web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 8:00AM

Tengku Hayati Akmal Tengku Hitam tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap hidangan pembuka selera itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Memasuki bulan Ramadan, pengusaha acar ikan kering Tengku Hayati Akmal Tengku Hitam tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap hidangan pembuka selera dan pelengkap hidangan utama ketika berbuka puasa dan bersahur.

Pesara kerajaan berusia 65 tahun itu berkata acar ikan kering yang dihasilkannya mempunyai gabungan rasa masam, manis, masin dan pedas ditambah dengan bawang  jeruk yang rangup.

"Bahan yang digunakan untuk penyediaan adalah ikan kering jenis cencaru, cuka, cili dan lada, halia dan bawang merah halus. 

"Rasa ini yang membuatkan ia tidak mudah muak bahkan selalunya akan menambahkan lagi selera makan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Wangi, di sini. 

Bercerita mengenai rahsia resipi acar ikan kering yang dihasilkannnya, Tengku Hayati yang mesra disapa Mokku Yati berkata bawang merah Thailand merupakan bahan paling penting dalam menu itu.

"Namun begitu bawang merah Thailand semakin sukar didapati semenjak tiga tahun lalu. 

“Saya pernah terpaksa menolak dan membatalkan tempahan di saat akhir kerana ketiadaan bekalan bawang ini walaupun telah berulang-alik ke Kota Bharu semata-mata untuk mendapatkan bawang jenis itu namun bekalan tetap tiada,” katanya yang sudah enam tahun menjual acar ikan kering.

Ditanya mengenai pelanggan acar ikan kering itu, Mokku Yati berkata dia mempunyai pelanggan setia dari Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Singapura.

“Saya mempunyai pelanggan dari Singapura yang sanggup membayar kos penghantaran yang mahal dan beliau akan meminta saya membuat dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok makanannya di sana," katanya.

Tambah beliau, pendapatan yang diperoleh bergantung kepada bilangan tempahan yang diterima malah menjadi lebih tinggi ketika musim kenduri dan bulan Ramadan. 

“Saya jual pada harga RM12 sebekas seberat 200 gram. Pendapatan yang saya peroleh dalam sebulan tidak menentu memandangkan penghasilan acar ini dapat dibuat mengikut bekalan bawang merah.

“Selain dihidang sebagai lauk tambahan dalam majlis, acar ini juga dijadikan hamper dan sagu hati,” katanya yang pernah menghasilkan sehingga 400 bekas acar setiap bulan. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan