Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rampas Suami Orang Lain Kesalahan Jenayah Syariah

Mencintai suami orang lain dalam Islam bererti melakukan zina mata dan hati. Ini kerana perempuan terbabit tidak mampu menundukkan pandangannya terhadap hal yang diharamkan baginya dan tidak dapat mengendalikan hatinya.

Refleksi Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 1:45PM

Wanita yang dicurangi suami boleh menggunakan peruntukan undang-undang untuk melindungi haknya. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kebelakangan ini, bukan sekali dua kisah perbuatan merampas suami orang tular di sosial media. 

Wanita yang merampas itu, kebanyakannya bukanlah tidak punya paras rupa, tetapi masih menjadi ‘mangsa’  suami yang menggunakan pelbagai alasan untuk menjalinkan hubungan dengan wanita lain. 

Malah, ada antara suami ini sanggup memadukan isteri pertama.

Memang benar Islam tidak melarang poligami, tetapi sebenarnya ada banyak syarat yang perlu dipenuhi sebelum akad dilafazkan.

Persoalannya, mengapa ada wanita yang menagih kasih suami orang? 

Tidakkah mereka punya hati dan perasaan sehingga sanggup menghancurkan perasaan wanita lain dan apakah hukumnya?

Islam sebenarnya tidak pernah melarang lelaki dan perempuan untuk saling mencintai. Ini kerana cinta adalah fitrah yang datang dengan sendirinya tanpa perlu dicari. 

Cinta yang ikhlas kerana Allah juga akan mendapat darjat yang mulia di sini-Nya.

Namun, apabila seseorang itu berusaha mengganggu atau merebut pasangan daripada sebuah keluarga atau sudah menjadi milik orang orang lain, ia sama sahaja seperti mengambil sesuatu yang bukan milik kita.

Ia juga tidak termasuk dalam pengertian pergaulan dalam Islam kerana ia pasti membawa kesedihan kepada keluarga terbabit. 

Mencintai suami orang lain dalam Islam bermaksud melakukan zina mata dan hati. 

Ini kerana wanita terbabit tidak mampu menundukkan pandangannya terhadap hal yang diharamkan baginya dan tidak dapat mengendalikan hatinya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Mata itu berzina, hati juga berzina. Zina mata adalah dengan melihat (yang diharamkan), zina hati adalah dengan membayangkan (pemicu syahwat yang terlarang). Sementara kemaluan membenarkan atau mendustakan semua itu." (HR. Ahmad)

Perbuatan merosakkan hubungan halal suami isteri adalah diharamkan dan dikategorikan sebagai dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa menipu dan merosakkan (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah bahagian daripada kami. Dan barang siapa merosakkan (hubungan) seorang wanita daripada suaminya, maka ia bukanlah sebahagian daripada kami.”

Kesalahan Jenayah Syariah

Isteri yang telah diganggu oleh pihak ketiga sebenarnya mempunyai ‘senjata’ untuk melindungi perkahwinannya. 

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menjadi satu ‘pendinding’ yang boleh diambil oleh isteri seandainya beliau dapat menghidu sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dalam perkahwinannya.

Tiga peruntukan utama bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) ialah:

1.Seksyen 36 - Memujuk lari perempuan bersuami; mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan bolehkesalahan, seseorang suatu kesalahan. 

Apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih dari tiga tahun, atau kedua-duanya, dan isteri itu diarah kembali kepada suami.

2. Seksyen 37- Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri; mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan bersalah, boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000, atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

3. Seksyen 38 - Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan (orang ketiga lelaki atau orang ketiga perempuan), mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000, atau dipenjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. - Getaran, 22 September 2023

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 15 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN