan kerana khuatir menularnya wabak serta mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, maka dia tidak berdosa. 

Wan Ahmad menjelaskan, kewajipan untuk bertaubat adalah kepada hamba Allah yang sengaja melakukan dosa, sama ada melakukan maksiat atau meninggalkan kewajipan. Imam al-Nawawi menyatakan dalam kitab al-Salihin bahawa:

ويجِبُ أنْ يَتُوبَ مِنْ جميعِ الذُّنُوبِ، فَإِنْ تَابَ مِنْ بَعْضِها صَحَّتْ تَوْبَتُهُ عِنْدَ أهْلِ الحَقِّ مِنْ ذلِكَ الذَّنْبِ وبَقِيَ عَلَيهِ البَاقي. وَقَدْ تَظَاهَرَتْ دَلائِلُ الكتَابِ والسُّنَّةِ، وإجْمَاعِ الأُمَّةِ عَلَى وُجوبِ التَّوبةِ.

Maksudnya: Wajib untuk bertaubat ke atas semua dosa-dosa, jika sekiranya seseorang itu bertaubat ke atas sebahagian sahaja daripada dosa-dosanya, maka taubat itu sah bagi dosa-dosa tersebut di sisi para ulama. Oleh itu, masih berbaki lagi dosa-dosa yang belum dia bertaubat. Terdapat banyak dalil-dalil al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulama berkaitan kewajipan bertaubat. 

Riyadh al-Salihin Min Kalam Sayyid al-Mursalin: 17

Justeru, tidak wajib keatasnya untuk bertaubat dan melakukan Solat Taubat atas perkara tersebut kerana ia bukanlah satu dosa yang memerlukan taubat.

Namun digalakkan buat mereka untuk memperbanyakkan beristighfar pada setiap masa kerana Rasullulah SAW sendiri beristighfar sebanyak 100 kali walaupun baginda seorang yang maksum. 

Wan Ahmad menambah, kendatipun begitu seorang lelaki yang mukalaff itu hendaklah berusaha dengan sebaiknya untuk mendapatkan tempat jika dibenarkan Solat Jumaat di masjid dengan kuota yang ditentukan.

Antara usaha yang perlu dilakukan ialah seperti mengisi borang (luar atau dalam talian) yang disediakan pihak pengurusan masjid. Datang awal sekiranya perlu. 

Ia memberi gambaran jelas bahawa golongan lelaki yang mukallaf tidak boleh mengambil ringan tentang kewajipan Solat Jumaat meskipun berada dalam suasana COVID-19.

Imam Badruddin al-Aini menjelaskan maksud lafaz تَهَاوُنًا (mengambil ringan) sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’ie di atas, kata beliau:

قوله: "تهاونا بها" أي: كسلاً واستهتارا بها

Maksudnya: (Maksud) sabda Rasulullah SAW “mengambil ringan akannya” (kewajipan Solat Jumaat) ialah meninggalkannya kerana bermalasan dan tidak peduli tentangnya. 

(Rujuk Syarah Sunan Abi Daud, 4:372)

 

KESIMPULAN

Dapatlah difahami melalui perbahasan saudara Wan Ahmad bahawa perlulah ada usaha dan kesungguhan untuk melakukan Solat Jumaat di masjid supaya tidak timbul perasaan tidak mengambil berat, rasa bermalas-malasan serta tidak mempedulikan kewajipan Solat Jumaat walaupun kita semua berada dalam situasi wabak COVID-19.

Namun, golongan lelaki mukallaf tidak diwajibkan bertaubat atau mengerjakan Solat Taubat kerana meninggalkan Solat Jumaat tiga kali berturut-turut kerana mematuhi arahan kerajaan dan menjaga diri daripada terjangkiti wabak COVID-19.

Hal ini kerana ia termasuk dalam keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Maka ia bukanlah suatu dosa yang memerlukan taubat. – Getaran, 28 Mei 2021

(Mukallaf bermaksud orang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum agama serta menjauhi larangan-Nya atas dasar sudah mencapai usia dewasa, akil baligh dan mempunyai akal serta sampai seruan syariat Islam terhadapnya). 

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 5 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran