Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mata Malas Atau Ambliopia: Cara Kenal Pasti Dan Mengapa Ia Perlu Dirawat Dari Awal

Ambliopia boleh berlaku sejak lahir atau dari saat kanak-kanak mula menggunakan mata mereka. Ia berlaku kerana terdapat halangan penglihatan dan perkembangan abnormal pada laluan mata ke otak.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 6:03PM

Petanda ambliopia yang paling mudah ialah juling, kelainan refraksi mata (refractive errors) seperti rabun dekat, rabun jauh atau silau dan kekaburan di bahagian mata. - Gambar dari Pusat Perubatan Sunway Velocity

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai  ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, pasti banyak kebimbangan yang perlu anda hadapi, terutamanya isu kesihatan. 

Salah satu masalah kesihatan kanak-kanak yang sering terlepas pandang ialah mata malas atau istilah kesihatannya ambliopia. Masalah kesihatan yang satu ini jika dikesan lebih awal dan menjalani rawatan yang sewajarnya, kanak-kanak boleh pulih. 

Ambliopia boleh berlaku sejak lahir atau dari saat kanak-kanak mula menggunakan mata mereka. Ia berlaku kerana terdapat halangan penglihatan dan perkembangan abnormal pada laluan mata ke otak.

Dr Fiona Chew Lee Min
Dr Fiona Chew Lee Min

Pakar Perunding Mata, Pakar Perunding Mata Kanak-kanak dan Pakar Bedah Strabismus, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Fiona Chew Lee Min berkongsi pengalaman beliau bahawa ia boleh menjadi satu cabaran untuk mendiagnosis ambliopia kerana kanak-kanak tidak pandai untuk mengadu tentang simptom yang dialami kerana mereka tidak tahu tentang penglihatan yang normal.

“Petanda yang menunjukkan seorang kanak-kanak itu mungkin mengalami ambliopia adalah kesukaran untuk melihat objek yang jauh, pergerakan mata abnormal, juling, postur kepala yang abnormal, kerap terjatuh atau terlanggar objek. 

“Juga mempunyai masalah penglihatan tiga dimensi seperti ketika turun tangga, menyelesaikan susun suai gambar, mengalami masalah tumbesaran yang lewat dan juga masalah berkaitan sukan atau kerja rumah,” jelasnya. 

Dr Lakana Kumar Thavaratnam
Dr Lakana Kumar Thavaratnam

Dalam pada itu, Pakar Perunding Mata dan Saraf Mata, Dr Lakana Kumar Thavaratnam pula menambah bahawa ambliopia boleh diwarisi bagi penyakit yang boleh menyebabkannya, seperti juling atau katarak. 

“Petanda ambliopia yang paling mudah untuk dilihat ibu bapa ialah juling, di mana mata menghala ke dua arah yang berbeza atau tidak bergerak dalam koordinasi yang betul, kelainan refraksi mata (refractive errors) seperti rabun dekat, rabun jauh atau silau dan kekaburan di bahagian mata yang selalunya jelas. 

“Sebahagian kanak-kanak lahir dengan katarak; kelopak mata jatuh (droopy eyes) atau lebih dikenali sebagai ptosis dan alergik konjunktivitis yang boleh mengakibatkan kerosakan di kornea mata dan seterusnya menyebabkan ambliopia jika tidak dirawat dari awal,” ujar beliau. 

Cara mendiagnosis ambliopia dan rawatannya

Menurut Dr Fiona, kanak-kanak kini boleh didiagnosis dengan ambliopia lebih awal kerana terdapat peningkatan program saringan penglihatan dan pemeriksaan mata di tadika serta sekolah, dan juga kerana terdapat peningkatan terhadap kesedaran mengenai kesihatan mata kanak-kanak. 

“Ambliopia boleh disahkan selepas pemeriksaan mata secara menyeluruh dilakukan pakar mata termasuk ujian ketajaman penglihatan, ujian refraksi, ujian ortoptik atau pemeriksaan juling dan pemeriksaan keluasan mata (dilated eye examination) untuk menentukan penyebab ambliopia,” katanya. 

Rawatan pula akan bergantung kepada penyebab ambliopia itu sendiri.  Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai kelainan refraksi mata (memerlukan mereka untuk memakai kaca mata), katarak, juling, kelopak mata jatuh dan masalah retina perlu dirawat dan selepas itu perkembangan visual mereka akan bertambah baik. 

Namun jika sebaliknya, pesakit mungkin perlu menjalani ‘penalisation treatment’ atau terapi dikoptik.

Bagi penalisation treatment, rawatan ini akan mengaburkan penglihatan pada mata yang tidak bermasalah dan memaksa otak untuk menggunakan mata malas tersebut melalui penutup mata, ubat titis mata atau kanta mata khas.

Terapi dikoptik pula melibatkan latihan tertentu atau permainan digital untuk meningkatkan perkembangan mata ke otak.

Kanak-kanak disarankan untuk menjalani pemeriksaan mata ketika berusia 6 bulan, 3 tahun, 6 tahun dan seterusnya setiap dua tahun.
Kanak-kanak disarankan untuk menjalani pemeriksaan mata ketika berusia 6 bulan, 3 tahun, 6 tahun dan seterusnya setiap dua tahun.

Berdasarkan pengalaman, Dr Fiona menekankan bahawa ambliopia boleh dipulihkan dengan syarat rawatan dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya membawa anak-anak untuk melakukan pemeriksaan mata secara berkala.

“Semakin muda seseorang kanak-kanak itu, semakin mudah otaknya menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan. Kanak-kanak disarankan untuk menjalani pemeriksaan mata ketika berusia 6 bulan, 3 tahun, semasa berumur 6 tahun dan seterusnya setiap dua tahun untuk mengenalpasti sebarang masalah mata,” ujar beliau. 

Perlu ditekankan bahawa ambliopia akan menjadi semakin parah dan berkemungkinan tidak dapat dipulihkan jika tiada rawatan diberikan. 

“Kadang-kala penglihatan kanak-kanak akan menjadi teruk sehingga menyebabkannya menjadi buta. Apabila seorang kanak-kanak itu menghidapi ambliopia, penjajaran mata akan menjadi tidak selari dan kanak-kanak tersebut mungkin menjadi juling,” tambah beliau. 

Dr Lakana turut bersetuju dan berkongsi bahawa ambliopia boleh dihindari daripada berlaku di kalangan kanak-kanak atau remaja jika ia dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

“Walaupun ambliopia boleh dipulihkan di kalangan orang dewasa, namun ia memerlukan motivasi dan komitmen yang tinggi kerana kebiasaannya ia mengambil masa yang lebih lama untuk dirawat berbanding kanak-kanak.”

“Ambliopia di kalangan orang dewasa dipanggil kecacatan penglihatan, dan ia boleh berlaku disebabkan kecederaan trauma dan komplikasi semasa kehamilan dan melahirkan bayi.

''Untuk kes sebegini, MRI otak dan orbit perlu dilakukan serta punca kepada kecacatan penglihatan tersebut perlu didiagnosis dan dirawat dengan terapi penglihatan.”

“Keupayaan untuk melihat berlaku semasa beberapa tahun terawal kehidupan, oleh itu adalah penting untuk mendiagnosis dan merawat ambliopia seawal mungkin,” rumus Dr Lakana.

Untuk khidmat nasihat lebih lanjut, anda boleh mengunjungi Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Anda juga boleh layari www.sunmedvelocity.com.my untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan hospital ini. - Getaran, 18 Ogos 2022

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY