web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#CLEARHeadProject Bootcamp, Bantu Belia Malaysia Tangani Kegelisahan Prestasi Media Sosial

CLEAR mempelawa 20 pencipta konten watan untuk menguatkan jati diri menerusi ‘kem latihan’ di sebalik perluasan gejala pembulian siber.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 1:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Generasi Z yang dilahirkan dalam era digital yang memberi akses tanpa had ke atas media sosial dikesan berhadapan dengan tekanan dari pelbagai arah termasuk memenuhi piawaian kecantikan dan gaya hidup.

Ditambah pula dengan gejala pembulian siber yang semakin berleluasa, dengan Malaysia menduduki tangga kedua teratas di benua Asia untuk buli dalam talian melibatkan belia, ramai golongan muda ketika ini yang dibelenggu dengan masalah kegelisahan atau ‘anxiety’.

Laporan yang dikeluarkan oleh CLEAR bertajuk ‘CLEAR HEAD Project Report 2023’ mendapati bahawa separuh daripada golongan muda yang ditinjau bimbang mereka akan dinilai dan dihakimi di media sosial.

Tekanan untuk mempamerkan imej yang sempurna mencegah mereka daripada berkongsi kandungan yang mencerminkan diri mereka yang sebenar.

Justeru individu-individu ini hanya mempamerkan sudut kehidupan dan personaliti mereka yang indah-indah sahaja, membina satu persepsi yang sama sekali tidak menepati jati diri mereka.

Ini telah menjadi sebab yang paling utama mengapa golongan belia kini enggan menonjolkan imej sendiri atau terpaksa berfikir dua kali sebelum membuat hantaran ke akaun media sosial mereka.

Menerusi kajian itu, CLEAR telah mengenal pasti dan memberi nama kepada situasi berkenaan, iaitu performance anxiety (kegelisahan prestasi) iaitu satu bentuk kegelisahan sosial yang dipercayai memberi kesan ke atas lebih daripada 70 peratus populasi yang dikaji.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa golongan belia antara yang mengalami kegelisahan prestasi, tiga daripada empat responden mempunyai tahap efikasi kendiri yang rendah dan mereka yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi adalah tiga kali ganda kurang cenderung mengalami kegelisahan prestasi.

Menyedari itu, CLEAR mengambil inisiatif untuk memupuk dan meninggikan efikasi kendiri belia serta mengasah kemahiran hidup mereka bagi menangani masalah kegelisahan prestasi, terutamanya dalam kalangan mereka yang bergelar pencipta kandungan.

Menerusi kerjasama dengan Resilience Research Centre, sebuah institusi yang berpangkalan di Kanada, CLEAR hadir dengan #CLEARHeadProject, sebuah inisiatif yang dirumus untuk memperkasa dan melengkapi golongan pencipta kandungan muda yang beraspirasi, mereka yang mengalami kesan dan tekanan dari sudut sosial, iaitu dengan efikasi kendiri yang diperlukan untuk berjaya dalam arena ini.

#CLEARHeadProject Bootcamp Hadir buat Julung Kali di Malaysia Bersama Watsons Malaysia

CLEAR akan menganjurkan #CLEARHeadProject Bootcamp di Malaysia bersama Watsons Malaysia pada 18 November hadapan bagi membantu pencipta kandungan yang beraspirasi membina keyakinan diri serta mengekspresi diri tanpa ragu-ragu.

Disasarkan kepada golongan belia Malaysia dari usia 18 hingga 25 tahun, #CLEARHeadProject Bootcamp menawarkan bimbingan dan sokongan pakar, perkongsian pencipta kandungan terkemuka serta membina kemahiran.

Melalui bimbingan dan sokongan pakar, peserta akan diberikan panduan mengenai kegelisahan prestasi dan pengurusan emosi daripada pakar bidang kesihatan mental untuk merungkai kebolehan mereka berpandukan sebuah kurikulum yang berasas.

Perkongsian daripada pencipta kandungan terkemuka pula membolehkan peserta mendengar pandangan nama-nama terkemuka di Malaysia, iaitu Ting Shi Qi (Qiwiie), Maggy Wang (themaggywang), Gajen Chandra (Gajussy) dan Eliyshia Abegail (Abby).

Mereka akan berkongsi bagaimana menggunakan efikasi kendiri apabila berhadapan dengan persepsi orang ramai dan meningkatkan keyakinan mereka sebagai seorang pencipta kandungan.

Peserta juga akan diberi pendedahan bagaimana membina kandungan yang asli menerusi segmen bimbingan khas.

Sementara itu, Ketua Unit Perniagaan Kecantikan dan Kesejahteraan, Malaysia & Singapore, CLEAR, Natalie Goh, mengalu-alukan penyertaan mereka yang mengalami kegelisahan untuk menonjolkan diri mereka termasuk melalui media sosial.

“Program #CLEARHeadProject berhasrat untuk membantu peserta meningkatkan kesedaran mengenai pemikiran dan emosi mereka, serta berasa lebih yakin untuk mengatasi kegelisahan prestasi dengan mengenal pasti dan mengurusnya berbekalkan kemahiran yang telah ditimba.

“Kami ingin melengkapi golongan belia dengan panduan bagaimana mereka dapat membina keyakinan diri untuk bangkit menghadapi cabaran kehidupan, lalu merebut peluang yang ada di depan mata dengan keberanian dan minda yang jelas,” katanya.

Pendaftaran bagi program ini telah dibuka sekarang dan akan ditutup pada 7 November 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai #CLEARHeadProject dan urusan pendaftaran, sila layari https://www.ulmysg.com/my/clearheadproject/. – Getaran, 2 November 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia