web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Nurul Iman Jadi Perintis Rumah Ibadat Hijau Di Nibong Tebal

Antara aktiviti yang dijalankan oleh masjid tersebut sebagai Rumah Ibadat Hijau adalah audit awalan bagi mengenal pasti tahap penggunaan tenaga dan air dan penetapan ukuran asas.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 8:13PM

Masjid Nurul Iman Pulau Pinang dipilih dalam program Transformasi Rumah Ibadat Hijau dan Kesedaran baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid Nurul Iman di Nibong Tebal dipilih sebagai projek perintis Rumah Ibadat Hijau (RIH) sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya ‘gaya hidup hijau’ dalam kalangan kariah.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman berkata transformasi masjid itu kepada RIH merupakan hasil kesinambungan kejayaan inisiatif kerajaan bertujuan menjadikannya sebagai projek perintis bagi Parlimen Nibong Tebal sekali gus sebagai rujukan kepada seluruh negeri.

"Program RIH ini bertujuan untuk mentransformasikan atau menjadikan rumah ibadat kepada rumah ibadat hijau… bermula dengan 12 projek rintis di bawah KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air), program RIH telah menarik perhatian Jabatan Agama negeri dan agensi lain untuk dilaksanakan seperti di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor. 

"Saya mengambil inisiatif untuk menggalakkan dan syorkan setiap Parlimen di Malaysia mempunyai satu projek rintis di bawah program ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran RIH dan Program Kelestarian Alam Sekitar di sini hari ini.

Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata antara aktiviti yang dijalankan oleh masjid tersebut sebagai RIH adalah audit awalan bagi mengenal pasti tahap penggunaan tenaga dan air dan penetapan ukuran asas, program kesedaran kepada ahli jawatankuasa masjid dan komuniti setempat, pelaksanaan inisiatif hijau dan rendah karbon seperti penukaran lampu cekap tenaga, pili cekap air, kebun komuniti dan program kitar semula.

Beliau berkata ini secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar bagi kepentingan generasi akan datang. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Kahfbro Lancar Larian Komuniti Untuk Mempromosikan Gaya Hidup Sihat

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bunuh Diri Meningkat 81 Peratus, Pelbagai Faktor Jadi Penyumbang

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Apa Ada Di Butik Konsep Komuniti Oleh Nike?

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Dolla Muncul Dalam Permainan Berbentuk Aksi Perlawanan Tersohor, Garena

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN