Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


8 Tanda-tanda Tempat Kerja Toksik, Bertindak Sebelum Parah

Mereka yang terperangkap atau menjadi mangsa tempat kerja toksik selalunya akan menghadapi laluan yang cukup sukar untuk perkembangan karier. Lebih parah lagi mengundang masalah kesihatan yang menjurus kepada masalah depresi.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 2:00PM

Tempat kerja toksik adalah  istilah yang biasanya digunakan untuk menerangkan suasana tempat kerja, yang diselubungi konflik peribadi ketara antara mereka yang bekerja di sana. - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut Wikipedia, ‘tempat kerja toksik’ adalah  istilah yang biasanya digunakan untuk menerangkan suasana tempat kerja, biasanya persekitaran pejabat, yang diselubungi dengan konflik peribadi yang ketara antara mereka yang bekerja di sana. 

Konflik atau krisis sebegini selalunya boleh menjejaskan produktiviti. Tempat kerja toksik dianggap sering berlaku ekoran daripada majikan toksik dan/atau pekerja toksik yang didorong keuntungan peribadi (kuasa, wang, kemasyhuran atau status istimewa), menggunakan cara yang tidak beretika untuk memanipulasi dan mengganggu orang di sekeliling mereka secara psikologi, dan motifnya adalah untuk mengekalkan atau meraih kuasa, wang atau status istimewa serta mengalihkan perhatian daripada kekurangan prestasi dan salah laku mereka.

Mereka yang terperangkap atau menjadi mangsa tempat kerja toksik selalunya akan menghadapi laluan yang cukup sukar untuk perkembangan karier. Lebih parah lagi mengundang masalah kesihatan yang menjurus kepada masalah depresi. Jadi, tidak hairanlah mengapa kebanyakan mereka yang berhadapan dengan situasi ini, mengambil jalan untuk mengundurkan diri daripada terus-terusan menyeksa perasaan.

Adakah anda salah seorang daripada mangsa persekitaran kerja yang toksik? Tidak pasti? Berikut adalah lapan tanda-tanda tempat kerja toksik yang dikongsi Alisha Powell, pemegang PhD dalam bidang Psikologi Sosial, Walden University, Amerika Syarikat.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

1. Gangguan seksual

Membuat jenaka yang tidak sesuai, bercakap dalam sindiran lucah dan sentuhan yang tidak wajar, semuanya boleh dianggap sebagai gangguan seksual. Jangan sesekali memandang remeh atau mengabaikan sebarang kejadian gangguan seksual. Gangguan seksual boleh datang daripada penyelia, pelanggan, rakan sekerja dan pengurus. 

Sebarang gangguan yang mengganggu emosi dan fikiran harus dilaporkan kepada Jabatan Sumber Manusia anda atau terus laporkan kepada pihak berkuasa. Anda mungkin berasa malu atau rasa bersalah, tetapi ingat bahawa gangguan seksual bukanlah salah anda dan anda mempunyai hak untuk berada di tempat kerja yang bebas daripada gangguan.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

2. Ruang atau hak peribadi anda tidak dihormati

Keseimbangan kerja dan kehidupan (work life balance) yang sihat adalah penting. Jika anda telah menetapkan sempadan yang sihat antara kerja dan kehidupan peribadi, dan pada akhirnya mendapati bahawa rakan sekerja dan penyelia tidak menghormati hak anda, maka sudah tiba masanya untuk memikirkan langkah seterusnya. 

Contohnya, seperti menerima panggilan selepas waktu kerja, di minta bekerja di luar waktu berkerja tanpa notis awal, atau sentiasa dipanggil untuk menyelesaikan tugasan pada saat-saat akhir.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

3. Kekurangan input daripada pekerja

Mana-mana tempat kerja yang tidak meminta maklum balas daripada pekerja untuk perubahan polisi sebenarnya berisiko untuk menjadi tempat kerja toksik. Jika peratusan pekerja yang meletak jawatan adalah tinggi, ini adalah salah satu petunjuk bahawa keperluan pekerja tidak dihiraukan.

Sekiranya terdapat jurang yang ketara antara agenda pentadbiran dan tanggungjawab tugasan pekerja, suasana bekerja boleh menjadi toksik dengan cepat. Perasaan bahawa cadangan dan idea anda tidak pernah didengari, atau dilaksanakan boleh menjadi petunjuk bahawa tempat kerja anda benar-benar tidak berminat dengan perkembangan kerjaya anda. Lebih parah, anda mungkin mempunyai bos yang narsistik atau pembuli. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

4. Ekspektasi yang tidak realistik

Semua pekerjaan mempunyai tanggungjawab dan jangkaan yang perlu dipenuhi. Bagaimanapun, jika anda sentiasa terikat dengan ekspektasi yang tidak realistik atau tidak diberi masa yang mencukupi untuk memenuhi tarikh akhir tertentu, anda mungkin berada dalam persekitaran kerja yang toksik. 

Jika pekerjaan anda tidak memberikan anda sumber dan sokongan yang diperlukan untuk memenuhi jangkaan prestasi mereka, ia boleh menjadi punca peningkatan tekanan dan menjejaskan motivasi kerja.

 Satu cara untuk menentukan sama ada piawaian pekerjaan anda tidak realistik adalah dengan melihat sama ada rakan sekerja anda juga bergelut dengan cara yang sama.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

5. Mentaliti pengurusan mikro

Diseliakan secara mikro merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan. Walaupun mengambil kira ia bertujuan untuk tugasan diselesaikan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan, namun mempunyai seseorang yang sentiasa memerhati dan memberikan arahan tidak henti-henti tentunya mengecewakan. 

Pengurusan mikro di tempat kerja boleh menyebabkan peningkatan kemurungan dan kebimbangan, sekaligus menjejaskan prestasi kerja. Pengurusan mikro juga menunjukkan kekurangan rasa hormat dan keyakinan terhadap kebolehan pekerja untuk menyelesaikan tugasan tanpa digesa atau diingatkan.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

6. Kurang atau tidak dihargai

Jika pencapaian anda tidak pernah diiktiraf atau dihargai, anda mungkin berada dalam persekitaran kerja yang toksik. Memupuk budaya menghargai adalah penting untuk mengekalkan ruang kerja dan persekitaran yang positif untuk pekerja. 

Hakikatnya, jika kerja keras anda dipandang dan dihargai, anda akan lebih cenderung untuk menjadi produktif dan setia bersama syarikat untuk jangka masa yang panjang. Apabila kerja keras anda tidak dihargai, dan hanya menerima maklum balas negatif, mungkin sudah tiba masanya untuk mengintai peluang pekerjaan lain.

7. Budaya individualistik

Budaya individualistik di tempat kerja boleh dilihat apabila masing-masing hanya mementingkan kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan implikasi terhadap rakan sekerja. Tiada pendekatan kerja berpasukan dan anda mungkin sentiasa berasa tidak disokong. 

Jauh sekali mendapat pertolongan daripada rakan sekerja atau pengurus anda. Budaya kerja jenis ini boleh memudaratkan kesejahteraan emosi anda kerana ia boleh menyebabkan anda berasa terasing dan tidak didengari.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

8. Kurang komunikasi

Komunikasi tidak wujud. Salah faham sering berlaku kerana tiada perbincangan dua hala. Sama ada di antara rakan sekerja mahupun penyelia dan pengurus anda. Pekerja dibiarkan mengurus diri mereka sendiri dan bergelut dengan konflik yang tidak sepatutnya berlaku. Apabila ini terjadi, semua orang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Sudah jelas bukan? Buatlah pertimbangan yang sewajarnya jika anda salah seorang mangsa ‘kekejian’ pihak atasan atau rakan sekerja. - Getaran, 16 Ogos 2022


 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hati-Hati, Makin Ramai Manusia 'Sakit' Sekarang!

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini