web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaki Kinabalu OKU Challenge 2022 Berjaya Tawan Puncak Kinabalu

Peserta ekspedisi anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu tiba di puncak gunung setinggi 4,095 meter itu antara jam 5.45 pagi hingga 6.30 pagi secara bergilir.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 10:03AM

Enam pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyertai ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 ketika tiba di Taman Kinabalu sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 22 peserta termasuk enam pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) bagi Ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu awal pagi semalam sempena hari Kebangsaan 2022.

Peserta ekspedisi anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu tiba di puncak gunung  setinggi 4,095 meter itu antara jam 5.45 pagi hingga 6.30 pagi secara bergilir dan mengakhiri pendakian mereka di Timpohon Gate antara jam 4.30 petang hingga 7 malam semalam.

Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan, yang mengetuai ekspedisi itu, berkata pendakian Gunung Kinabalu bermula pagi semalam itu  amat mencabar bagi orang biasa justeru keupayaan enam pendaki OKU menyempurnakan pendakian adalah sesuatu yang amat luar biasa.

“Malah ada peserta terjatuh dan mengalami luka-luka kecil tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan pendakian dan mencapai misi sampai ke puncak,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker, kira-kira 86 kilometer (km) dari Kota Kinabalu dan pendakian ke puncak gunung itu adalah sejauh 8.7km.

Sementara itu, pendaki OKU penglihatan, Ahmad Danial Mohd Sani, berkata peluang untuk menawan puncak Gunung Kinabalu merupakan kenikmatan yang diberikan Allah.

“Sebenarnya nikmat ini tidak pernah saya idamkan selama ini, pertama kali sampai menikmati keagungan ciptaan-Mu,” kata pelajar Sarjana Muda Imu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) UIAM.

Beliau dalam nada sebak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan ekspedisi yang membantunya menjayakan misi pendakian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dulu Gempa Bumi, Sekarang Lereng Pulak Runtuh!

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari