web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanagalingam Bangga Wakili Masyarakat Chetti Baca Ikrar Rukun Negara

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 10:16AM

S. Kanagalingam menyediakan pakaian tradisional Chetti sebagai persediaan sempena malam pembacaan ikrar sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 ketika ditemui di Kampung Chetti, Gajah Berang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Terpilih sebagai seorang daripada wakil setiap etnik dan kaum di Melaka untuk membacakan ikrar Rukun Negara pada sambutan Hari Malaysia 2022 di sini Jumaat ini merupakan sesuatu yang tidak dijangka buat S.Kanagalingam, 58.

Mesra disapa Pillay, Kanagalingam yang mewakili masyarakat Chetti berkata beliau bangga dan bersemangat melakukan persiapan untuk bacaan ikrar di hadapan tetamu kehormat dan orang ramai pada majlis di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan itu.

"Membaca ikrar sudah sebati dengan jiwa kerana sudah baca dari zaman sekolah tetapi kali ini amat istimewa sebab saya mewakili masyarakat Chetti.

"Sudah pasti saya akan memakai pakaian tradisional Chetti iaitu berkain pelekat, baju Melayu labuh dengan butang lima dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun bilangan masyarakat Chetti lebih kecil berbanding Baba dan Nyonya atau Portugis, ia tidak menghalang masyarakat itu yang menetap di Kampung Gajah Berang di sini bersama-sama seluruh masyarakat berjuang mengekalkan keharmonian negara.

"Kami (generasi lama) boleh bergurau kasar dengan kaum lain dan semua orang tahu bagaimana kasarnya gurauan orang Melaka namun ia tidak pernah menimbulkan rasa marah atau dendam.

"Itulah indahnya bila kita hidup saling kenal dan fahami masyarakat lain dan saya sangat berharap generasi muda terus bersatu padu," katanya. 

Sementara itu, Naib Presiden 1 Persatuan Peranakan Cina Melaka (PPCM) Baba Daniel Ang Yam Seng, menyifatkan pemilihan wakil daripada setiap etnik dan kaum bagi pembacaan ikrar adalah simbolik betapa eratnya hubungan kaum sejak sekian lama sekali gus membuktikan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana etnik minoriti.

“Ini penting dalam memastikan generasi muda memahami dan menghargai etnik yang ada di Malaysia dan bagi kerajaan pula, lebih banyak inisiatif perlu dilakukan bagi memastikan etnik minoriti ini tidak pupus," katanya dan menambah PPCM mempunyai lebih 800 ahli berketurunan Baba Nyonya.

Mengenai sambutan Hari Malaysia 2022 yang menampilkan tema busana era 50-an dan 60-an atau pakaian tradisi kaum masing-masing, Baba Ang, 52 yang merupakan generasi ketujuh Baba Nyonya berkata ia inisiatif terbaik bagi menghidupkan semula budaya dan warisan etnik yang semakin hilang.

"Macam pakai kebaya nyonya, cara pemakaian orang dahulu dan sekarang terutama dari aspek aksesori tidak sama. Begitu juga dengan kain sarung yang cara ikatannya sangat berseni.

"Jadi idea kembalikan zaman lama ini sangat sesuai bukan saja generasi muda memahaminya tetapi juga semua masyarakat kenal seni dan warisan setiap etnik," katanya sambil berharap Keluarga Malaysia mengambil peluang meraikan Hari Malaysia bagi mengukuh ikatan perpaduan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden